Monday, September 13, 2010

Maaf Tak Terucap

Hmm..entah kenapa raya tahun ini Jalak terasa sangat sebak, begitu sebak sampai teresak-esak tatkala bersalam dan berpelukan dengan Abah dan Mak pada petang 1 Syawal. Ya, petang kerana menunggu semua ahli kerabat datang berkumpul memandangkan kaum lelaki perlu menghadiri solat Jumaat pada tengaharinya. Kebiasaannya sesi begini dilakukan pada waktu pagi sejurus selepas masing-masing berkumpul di rumah uwan usai solat sunat Aidilfitri.

Berbalik kepada persoalan kenapa Jalak begitu sebak yang datangnya secara tiba-tiba..mungkinkah kerana hari sudah petang dan Jalak pun sudah kepenatan dan kekenyangan menikmati aneka juadah sejak dari paginya? Macam tak logik pula. Setelah difikir-fikirkan, Jalak tahu kenapa. Jika 2 tahun lepas, Jalak sentiasa berjauhan dengan Mak dan Abah. Dari segi rasionalnya, tak banyak kesalahan atau dosa yang Jalak dah lakukan terhadap mereka. Tahun ini cukup berbeza kerana Jalak sudah pulang menetap kembali di Malaysia. Dalam waktu untuk memulakan hidup baru selepas tamat pengajian, Mak dan Abah lah yang paling banyak membantu Jalak terutamanya dalam urusan pindah rumah dan yang paling dapat dirasakan, ketika Jalak sedang berpantang selepas menjalani pembedahan padi bulan Mei yang lalu. Dek terkenangkan itu semualah, Jalak sampai teresak-esak sampaikan begitu susah sekali untuk menzahirkan pengucapan dari mulut untuk meminta maaf pada ketika itu. Air mata berlinang laju. Huhh...

Oh ya, tentang sambutan raya tahun ini, Jalak sangat bersederhana. Persiapan pun macam tiada apa yang menarik untuk diperkatakan melainkan tradisi tiap-tiap tahun memasak lemang dan rendang beramai-ramai. Mak Jalak pula sangat galak membuat kuih raya tahun ini. Baju Melayu Jalak pula cukup sekadar memakai baju Melayu merah ketika menjadi pengapit kepada Matnur dan Dila 3 tahun yang lalu, dipasangkan dengan sampin rasmi Soksek yang masih tersimpan kemas di dalam almari walaupun sudah lebih 10 tahun lamanya. Nostalgia sungguh!
Photobucket

Photobucket
Kuih raya home made..sikit-sikit tapi banyak jenis :D

Photobucket

Photobucket


Erm..hari ini sudah hari raya ke-4 dan Jalak sudah pun kembali ke UTeM untuk bekerja. Semester pertama sebagai pensyarah benar-benar menguji kesabaran Jalak dalam menguruskan masa. Tak mengapalah, inshaAllah lama-lama nanti dah boleh biasakan diri dan stabil dengan kerja. Come on Jalak, u can do it!!

Jalak: Makin tua makin sensitip??

6 comments:

  1. Selamat Hari Raya rusdy.. baju merah yg xleh lupa..tp apsal aku xleh view gmbo tu full..nampak kepala jek.. anyway thanks byk2.. ironinye extra sedih sbb lum berdua kot.. klo dh berdua 'segan' lak nak teresak-esak.. byk gumbira jek nnt.. x caya, ko cepat2 la berdua, then, tulis lg entry 1st raya lg.. :)

    ReplyDelete
  2. Huh yeke? Kalo kene time raye umah mentua lak camne..lagi sebakk haha

    ReplyDelete
  3. lama Jalak tak update blog... aw, baju tu masih tampak anggun di badan pemakainya, tambah lagi samping soksek yg sentiasa malar hijau walaupun merah... hahaha

    Selamat Hari Raya, Jalak...

    Cikgu

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya Cikgu..
    ye, lame dah x update. skang dah stable sket..wireless pon ade kat umah sambil2 lepak depan tv leh update, inshaAllah...hehe next time kene la cari baju melayu hijau yg malar hijau :P

    ReplyDelete
  5. aaaa...jeles2...insyaallah thn depan, thn depan...sabar la duhai hati

    ReplyDelete
  6. no need to jeles..pikir positif i.e. terhindar dari makan x henti2 then berat badan naik hehe tp sabola..taun depan inshaAllah!

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin