Thursday, April 8, 2010

Berbelah Bagi

Hmm..sudah 2 malam Jalak menginap di rumah sewa baru. Secara ekonominya, rumah yang Jalak diami sekarang sangat berbaloi dari segi harga kerana sewanya cuma RM250 sebulan. Jaraknya cuma 7km dari tempat kerja dan tiada masalah traffic jam langsung. Jiran pula sama-sama bekerja di UTeM, cuma jabatan sahaja lain. Salah seorangnya merupakan pegawai keselamatan di UTeM. Tahun hadapan sudah mahu pencen. Boleh tahan otai jugalah macam itu.

Secara amnya, rumah ini sangat bagus dari segi keluasan serta kualiti dalamannya. Malah, sejak ia dibeli, tiada lagi orang yang pernah menyewa di sini. Kiranya, Jalaklah orang pertama. Kebetulan lagi, tuan rumahnya merupakan staf admin di fakulti Jalak sendiri. "Tarikh bayar sewa bulanan, sama dengan tarikh gaji bulanan masuk", katanya. Oh ya, tidak jauh dari rumah Jalak adalah tadika untuk kanak-kanak. Jenuhlah mendengar suara cikgunya yang kuat ketika awal pagi mahu bersiap-siap ke tempat kerja He He He..

Dari luar pintu pagar..


Ada ruang ekstra di anjung kereta yang bersimen..

Ruang tamu serta bilik 1 & 2 ke arah dapur. Dapur sudah siap dengan 2 sinki dan kabinet.


Ruang tamu serta bilik 1 & 2 dari arah dapur


Bilik 1..satu-satunya bilik yang Jalak guna buat masa ini


Bilik 2..so far tak guna lagi.


Bilik 3..kecil sedikit. Jalak guna untuk simpan cat-cat yang ditinggalkan tuan rumah.

Ha..apa macam? Berwarna-warni tak rumah sewa Jalak ini?

TAPI, lokasinya pula sekarang menjadi masalah buat Jalak. Kawasannya agak pedalaman, bayangkanlah tempat yang anda boleh beli kuih, 3 seringgit. Senang cerita, kawasan kampunglah. Andai dahulu sebelum sambung belajar, Jalak pernah menyewa di kawasan ini juga dan tiada masalah besar kerana Jalak tahu ia hanya untuk sementara. Sekarang situasinya berbeza. Broadband Celcom cuma dapat coverage EDGE sahaja (1 level down from 3G!). Maxis dan Digi apatah lagi! Jalak sudah siap deal secara inofficial dengan teman Jalak yang bekerja di TM untuk mendapatkan pakej streamyx yang bagus. Maklumlah, Jalak baru pulang dari negara yang mempunyai capaian serta kelajuan internet yang laju. Terasa seperti downgraded pula. Mahu layan Youtube pun payah, apatah lagi muat turun?!

Sebentar tadi pun, Jalak baru pulang dari melihat 2 taman perumahan baru untuk DIJUAL di sekitar Durian Tunggal. Ada yang sudah siap untuk dimasuki, ada yang akan siap bulan 3 tahun hadapan. Harga boleh tahan menarik, ada yang teres biasa 4 bilik, ada yang semi-D dengan keluasan tanah belakang sebesar alam boleh dibuat swimming pool! In fact, semalam juga Jalak telah ke Bukit Katil untuk melihat sebuah rumah yang available untuk DISEWA. Rumah itu lebih dekat dengan kawasan bandar, cuma kualitinya Jalak kurang berkenan.

Sekarang Jalak berbelah bagi samada mahu membeli rumah dalam masa terdekat ini, atau mahu tunggu (tak tahu berapa lama) untuk disahkan jawatan supaya Jalak layak mendapat privilege menggunakan loan kerajaan. Lebih-lebih lagi, rumah yang Jalak berkenan untuk membeli itu cuma tinggal SATU unit sahaja lagi untuk bumiputera. Mana tak gelabah??! Dalam masa yang sama, Jalak agak berpuas hati juga dengan rumah sewa sekarang. Selepas ada streamyx, inshaAllah selesailah masalah.

Hmmm..Sukar untuk kita jangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tahun berlalu, harga rumah semakin menaik. Itulah perkara yang membebankan kepala otak sekarang. Mujurlah buat masa sekarang, banyak masa terluang. Bolehlah ke sana ke mari untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan. Ya Allah, permudahkanlah hambaMu ini membuat pilihan terbaik. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanya...ameen!

Jalak: Tidur beralaskan tilam dan toto sahaja..

6 comments:

  1. Uit, lawanya rumah sewa anda! Pd harga rm250 sgt berbaloi ye...kat area mana tu? Dulu kitorg dok kat tmn kenari jaya durian tunggal, rumah xde tiles penuh pon sewa RM300.

    ReplyDelete
  2. rumah cantik, sewa 250 jee...untungnyeee....

    ReplyDelete
  3. @Neny: yup, dari segi harga sangat2 berbaloi.maybe skang xlengkap perabot umah lagi, tu yg sangap kot..kat area Kesang (dari UTeM ke arah Jasin)

    ReplyDelete
  4. cantik rumah... bila nak buat house warming???

    Cikgu

    ReplyDelete
  5. erkk cikgu..org bujang pon kena housewarming ke?? tunggu la lengkap peti ais, dapur semua dulu..so far blum berasap lagi dapo..

    ReplyDelete
  6. semua da lengkap da...tgl satu je lagi tggl.. jeng..jeng .. jeng...

    p.s mode menanti jemputan..hihihi

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin