Tuesday, April 6, 2010

Berbasikal di Musim Bunga

Nah! Entri ini mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana ia ditulis berlatarluarkan iklim khatulistiwa atau lebih jelas lagi, panas dan hujan sepanjang tahun. Maklumlah pertama kali blog ini dilancarkan, Jalak masih berada di Jerman yang mempunyai cuaca 4 musim. Sudah pasti penduduk di Jerman sekarang sedang leka menikmati cuaca nyaman lagi menyegarkan semasa musim bunga. Cuaca sebegini begitu sinonim sekali dengan aktiviti berbasikal, selain pada musim luruh bagi masyarakat di sana. Namun di Malaysia, penduduknya bertuah sekali kerana tidak mempunyai kekangan masa untuk melakukan aktiviti tersebut. Hari-hari pun boleh!
Photobucket

Pada hari Sabtu lepas, yakni hari minggu pertama sejak Jalak tiba di tanahair, Jalak dijemput oleh sepupu-sepapat Jalak untuk berbasikal di Taman Botani, Putrajaya. Memandangkan hari Khamis yang lalu Jalak sudah pun melapor diri di tempat kerja, maka cepat jugalah masalah jet-lag dapat diatasi. Jenuh jugalah 'berlawan' dengan mata sendiri! Oh ya, aktiviti ini dikepalai oleh sepupu Jalak, Ana. Sangat menarik, kerana Jalak pernah juga berangan untuk melakukan aktiviti seperti ini ketika berada di Jerman namun tidak kesampaian.

Kami berkumpul di rumah makcik Jalak di Presint 14 sebelum bergerak bersama-sama ke Taman Botani. Pada mulanya teruja juga untuk menyewa basikal berkembar dua tapi sayang sekali, pada hari Sabtu hanya basikal 'single' sahaja yang dibuka untuk sewaan. Murah saja, hanya RM4 untuk 1 jam. Siapa yang mempunyai basikal sendiri, bolehlah dibawa ke sini juga. Kami menyewa selama 2 jam, mengelilingi kawasan Taman Botani yang luas. Ada trek yang landai, ada yang berbukit. Kalau mahu kayuh menaiki curam, bertukarlah ke gear 1! Kekok juga pada mulanya kerana sudah lama tidak menunggang basikal, lebih-lebih lagi jenis mountain bike yang mempunyai gear di hadapan dan belakang.
Photobucket
Kantoi..muka-muka yang dah 'pancit' ketika menaiki curam (zoom dari jauh ni :P)

Photobucket
Berehat sebentar melepaskan lelah..

Check point
terakhir kami adalah di Taman Tamadun, terletak tidak jauh dari tempat pemulangan basikal. Cantik sekali senibina yang terdapat di sini. Seolah-olah diilhamkan daripada The Court of la Acequia, Alhambra.
Photobucket

Photobucket

Jalak berasa seronok sangat dapat berbasikal seperti ini. Ternyata ini adalah salah satu aktiviti riadhah yang sihat kerana dapat mengeluarkan peluh serta membakar kalori sambil menikmati keindahan dan kehijauan pepohon di sekitar Taman Botani. Cuma di sini Jalak ingin titipkan sedikit nasihat; jangan mengambil sarapan yang terlalu berat sebelum melakukan aktiviti seperti ini kerana ada di kalangan kami yang pening serta muntah dek penangan berkayuh menaiki bukit. Kebetulan Jalak pada pagi itu hanya sempat menjamah kuih karipap walaupun di rumah terhidang nasi lemak dan juga murtabak. Tak mengapalah, selepas ini masing-masing sudah tahu apa yang perlu dimakan sebelum melakukan apa jua jenis sukan dan riadhah.
Photobucket
Dah sampai..

Selepas memulangkan basikal masing-masing, kami sempat singgah di Food Court, Tamman Warisan Pertanian untuk membasahkan tekak menikmati ABC serta cendol di sana. InshaAllah, andai ada rezeki bolehlah dianjurkan lagi aktiviti yang menyihatkan seperti ini.

Jalak: Esok dah kena masuk kerja selepas berehat pendek..

9 comments:

  1. salam. seronok baca cerita awak...ramai betul kaum kerabatnye....

    ReplyDelete
  2. wsalam..ramai ke? skit je nih, ramai lagi yg x hadir..

    ReplyDelete
  3. ooh, dah balik ye.. selamat2..

    pi keja naik basikal je la lepas ni..
    umweltfreundlicher :)

    ReplyDelete
  4. aiyaa..'benzinfreundlicher' la, bleh?? hehehe

    ReplyDelete
  5. Menarik la.. sini nak kata musim bunga sepatutnya dah berbunga.. tp masih sejuk semacam lagi nih.. bunga2 pun lum nak kembang lagi nih.. heheheh
    Next week ada tulip festival kat bandar kak azi.. jom ler mai.. heheheheh

    ReplyDelete
  6. yeke kat azie? kasihan kat kumbang yang menghisap madunya.. :)
    x dapek la dah nak gi KL lagi..tiket ICE murah dah abis..muehehe

    ReplyDelete
  7. alang alang dah kat Ptrajaya, kenapa tak kayuh basikal sampai ke rumah saya di Desa Pinggiran Putra?

    Cikgu

    ReplyDelete
  8. huhh..kalo cuaca dingin macam autumn/spring bole la kayuh sampai ke sana cikgu..

    ReplyDelete
  9. sorry sebab tak comment on your post...tertarik sebab terbaca you pernah ke jerman...betul ke?

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin