Sunday, February 27, 2011

Hadiah atau Pinjaman ??

Mungkin ada yang tak tahu, yuran pengajian di Jerman hanyalah 500 Euro per semester. Sangat murahlah jika mahu dibandingkan dengan yuran pengajian di UK mahupun di Australia. Seperti biasa, sebagai pelajar di bawah tajaan KPT, semua perbelanjaan termasuk yuran ditanggung sepenuhnya oleh pihak KPT. Yuran pengajian perlu dibayar sebelum bermulanya semester baru.

Tahun lepas, Jalak sempat menamatkan pengajian 2 minggu sebelum Winter Semester berakhir. Sebagai sebuah negara yang sangat mementingkan kebajikan penduduk terutamanya pelajar, ada beberapa universiti di Jerman termasuklah Univ. of Siegen akan memulangkan kembali yuran pengajian 500 Euro kepada pelajar yang berjaya graduate pada semester akhir pengajian. Tak kisahlah, semester ke berapa sekalipun asalkan namanya semester akhir untuk pelajar terbabit, maka yuran akan dipulangkan. Baik kan?

Macam kes Jalak ini, Jalak sudah pun melunaskan pembayaran yuran untuk semester akhir itu (bayar guna duit sendiri dulu) dan sudah pun mendapat pembayaran balik (claim) daripada KPT. Alih-alih pihak universiti pula baik hati memulangkan balik yuran tersebut walaupun tinggal hanya 2 minggu saja lagi sebelum semester berakhir. Untung bukan? Yelah, dah guna pakai segala kemudahan sepanjang semester terbabit. Pemulangan itu sebagai 'hadiah' katanya kerana telah berjaya bergelar graduan di universiti tersebut. So sweeeet! Jujurnya Jalak hanya dapat tahu tentang 'sistem hadiah' ini menjelang hari-hari terakhir sebelum menamatkan pengajian. Kalau tahu dari awal lagi tak akan claim, so that tiada la rasa berhutang dengan KPT.

Usai pulang ke Malaysia, Jalak terus memaklumkan tentang perkara ini kepada pihak KPT. Nampak seperti mereka pun tidak tahu-menahu pasal hal ini. Pelik! Takkan tak pernah berlaku kes seperti ini sebelumnya? Ada juga kawan-kawan Jalak yang tahu pasal hal ini berseloroh sambil menyuruh Jalak tutup mulut buat-buat tak tahu saja. Tapi ini soal duit, bukan sikit lebih-lebih lagi jika ditukarkan kepada ringgit. Jalak tak berani maa..

Berbalik kepada perbualan telefon dengan pegawai KPT tadi, Jalak bertanya macam mana mahu pulangkan balik duit 500 Euro ini? Perlu bayar dalam Euro atau dalam RM? Maklumlah ketika itu Jalak banyak juga membawa kepingan Euro dalam tangan. Kalau boleh mahu saja dibayar dalam Euro. Cuma Jalak berasa sedikit ralat apabila pegawai itu meninggikan suara sambil mengatakan yang duit itu adalah hak milik KPT, selepas Jalak bertanyakan kepadanya samada duit itu boleh dikira sebagai bonus dari universiti Jalak belajar atau pun tak..Well, tanya pun tak tak boleh ke? Kalau Jalak betul-betul nak, dah lama buat dek je ngan duit itu tanpa memaklumkan kepada mereka!

Sebelum berakhirnya perbualan telefon, pegawai itu berkata yang dia perlu semak balik dengan pihak Jabatannya dan akan menghubungi Jalak semula selepas kata putus dicapai. Sudahnya, sampai sekarang dah nak hampir setahun satu cerita pun tak dengar. Jalak sampai langsung terlupa akan perkara ini dek kesibukan harian. Lagipun duit itu dah disimpan di dalam bank. Dah 'tak nampak' duitnya, mana lah nak ingat. Patutnya dah jadi kerja pihak di sebelah sanalah yang kena uruskan.

Since dah kembali ingat pasal hal ini (siap tulis lagi dalam blog sebagai peringatan), Jalak akan cuba menghubungi pegawai tersebut sekali lagi. Hai..jenuh lah nak kena terangkan balik pokok pangkal cerita. Masa mula-mula call dulu pun, agak susah juga kes ini untuk diinterpretasikan. Tapi naluri Jalak kuat mengatakan yang satu hari nanti duit ini pasti akan dipulangkan sebab selepas dihitung-hitung, ya memang benar duit itu bukan milik Jalak. Lainlah jika Jalak ni pelajar self-sponsored, maka duit yang dipulangkan oleh pihak universiti itu adalah 100% menjadi hak mutlak Jalak seorang.

Apa pula pendapat kalian? Mesti rasa sangat sayang bukan dengan duit itu? Maklumlah kalau di negara lain tak dapat ganjaran macam ini. Tapi manalah tahu kalau pihak KPT bermurah hati mahu anggap itu sebagai 'hadiah' juga, Jalak on aje..HeHeHe!

Jalak: Tak rugi apa-apa pun kalau tak dapat..

3 comments:

  1. waaa... dah lama hg x update blog...

    ReplyDelete
  2. sama kes! ada gak nak pulang balik kt KPT- tp bukan la kes mcm uni di Jerman tu- uni jerman itu super baik! tp my case lain sikit but betul la; sama hal dgn urusan di malaysia tu; kita lak yang susah payah nak tanya itu ini; kene follow up pulak; kalau tak; buat2 lupa- nasib baik kita baik- bila time dh ingat tu buat kita macam hutang dgn ceti- entah- ke my feeling je kot sbb dh terguna duit tu hehehehe-

    ReplyDelete
  3. Kalau takde respond dr KPT sedekah je duit tu kat rumah anak yatim atau yg seumpamanya. Kita pun rasa selesai.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin