Tuesday, March 31, 2009

Burung Hantu Pakau

Aduhai..masuk kali ini, dah 2 malam Jalak jadi burung hantu berjaga sampai ke Subuh. Tak sangka pula penangan "Day Light Saving" sampai sebegini sekali! Malam semalam Jalak berjaga sebab 'terpaksa' melayan teman-teman serumah bermain Pakau sampai ke pagi. Mujurlah Jalak tak dapat nombor 'last', kalau tidak dah kena bancuh air..

Sekali lagi malam tadi kami 'open floor'. Memang malam buat Jalak la kali ni, kedua-dua 'round' Jalak menang...terbaek wok!(Main pakau tak melibatkan duit tapi 'cotton buds'). Innovatif!

Sebenarnya Jalak baru sahaja habis merangka 'plan' untuk trip Jalak dan teman-teman serumah pada esok hari. Memandangkan trip kali ini melibatkan banyak tempat di bandar-bandar yang berbeza, adalah sangat penting untuk mempunyai plan yang effektif dari aspek kos dan masa. Antara bandar-bandar yang terlibat adalah Munich dan Stuttgart, Jerman serta Salzburg, Austria.

OK lah. Badan Jalak dah rasa lain macam ni. Masuk tidur dulu.
Diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar seperti apa yang dirangkakan..

Jalak: Dah persis 'travel agent'

Monday, March 30, 2009

Siang Hariku

Hari ni dengan rasminya pada jam 2.00AM "Winter Time" telah ditukar ke "Summer Time". Mata bulat Jalak masih lagi terjegil ketika detik pertukaran itu berlaku secara automatik pada jam meja digital,smart phone dan juga laptop Jalak. Justeru, mulai saat ini waktu siang akan menjadi panjang pada musim bunga ini dan akan bertambah panjang menjelang dan ketika musim panas nanti.

Berdasarkan pengalaman Jalak pada tahun lalu, adalah sangat molek untuk melancong ketika musim-musim begini. Siangnya lebih panjang, jadi lebih banyak tempat yang boleh diterokai dalam satu hari.Tak perlu lagi takut pada kegelapan kerana sesungguhnya kegelapan itu bisa membuka ruang untuk berlakunya insiden-insiden yang tak diundang. Selain itu, jarak masa antara 5 waktu solat juga agak panjang. Jadi tak perlu lah terkejar-kejar ketika waktu senggang antara kelas. Kadang-kadang sempat balik rumah tu..

Cuma ada satu perkara yang agak merisaukan Jalak pada tahun lepas iaitu ketika musim peperiksaan "Summer Semester". Sudah menjadi 'habit' Jalak untuk memilih waktu malam sebagai waktu yang paling selesa untuk mentelaah pelajaran. Waktu malam di sini merujuk kepada waktu selepas masuknya waktu Isya'. Jadi, agak lewat juga lah baru Jalak dapat mula membuka buku pada waktu malam. Untuk 'survive' terpaksa lah Jalak membuat satu anjakan paradigma dengan mentelaah juga pada waktu siang.

Tersenyum Jalak sendirian apabila teringatkan peristiwa ketika Jalak dan teman-teman serumah mengaadakan jamuan hari raya di sini pada tahun lepas. Hari itu merupakan hari pertama "Summer Time" bertukar ke "Winter Time" yakni, waktu telah diawalkan sejam. Alkisahnya ada lah seorang teman sekelas Jalak ni, datang ke rumah Jalak satu jam lebih awal. Rupa-rupanya dia terlupa tukar 'setting' jam tangan huhu. Memang Jalak dah agak sedari awal. Maka terpaksa lah dia menunggu sementara semua menu siap untuk dihidangkan.

Jalak ada juga terjumpa satu video kelakar yang berkaitan dengan pertukaran masa ini di Youtube. Layankan..


Hahaha!

Demikianlah serba sedikit pendangan dan pengalaman peribadi Jalak tentang "Summer Time" or "Day Light Saving" pada tahun lepas. Oh ya, ketika pertukaran waktu pada tahun lepas, Jalak berada di Paris!

Jalak: Kena bangun lebih awal..ouh!

Thursday, March 26, 2009

Rentetan Hari Tua

Syukur ke hadrat Illahi, hari ini genap umur Jalak 27 tahun! Semestinya satu angka yang baru bagi Jalak dan apa jua yang akan Jalak lakukan selepas ini diharapkan tidak dipandang kekok dan berselari dengan angka tersebut. Bak kata orang putih, “a year older, a year wiser”..insyaAllah.

Bohong kalau Jalak katakan yang Jalak tidak berasa rindu yang amat mendalam terhadap insan-insan tersayang yang berada bukan saja sayup dari pandangan, malah terlalu jauh di mata, lebih-lebih lagi pada hari yang amat istimewa ini. Nampaknya termasuk yang ini, sudah 2 kali Jalak ‘meraikan’ hari kelahiran di perantauan.

Lantaran itu, untuk entri yang terawal ini, ingin Jalak kongsikan rentetan keraian hari lahir Jalak sejak umur Jalak 21 lagi. Paling tidak pon, mungkin dapat meredakan semarak kerinduan di hati..


Gambar ini diambil ketika Jalak berumur 21 tahun. Sambutan yang dilakukan agak lewat kerana sudah menjadi tradisi kami sekeluarga (besar) menghimpunkan ahli-ahli keluarga yang lahir pada bulan yang sama. Oh ya, lokasinya di Wetland, Putrajaya. Lokasi yang amat cantik dan mendamaikan! Konsepnya lebih kepada ‘family outing’ atau lebih mudah, berkelah. Lain-lain sepupu Jalak yang turut lahir pada bulan Mac (dalam gambar): Anuar, Nazrin dan Sudin. Jalak yang paling tua..




Yang ini pula sambutan hari lahir yang ke 22 tahun. Lokasinya di rumah uwan (nenek) Jalak di Felda LBJ, Negeri

Sembilan. Konsep kali ini lebih kepada majlis doa selamat. Sewaktu gambar ini diambil (secara kandid), Jalak sedang menerima hadiah daripada Mak Lang tanpa malu-malu.

Jalak terpaksa akui, zaman menjadi pelajar dahulu memang manis apabila tiba bab majlis-majlis macam ini. Oh ya, sekarang pon Jalak masih bergelar pelajar tapi sudah bergaji sendiri. Jadi pandai-pandailah ‘treat’ diri sendiri..









Nah!Sambutan ke 23 tahun lebih bermakna sebab lokasinya di rumah famili Jalak sendiri ! Sebagai bukti, tengoklah Jalak berkain pelikat warna hijau mengikut tema hahaha. Kebetulan je tu (pembalut hadiah dan warna dinding)






Turut menjadi tradisi, orang-orang yang diraikan WAJIB memberi ucapan sepatah dua kata. Ini yang menjadikan majlis lebih kecoh apabila pelbagai soalan ‘maut’ diajukan kepada empunya diri..hadoi !Layankan je..

(Maaf kualiti gambar amat teruk tapi ini saja gambar yang ada semasa Jalak a.k.a Abang Sidi tengah memberi nasihat-nasihat berguna kepada adik-adik :D)


Sambutan ke 24 tahun berbeza sedikit sebab betul-betul diraikan pada pagi 26.03.2006! Kejutan ketika bangun tidur, mandi dan bersiap untuk memakai kanta lekap tiba-tiba terlihat objek berlilin dalam kesamaran (Jalak rabun dowh..) di atas meja. Rupa-rupanya abang Jalak yang pagi-pagi lagi dah ke kedai kek. Moral : Sama ada kedai kek di Nilai buka terlebih awal daripada biasa atau pun Jalak

yang bangun lebih lambat daripada biasa hahaha. (Hari tu Jalak ambil cuti, tapi ayam jantan yang lain pon tak berkokok rupanya..)


Inilah detik terakhir Jalak diraikan sebagai seorang yang bergelar pelajar.







Setahun berikutnya, Jalak sudah mula bekerja di UTeM. 26.03.2007 jatuh pada hari Isnin. Perancangan awal memang Jalak nak ambil cuti rehat untuk luangkan masa di rumah. Akan tetapi Jalak diarahkan untuk sertai Kursus Orientasi Staf-Staf Baru UTeM di Hutan Lipur Ayer Keroh dari 23 hingga 25 Mac 2007. Jadi tiada guna lagi untuk mengambil cuti. Jalak datang ke pejabat seperti biasa dan selepas tamat kerja, itu lah kali pertama Jalak ‘treat’ diri sendiri makan KFC di Jasin.(Ini je lah restoran terhebat yang ada di Jasin). Walaubagaimanapun, pada minggu berikutnya Jalan tetap

dapat hadiah daripada emak dan abah.


Emak Jalak bagi ‘Blender’ sebab Jalak selalu pau bawang yang telah siap dikisar dari rumah sebelum Jalak berangkat pulang ke Melaka untuk dibuat stok! Akhirnya itulah

juga’blender’ yang Jalak guna sampai sekarang di bumi Hitler ini. Sentimental! Abah Jalak pula menghadiahkan senaskhah al-Quran buat bekalan di dunia dan akhirat..insyaAllah. Sayu hati tiap kali membaca nota pesanan abah yang dititip di halaman pertama..







Tanggal 26.03.2008 Jalak berada di Maastricht, Holland. Jalak ke sana bersama beberapa orang teman sempena meraikan kemerdekaan tamat exam untuk Semester 1 di Siegen. Memang bersemangat sampai ke luar negara! Biasa lah, semester pertama. Buat ke sekian kalinya Jalak ‘treat’ diri sendiri beli ‘sweater’ Le Coq Sportif (cap ayam memang kesukaan Jalak haha) yang berwarna hijau..
Terbaru, hari ini Jalak dapat merasa makan kek 'Black Forest' hasil tangan Dd. Langkah kanan la nampaknya sebab hari lahir Jalak sama dengan hari lahir NZ merangkap husband Dd. Kes tumpang sekaki lah ni. Terima kasih Dd!

Kreatif! Jalak turut dapat hadiah 'frame' beserta gambar Jalak di Aachen daripada jiran bilik sebelah Jalak merangkap pasangan mempelai yang Jalak pernah jadi 'bestman' dahulu. Terima kasih madnur & dila!










Jalak: Gembira dapat call mak sebelum berlepas ke Manchester :D

Kembali Berkokok

Assalamualaikum!

Akhirnya tercapai cita-cita Jalak untuk terjun kembali ke era penulisan blog. Sementelah semasa di UIA suatu ketika dahulu, Jalak sangat rajin mengabadikan apa jua yang terdetik di hati untuk dikongsi berdasarkan pepatah orang putih "Sharing is loving" dan juga prinsip "Blogging as remedy". Namun semenjak Friendster Blog menghadapi masalah ditambah lagi dek kesibukan kerja sebagai seorang 'mat kilang', blog Jalak 'mati' begitu sahaja. Semenjak itu Jalak beralih angin ke fotopages yang Jalak rasa lebih relevan ketika itu kerana Jalak sudah mula menyambung pelajaran di Jerman. Pastinya banyak pengembaraan yang patut dipaterikan di fotopages. Sehingga sekarang, fotopages Jalak masih aktif tetapi hanya dikemaskini sekiranya terdapat apa-apa event menarik yang Jalak hadiri. Akhir kata semoga momentum ini dapat dikekalkan supaya blog ini tidak akan 'mati' lagi begitu sahaja..amiin.

Jalak: Bukan hangat-hangat tahi sendiri


Blog Widget by LinkWithin