Wednesday, March 24, 2010

Kesempatan Dalam Kesempitan

Fuhhhhh..apa-apa pun, izinkan Jalak menghela nafas panjang setelah bangkit dari fasa kepenatan maksimum semenjak hari Ahad lepas. Apabila jari-jemari Jalak sudah kembali menari-nari ke reban ini, bermakna keadaan sudah kembali pulih seperti biasa, baik dari segi fizikal, mental dan juga EMOSI. Syukur alhamdulillah :)

Hebat sekali penangan yang diterima dalam tujuan untuk shipping barang-barang ke Malaysia. Bagi Jalak sendiri yang begitu last minute dalam membungkus, membalut, mengukur, menimbang, merekod dan melabel persediaan untuk shipping barang tak semudah yang disangka. Jujurnya sebelum ini tak terlintas di fikiran untuk membalut semua kotak yang ada. Namun setelah mendapat beberapa nasihat serta saranan daripada forwarder barang daripada Malaysia, maka bertambahlah lagi kerumitan untuk membalut kotak-kotak tersebut menggunakan plastic foil. Jalak pernah melihat bagasi Jalak dibalut menggunakan plastik yang sama ketika di airport. Ada alatan khas lagi canggih untuk membalutnya. Jalak pula seorang diri, terkial-kial jugalah dalam mendapatkan rentak.

Memandangkan kontena dijadualkan sampai ke rumah Jalak pada awal pagi hari Isnin (kelmarin), hari Sabtu merupakan hari terakhir untuk melengkapkan apa yang masih kurang seperti kertas untuk melabel, sellotapes (bermacam jenis) dan tidak dilupakan, chocolates untuk orang kampung. Bayangkan Jalak masih berada di Kaufland sekitar jam 7.30 malam ( 30 minit sebelum ditutup) dan selepas itu masih sempat singgah di Edeka berhampiran rumah yang tutup pada jam 10.00 malam. Tak rugi Jalak singgah di situ kerana ada sales coklat bar Milka 100g yang berharga €0,49 sahaja :)

Hari Ahad dihabiskan dengan kerja-kerja terakhir sebelum shipping. Hanya sekitar jam 2.00 pagi barulah segala-galanya siap dengan sempurna. Kononnya cadang mahu tidur awal untuk simpan tenaga kerana esoknya seawal jam 8.00 pagi kontena dijadualkan tiba di depan pintu rumah, alih-alih dapat tidur beberapa jam sahaja dek penangan last minute punya kerja. Mujurlah pagi itu masih boleh bangun dengan bersemangat!
Photobucket
Barang-barang Jalak kesemuanya..tampal sellotape pun lintang pukang tapi penuh berseni He He

Awal-awal pagi Isnin, sebelum jam 8.00 pagi lagi, kesemua barang sudah siap sedia berada di halaman rumah. Lega sebentar kerana sudah terlepas satu azab membawa barang-barang tersebut turun dari tingkat 3 menggunakan tangga. Malangnya kelegaan itu tak berpanjangan kerana ada bahana besar yang menanti selepas itu. Kami semua telah dikejutkan dengan perubahan jadual lori kontena yang SEPATUTNYA datang ke Siegen terlebih dahulu, kemudiannya baru ke Aachen untuk mengambil barang-barang teman-teman di sana. Sebaliknya lori tersebut sesuka hati saja pergi ke Aachen terlebih dahulu. Jarak Siegen ke Aachen bukannya dekat! Kalau ikut jadual seperti yang dirancang, mungkin selepas jam 9.00 pagi segalanya sudah selesai di sini. Malang sekali, TIDAK! Andaian itu ternyata jauh meleset sama sekali!
Photobucket

Photobucket

Oleh kerana kesemua barang sudah diletakkan di luar halaman rumah, adalah sesuatu yang dianggap BODOH jika kami semua mengangkatnya semula ke dalam rumah. Tidak dapat tidak, barang-barang itu perlu dibiarkan sahaja di situ namun perlu ada orang yang menjaganya. Lalu kami pun bergilir-gilirlah menjaga. 1 shift memakan masa 30 minit, kemudian bolehlah berehat sambil memanaskan badan di dalam rumah selama sejam sebelum masuk semula ke shift baru. Begitulah rutinnya. Tak pasal-pasal kena jadi pak guard tanpa gaji pula..sedih sedih. Oh ya, dalam waktu rehat itu, Jalak sempat menanak nasi lembik untuk membuat nasi himpit, dimakan bersama soto ayam yang dimasak oleh chef Didie. Wahh, layan sungguh makan soto panas ketika menjaga kotak di luar. Bertambah-tambah sedap jadinya :P
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Sedang menonton drama Tersasar di Jalanmu..macam ada kena mengena je!

Akhirnya sekitar jam 5.00 petang, barulah lori kontena itu sampai. Walaupun kepala terasa berat, namun keterujaan untuk menamatkan saja penantian yang berpanjangan ini, telah mengatasi segala-galanya. Bagaikan suatu keajaiban telah berlaku. Kesemua barang warga Siegen dan juga Aachen selamat dimuatkan ke dalam kontena tersebut dengan jayanya! Kredit kepada Nazrin dan Matnur yang begitu gigih merangka strategi penyusunan yang begitu efisyen.
Photobucket

Tak dilupakan kepada Dimaz dan Ulla, teman-teman Indonesia yang sudi turun padang untuk meringan beban kami yang kekurangan manpower ini. Alhamdulillah segalanya selesai dan pelbagai 'drama' yang berlaku sepanjang hari tersebut berkahir dengan happy ending :)
Photobucket

Bak kata Abang Karl (suami Kak Yan) dalam Melodi minggu lepas, "Kita serah pada Tuhan, Yan. Kalau kita boleh lepas dari ujian ni, agaknya Tuhan nak bagi kita rezeki yang besar kot.."

Nampaknya, satu lagi pengalaman menarik dapat Jalak kongsi di sini bersama-sama. Shipping barang bukanlah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi apabila melibatkan banyak pihak. Sama-samalah kita mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

Jalak: Bersyukur kerana tidak ter'ship' paspot kali ini..fuhh!

5 comments:

  1. mboi! Siap quote dr Melodi lagi...peminat tegar melodi nih!

    Oh, x tau lak korang share ngan bebudak Aachen...patut la dylla ckp risau2 x muat. Alhamdulilah settle gak ye....

    Menakutkan je la citer ko...x leh imagine thn depan cemana lak kes kitorg kalau amik kontena gak.

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah semua sudah beressss..

    ReplyDelete
  3. @Neny:
    kehkeh..Melodi kan tontonan seisi kuarge..
    haa..jenuh gak ek kalo shipping sebab umah level 3 gak kan. tapi kalo lori punctual xde hal lah..

    @Ajzie:
    yaa..bak kata Heliza Helmi "berrregghh!" :P

    ReplyDelete
  4. waduh jalak....
    bru smpt bc entri ni..

    susah eh klu kongsi reramai..
    sian je tgk..
    apeppun smua da settle..
    kalau ada tips ke aper. leh la share tuk org yg nk balik lak pas ni... psl kontena ke ape2 sume..

    hmm.. pasni da kureng la pengunjung setia iurf.blg.com..huhuuhu..:)

    ReplyDelete
  5. waduh2..dah sehat bagus le.
    baru je jenguk iurf ladi, ade ayam berkicap tapi skang dah x heran ler..sini macam2 ada! :PP

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin