Hari ni dengan rasminya pada jam 2.00AM "Winter Time" telah ditukar ke "Summer Time". Mata bulat Jalak masih lagi terjegil ketika detik pertukaran itu berlaku secara automatik pada jam meja digital,smart phone dan juga laptop Jalak. Justeru, mulai saat ini waktu siang akan menjadi panjang pada musim bunga ini dan akan bertambah panjang menjelang dan ketika musim panas nanti.
Berdasarkan pengalaman Jalak pada tahun lalu, adalah sangat molek untuk melancong ketika musim-musim begini. Siangnya lebih panjang, jadi lebih banyak tempat yang boleh diterokai dalam satu hari.Tak perlu lagi takut pada kegelapan kerana sesungguhnya kegelapan itu bisa membuka ruang untuk berlakunya insiden-insiden yang tak diundang. Selain itu, jarak masa antara 5 waktu solat juga agak panjang. Jadi tak perlu lah terkejar-kejar ketika waktu senggang antara kelas. Kadang-kadang sempat balik rumah tu..
Cuma ada satu perkara yang agak merisaukan Jalak pada tahun lepas iaitu ketika musim peperiksaan "Summer Semester". Sudah menjadi 'habit' Jalak untuk memilih waktu malam sebagai waktu yang paling selesa untuk mentelaah pelajaran. Waktu malam di sini merujuk kepada waktu selepas masuknya waktu Isya'. Jadi, agak lewat juga lah baru Jalak dapat mula membuka buku pada waktu malam. Untuk 'survive' terpaksa lah Jalak membuat satu anjakan paradigma dengan mentelaah juga pada waktu siang.
Tersenyum Jalak sendirian apabila teringatkan peristiwa ketika Jalak dan teman-teman serumah mengaadakan jamuan hari raya di sini pada tahun lepas. Hari itu merupakan hari pertama "Summer Time" bertukar ke "Winter Time" yakni, waktu telah diawalkan sejam. Alkisahnya ada lah seorang teman sekelas Jalak ni, datang ke rumah Jalak satu jam lebih awal. Rupa-rupanya dia terlupa tukar 'setting' jam tangan huhu. Memang Jalak dah agak sedari awal. Maka terpaksa lah dia menunggu sementara semua menu siap untuk dihidangkan.
Jalak ada juga terjumpa satu video kelakar yang berkaitan dengan pertukaran masa ini di Youtube. Layankan..
Hahaha!
Demikianlah serba sedikit pendangan dan pengalaman peribadi Jalak tentang "Summer Time" or "Day Light Saving" pada tahun lepas. Oh ya, ketika pertukaran waktu pada tahun lepas, Jalak berada di Paris!
Jalak: Kena bangun lebih awal..ouh!
Monday, March 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment