Tuesday, May 18, 2010

Apa Kata Doktor?

Assalamualaikum!

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat Jalak kembali menitipkan butir kata di reban yang agak lama sudah ditinggalkan. Banyak yang berlaku lewat belakangan ini, selain daripada kesibukan di pejabat yang tidak pernah dan tak akan habis. Sekarang bolehlah dikira sebagai honeymoon buat Jalak selama 2 minggu selepas mendapat cuti sakit daripada doktor. Jadi sekarang barulah ada masa untuk menulis.

Nampaknya ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apa yang sudah terjadi kepada Jalak ekoran rentetan status-status yang tertera di Facebook semenjak dua menjak ini. Jalak rasa sudah sampai masanya Jalak berterus-terang dengan pembaca yang budiman sekalian. Sebenarnya Jalak sudah agak lama menghidap penyakit Hernia. Untuk tahu dengan lebih lanjut tentang penyakit tersebut, klik saja ke link tersebut. Yang lain-lain itu, biarlah Jalak simpan saja untuk Jalak seorang.

Jalak dapat rasakan ramai yang terkejut kerana selama mengenali Jalak, mereka melihat Jalak sebagai seorang yang aktif dan sentiasa happy go lucky. Sakit di dalam tak ada orang yang boleh nampak. Tapi apa boleh buat, setiap manusia di dunia ini pasti akan merasa sakit. Dengan merasa sakitlah juga, kita akan dapat merasai nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita selama ini. Di sini Jalak ingin berkongsi sebuah pengalaman yang tak mungkin Jalak akan lupakan selama-lamanya dalam hidup Jalak.

Selepas berhubung dengan ejen insurans Jalak dan bercerita kepada beliau tentang penyakit yang Jalak hidapi, pada hari yang sama juga beliau memberikan tarikh temujanji bersama doktor pakar di Hospital Pantai, Ayer Keroh. (Ini Jalak harus puji kerana keberkesanan kerja ejen berkenaan). Temujanji dibuat pada 3 May 2010 dan setelah diteliti dan diperiksa oleh doktor, benarlah Jalak menghidap penyakit Hernia. Sebelum ini Jalak hanya membuat research melalui internet sahaja. Oleh itu, Jalak sedari awal lagi sudah menjangkakan bahawa akan berlakunya satu pembedahan kecil ke atas diri Jalak.

Pada hari temujanji itu juga, doktor bertanya samasa Jalak sudah bersedia untuk menjalani pembedahan pada waktu dan ketika itu juga! Namun Jalak terpaksa menangguhkannya ke minggu hadapan kerana Jalak memerlukan persedian dari segi mental dan fizikal. Maklumlah ini merupakan kali pertama Jalak menjalani pembedahan. Lagipun Jalak perlu maklumkan kepada orang-orang terdekat dan yang paling penting kepada ketua jabatan serta rakan sekerja Jalak untuk melicinkan perjalanan kerja yang kami sedang lakukan ketika itu. Alhamdulillah pada hari Jumaat, iaitu hari terakhir Jalak bertugas sebelum menjalani pembedahan, kerja serta tugasan yang diselanggaran telah berjaya dihabiskan.

Maka pada hari Isnin bersamaan 10 May 2010, Jalak telah mendaftarkan diri di Hospital Pantai sekitar jam 9.00 pagi sebelum terus dimasukkan ke dalam wad. Sejak jam 7.00 pagi lagi Jalak sudah berpuasa, tidak dibenarkan makan dan juga minum. Menjelang tengahari, Jalak masih terlantar di wad, menunggu dan terus menunggu dengan penuh sabar. Pada mulanya doktor menjangkakan pembedahan akan dilakukan antara pukul 1.00 hingga 2.00 petang, namun ketika waktu tersebut, nama Jalak masih belum dipanggil. Mujurlah mak dan abah setia menunggu dan menemani Jalak dengan penuh sabar.
Photobucket
Pengenalan diri..

Photobucket
Sebelum pembedahan..

Akhirnya sekitar jam 3.00 petang barulah jururawat bertugas datang dan menyorong Jalak menggunakan stretcher terus ke bilik pembedahan di tingkat bawah. Perasaan Jalak ketika itu sangat mendebarkan. Degupan jantung bergerak laju. Penglihatan juga sudah kabur kerana tidak dibenarkan memakai cermin mata mahupun kanta lekap! Suasana di sekitar bilik pembedahan sangat sejuk! Rupa-rupanya Jalak terpaksa menunggu lagi di luar bilik pembedahan sementara menanti bilik pembedahan yang available dan yang penting, doktor yang merawat Jalak juga mestilah available. Dengarnya bukan Jalak seorang sahaja pesakit yang bakal dibedahnya pada hari itu. Jadi tidak hairanlah Jalak perlu menunggu sedikit lama. Perut pula sudah lapar. Sekejap baring, sekejap mengereng ke kanan, sekejap ke kiri. Tak senang baring Jalak dibuatnya! Ada ketikanya Jalak rasa mahu saja melarikan diri dari tempat tersebut. Serius, gementar yang amat sangat. Sudahlah orang-orang yang berlegar di sekitar kawasan itu Jalak tidak kenal. Rasa macam lonely sangat.

Akhirnya, setelah sekian lama menanti, barulah stretcher Jalak disorong masuk ke operation theatre. Jalak tak pasti pukul berapa, tapi pembedahan tersebut habis sekitar jam 5.40 petang kerana Jalak terdengar suara-suara yang bercakap. Berbalik kepada masa dan ketika pembedahan dijalankan, perasaan gementar semakin berkurangan tatkala dibawa masuk ke bilik pembedahan. Jalak sudah dapat melihat kelibat wajah doktor yang terlibat dan hati menjadi sedikit tenang. Sebagai 'pembuka selera', Jalak dihadiahkan beberapa suntikan bius di bahagian tulang belakang. Suntikan pertama berasa sedikit sakit, manakala yang seterusnya Jalak sudah tidak dapat merasa apa-apa lagi. Separuh daripada badan Jalak (perut ke kaki) sudah dibiuskan. Kedua-dua tangan Jalak didepakan untuk mendapatkan posisi yang lebih relaks. Jalak tidak dapat melihat apa yang doktor serta pembantunya lakukan selepas itu kerana pemandangan Jalak ditutupi dengan kain. Jalak hanya boleh memandang ke atas, kiri dan juga kanan. Ada ketikanya juga Jalak ditenangkan oleh seorang petugas yang kerjanya menenangkan pesakit yang sedang dibedah. Secara piskologinya, beliau telah berjaya menenangkan Jalak, terutamanya apabila beliau berkata yang pembedahan kian selesai :D

Sejurus selepas pembedahan, Jalak dibiarkan buat seketika di luar bilik pembedahan. Suasana yang hingar-bingar sebelum Jalak menjalani pembedahan kini sudah senyap sunyi. Maklumlah sudah hampir jam 6.00 petang. Badan Jalak tidak berhenti menggelatar 'kesejukan' kesan daripada ubat bius yang diberikan sebelum pembedahan itu tadi. Jalak dibaluti dengan selimut haba untuk memanaskan badan. Kemudian Jalak disorongkan kembali ke wad asal. Keluar saja dari lif, Jalak nampak kelibat mak dan abah. Syukur Alhamdulillah. Pembedahan sudahpun selesai :)

Namun kaki Jalak masih tidak boleh bergerak. Kesan bius masih belum hilang. Jalak hanya boleh baring sahaja di atas katil. Mujur dah boleh makan. Abah menyuapkan roti dan minuman ke dalam mulut Jalak. Lega rasanya dapat makan dan minum. Menjelang malam, abah dan mak terpaksa pulang. Jalak kini hanya bergantung harap kepada jururawat yang bertugas. Selepas beberapa jam, kedua-dua kaki Jalak sudah boleh bergerak. Namun kesan pada tempat yang dibedah itu pula yang merasa sakit. Ada satu ketika Jalak cuba untuk bangun dan terus mencapai botol untuk membuang air kecil di sebelah katil. Ketika mula-mula berdiri, rasa OK saja. Tiba-tiba dunia menjadi gelap dan Jalak pitam serta rebah ke atas lantai. Mujurlah ada pelawat yang menjaga pesakit sebelah menyedari perkara itu lalu terus memanggil jururawat untuk memapah Jalak baring semula ke katil. Jalak berasa malu sangat ketika itu. Jalak meminta maaf kepada jururawat itu kerana tidak menekan loceng bantuan sebelum cuba untuk angun. Bukan apa, Jalak sedikit malu kerana ingin membuang air kencing. Sudahnya malu lain pula yang Jalak dapat. Rasakan! Tak pasal-pasal ada 'tanda' di bawah dahi Huhu! Akhirnya Jalak buang air ke dalam botol sambil berbaring sahaja. Kesian...

Esoknya keadaan beransur baik. Walaupun agak sukar untuk bangun kerana berasa sakit di bahagian perut, Jalak sudah boleh duduk. Menjelang petang selepas mendapat rawatan susulan oleh doktor pada pagi tersebut, Jalak dibenarkan untuk pulang berehat di rumah. Maka berakhirlah episod suka dan duka Jalak selama 2 hari 1 malam di hospital. Jika diikutkan, banyak lagi yang mahu diceritakan namun cukuplah sampai di sini saja. Seperti yang Jalak katakan, pengalaman yang TAK mungkin Jalak akan lupakan!

Kebetulan pula hari ini, pagi tadi selepas 1 minggu Jalak menjalani rawatan susulan dan bertemu dengan doktor untuk membuka balutan. Barulah tadi Jalak dapat melihat kesan belahan yang dibuat di perut Jalak. Kesang bengkak masih ada walaupun sudah semakin surut. Doktor menasihati Jalak untuk tidak melakukan kerja-kerja berat dan bersukan dalam tempoh masa sebulan, sebelum bertemunya sekali lagi untuk menjalani rawatan yang seterusnya.


Jalak:
Dah terkena ulser lidah pula..ini pun satu hal! Dugaaaaan..

8 comments:

  1. Masa kena tolak ke bilik bedah tu mmg rasa takut kan? Akak pon rasa benda sama....alhamdulilah semua semakin ok. 2hari 1 mlm dok spital tu kira kejap la..xpe, anggap saja 'percutian' di hospital...hospital mahal lak tu...hehehe. Semoga semuanya ok lepas ni. Take care!

    ReplyDelete
  2. Syafaakallah..moga cepat sembuh dan have a good rest! Baru jer semangat Thomas Cup itu ari :-)

    ReplyDelete
  3. Kak Neny:
    ya betul tu. Hanya yg mengalami je tahu perasaan itu..

    Shahmi:
    masa thomas cup actually dah selamat operate pun.rest kat umah sambil tgk kat tv tp xleh jerit kuat2, sakit nanti huhuu

    ReplyDelete
  4. take a good rest.... kurangkan activity dlm sebulan dua. Bagi kesan bedah itu baik betul-betul. Hernia tu org Melayu kata skit "pasang surut" kan?

    Cikgu

    ReplyDelete
  5. wooo.. bro.... neves lak baca post ni kan..

    have a good rest!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. segalanya dah selesai... lps ni kene wat rawatan lagi eh jalak... sedihnye rasa baca pgalaman jalak.. camne la rsanya.. kita ni yg sakit sket pn punyalah sedih & kdg2 x mampu nk menahan... alhamdulillah.. dikurniakan kesihatan yg baik... ( rasa insaf baca pgalaman ni..huhhu..

    syafakallah... semoga slps ni jalak makin sihat & kuat... bykkan bersabar & berdoa.. semoga segalanya akan pulih seperti biasa... insyaallah...

    p.s berat mata memandang.. berat lagi bahu yg memikul.... kuatkan semangat!!! :)

    ReplyDelete
  7. sedihnya baca...yang masa nak pitam masa nak g toilet tu mmg jadi mcm tulah kalau tak baik lagi..ana dah rasa mcm gelap je tiba2..yanga de dalam bilik air mak je mana la mak larat angkat den yang godang ni hehhe..

    yang part puasa tu ana puasa 5 hari sebelum pembedahan dan selepas pembedahan..melelh air liur tengok abah minum air nescafe walaupun tak penah suka air tu!

    betul lah hnya org yang mengalamninya yang faham mcm mana..sob sob sob :(( sedih teringat

    ReplyDelete
  8. cikgu:

    lebih kurang la..time 'surut' ok la, tapi bila time 'pasang', siap2 lah..rasa x selesa n adakalanya sakit.

    ayen:
    tq..sakit2 pon semangat gak aku pusing2 europe kan.. :P

    kak iu:
    mekasihlah atas semangat dan dorongan yg diberikan. inshaAllah mudah2an lepas ni beransur baik dan aktif seperti biasa..

    hana:
    puasa 5 hari b4 and after?? woww..apendiks lagi kritikal kot.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin