Syukur ke hadrat Illahi, hari ini genap umur Jalak 27 tahun! Semestinya satu angka yang baru bagi Jalak dan apa jua yang akan Jalak lakukan selepas ini diharapkan tidak dipandang kekok dan berselari dengan angka tersebut. Bak kata orang putih, “a year older, a year wiser”..insyaAllah.
Bohong kalau Jalak katakan yang Jalak tidak berasa rindu yang amat mendalam terhadap insan-insan tersayang yang berada bukan saja sayup dari pandangan, malah terlalu jauh di mata, lebih-lebih lagi pada hari yang amat istimewa ini. Nampaknya termasuk yang ini, sudah 2 kali Jalak ‘meraikan’ hari kelahiran di perantauan.
Lantaran itu, untuk entri yang terawal ini, ingin Jalak kongsikan rentetan keraian hari lahir Jalak sejak umur Jalak 21 lagi. Paling tidak pon, mungkin dapat meredakan semarak kerinduan di hati..
Gambar ini diambil ketika Jalak berumur 21 tahun. Sambutan yang dilakukan agak lewat kerana sudah menjadi tradisi kami sekeluarga (besar) menghimpunkan ahli-ahli keluarga yang lahir pada bulan yang sama. Oh ya, lokasinya di Wetland, Putrajaya. Lokasi yang amat cantik dan mendamaikan! Konsepnya lebih kepada ‘family outing’ atau lebih mudah, berkelah. Lain-lain sepupu Jalak yang turut lahir pada bulan Mac (dalam gambar): Anuar, Nazrin dan Sudin. Jalak yang paling tua..
Yang ini pula sambutan hari lahir yang ke 22 tahun. Lokasinya di rumah uwan (nenek) Jalak di Felda LBJ, Negeri
Sembilan. Konsep kali ini lebih kepada majlis doa selamat. Sewaktu gambar ini diambil (secara kandid), Jalak sedang menerima hadiah daripada Mak Lang tanpa malu-malu.
Jalak terpaksa akui, zaman menjadi pelajar dahulu memang manis apabila tiba bab majlis-majlis macam ini. Oh ya, sekarang pon Jalak masih bergelar pelajar tapi sudah bergaji sendiri. Jadi pandai-pandailah ‘treat’ diri sendiri..
Nah!Sambutan ke 23 tahun lebih bermakna sebab lokasinya di rumah famili Jalak sendiri ! Sebagai bukti, tengoklah Jalak berkain pelikat warna hijau mengikut tema hahaha. Kebetulan je tu (pembalut hadiah dan warna dinding)
Turut menjadi tradisi, orang-orang yang diraikan WAJIB memberi ucapan sepatah dua kata. Ini yang menjadikan majlis lebih kecoh apabila pelbagai soalan ‘maut’ diajukan kepada empunya diri..hadoi !Layankan je..
(Maaf kualiti gambar amat teruk tapi ini saja gambar yang ada semasa Jalak a.k.a Abang Sidi tengah memberi nasihat-nasihat berguna kepada adik-adik :D)
Sambutan ke 24 tahun berbeza sedikit sebab betul-betul diraikan pada pagi 26.03.2006! Kejutan ketika bangun tidur, mandi dan bersiap untuk memakai kanta lekap tiba-tiba terlihat objek berlilin dalam kesamaran (Jalak rabun dowh..) di atas meja. Rupa-rupanya abang Jalak yang pagi-pagi lagi dah ke kedai kek. Moral : Sama ada kedai kek di Nilai buka terlebih awal daripada biasa atau pun Jalak
yang bangun lebih lambat daripada biasa hahaha. (Hari tu Jalak ambil cuti, tapi ayam jantan yang lain pon tak berkokok rupanya..)
Inilah detik terakhir Jalak diraikan sebagai seorang yang bergelar pelajar.
Setahun berikutnya, Jalak sudah mula bekerja di UTeM. 26.03.2007 jatuh pada hari Isnin. Perancangan awal memang Jalak nak ambil cuti rehat untuk luangkan masa di rumah. Akan tetapi Jalak diarahkan untuk sertai Kursus Orientasi Staf-Staf Baru UTeM di Hutan Lipur Ayer Keroh dari 23 hingga 25 Mac 2007. Jadi tiada guna lagi untuk mengambil cuti. Jalak datang ke pejabat seperti biasa dan selepas tamat kerja, itu lah kali pertama Jalak ‘treat’ diri sendiri makan KFC di Jasin.(Ini je lah restoran terhebat yang ada di Jasin). Walaubagaimanapun, pada minggu berikutnya Jalan tetap
dapat hadiah daripada emak dan abah.
Emak Jalak bagi ‘Blender’ sebab Jalak selalu pau bawang yang telah siap dikisar dari rumah sebelum Jalak berangkat pulang ke Melaka untuk dibuat stok! Akhirnya itulah
juga’blender’ yang Jalak guna sampai sekarang di bumi Hitler ini. Sentimental! Abah Jalak pula menghadiahkan senaskhah al-Quran buat bekalan di dunia dan akhirat..insyaAllah. Sayu hati tiap kali membaca nota pesanan abah yang dititip di halaman pertama..
Tanggal 26.03.2008 Jalak berada di Maastricht, Holland. Jalak ke sana bersama beberapa orang teman sempena meraikan kemerdekaan tamat exam untuk Semester 1 di Siegen. Memang bersemangat sampai ke luar negara! Biasa lah, semester pertama. Buat ke sekian kalinya Jalak ‘treat’ diri sendiri beli ‘sweater’ Le Coq Sportif (cap ayam memang kesukaan Jalak haha) yang berwarna hijau..
Terbaru, hari ini Jalak dapat merasa makan kek 'Black Forest' hasil tangan Dd. Langkah kanan la nampaknya sebab hari lahir Jalak sama dengan hari lahir NZ merangkap husband Dd. Kes tumpang sekaki lah ni. Terima kasih Dd!
Kreatif! Jalak turut dapat hadiah 'frame' beserta gambar Jalak di Aachen daripada jiran bilik sebelah Jalak merangkap pasangan mempelai yang Jalak pernah jadi 'bestman' dahulu. Terima kasih madnur & dila!
Jalak: Gembira dapat call mak sebelum berlepas ke Manchester :D
hepy besday to jalak..yg ke brape?wah gmbr2 lame nih hehe..
ReplyDeletemak ngah n pak ngah wish besday jugak..die suh ana smpi kan aritu
giler sentimental la hari2 kelahiran Jalak pny sambutan ni.. sengih2 lak aku baca.. siap ada touching2 lak teringat perkara2 yang teringat.. haha..
ReplyDeletethanks for sharing..
kiranya, tak jadi ar ko 'treat' diri sndri dgn bersendirian di hari jadi mu? cewah..
tak yah jawab la, dh terjawab pn..