Tak sangka, O2 Xda yang Jalak beli ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Hitler ini punah begitu sahaja. Tak pernah diduga, begini akhirnya. Tamat sudah riwayatmu ketika di dalam mesin basuh. Aduh!! Ralat betul rasanya. Kecuaian yang boleh dianggap bodoh bagi orang yang mempunyai otak yang waras seperti Jalak. Namun, tak semua benda kita boleh kawal. Manusia tak lari dari melakukan kesilapan..
Sedih sebenarnya memikirkan kenangan 2 tahun bersamamu. Banyak sungguh jasa yang dikau taburkan kepadaku sebagai seorang pelajar, pengembara dan juga manusia biasa, amnya. Bersemadilah kau dengan aman tanpa bunyi deringan mahupun cahaya dari skrinmu yang sudah malap itu. Izinkanku untuk mencari 'cinta' yang baru untuk terus melengkapkap hidupku di dunia yang penuh pancaroba ini. Ya, benar. Apalah erti hidup manusia tanpa sesuatu sepertimu?
Sayang seribu kali sayang, rupamu masih cantik, badanmu masih solid, namun jantungmu tidak berfungsi lagi..Isk!! Sekurang-kurangnya dirimu masih boleh dibuat cermin..
Jalak: Perlukan masa untuk melupakan semuanya..
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Herzliches Beileid.. Ich verstehe, aber i punya takde la masuk mesin basuh.. hehehe..
ReplyDeletehukhuk..schade schokolade :(
ReplyDeleteaduhai..sayangnyaaaaaaaa..takde rezeki nak hidup bersama
ReplyDeletehahaha.. kelakar la ayat2 kamu itew.
ReplyDeletedah tangkap satu Iphone belum?
patah tumbuh hilang berganti jalakkk.. usah dikenang bda yg da blaku...amik iphone r.. besh sket..hahaha..
ReplyDeletedlu hset kita penah gak masuk lam mesin basuh.. rajin sgt basuh.. samsung r tp.. ajaibnya masih boleh hidup dan normal.. tp dek sbb kejadian len.. akhiirnya terkubur jugakk..huhuhu
bos...dia nak soh carik pengganti ler tuh...
ReplyDeleteala sedihnya..takpe jadi cermin pun okay apa..hehe.
ReplyDeletebaca first sentence, rasa simpati sgt, baca sentences seterusnya...sori la ye, i tergelak besar. Mesin basuh? Sadis2...
ReplyDeleteXpe la Jalak...ada la alasan nak tangkap iPhone satu kan?
thanks all! iPhone ye?? sebelum iPhone pon masuk lam mesin basuh, kene cari 'assistant' kot to make things more organized..hurmm~
ReplyDeleterusdy saje je tu... sbb nak angkat iphone satu sblm blk melesia..
ReplyDelete