Tuesday, March 9, 2010

Rembatan Minit Terakhir

Alang-alang entri sebelum ini banyak yang berkaitan dengan shopping, jadi sebagai muqaddimah kepada percutian Jalak ke Liverpool baru-baru ini, juga berkaitan dengan topik yang sama. Al-maklumlah, selagi belum selamat tiba di tanahair, atau dalam erti kata lain, selagi berada di tempat orang ini, selagi itulah Jalak rasa macam-macam mahu dibeli. Seolah-olah tiada lagi peluang kedua pada masa hadapan. Mungkin juga, siapa tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan? Jadi, selagi ada kemampuan serta peluang di depan mata, tak salah untuk berbelanja, betul tak?

Sebenarnya aktiviti membeli-belah lebih tertumpu kepada minit-minit terkahir sebelum meninggalkan bandar Liverpool yang indah permai. Kebanyakan masa lebih diluangkan untuk melawat ke tempat-tempat menarik sahaja. Jika ada pun masa untuk menjengah ke kedai mahupun butik ternama yang kebanyakannya terletak di sekitar Liverpool One (L1), adalah ketika waktu senja, sejurus selepas pulang dari tempat lawatan. Sayangnya kedai-kedai di sini ditutup agak awal, tidak seperti di Malaysia yakni sehingga jam 10.00 malam malah ada yang berlanjutan hingga ke lewat malam seperti di Petaling Street dan juga KL Downtown.
Photobucket
Ruang shopping terbuka sekitar L1..NICE!!

Photobucket
Kedai yang sering Jalak singgah untuk membeli makanan kerana harganya tidak melebihi 99 pence serta beraneka pilihan!

Photobucket
Malang sekali kedai-kedai sudah ditutup pada waktu ini :(

Photobucket
Liverpool FC shop yang terletak berhampiran St. John Shopping Centre ini tutup lebih awal.

Jika sudah bertandang ke Liverpool, tidak sah rasanya kalau tidak singgah di FC shops yang terdapat di sini. Tambah menarik, bukan Liverpool FC (L.F.C) sahaja yang terdapat di sini, malah Everton FC (E.F.C) juga tidak ketinggalan! Bertambah menarik lagi, kedua-duanya hanya dipisahkan oleh sebuah kedai yang lain sahaja di sekitar L1. Oh ya, selain di sini, kedua-duanya sudah tentu turut mempunyai cawangan utama di sekitar kawasan stadium masing-masing yang terletak di pinggir bandar. Malah, L.F.C shop juga mempunyai cawangan ketiga berhampiran St. John Shopping Centre, namun ditutup lebih awal daripada FC shop yang terdapat di L1. Kesimpulannya, tidak perlulah bersusah-payah ke stadium semata-mata mahu membeli barangan yang dihajati kerana cawangan di L1 ini turut menjual barangan yang sama. Malah harganya juga sama. Mungkin yang berbeza hanyalah dari segi kuantiti stok yang ada.
Photobucket
Liverpool FC Shop di L1

Photobucket
Offer menarik yang terdapat di Everton FC Shop! Take 2 items at 1 price!!

Photobucket
Photobucket
DUA t-shirts dengan hanya perlu membayar sebanyak £14.99! :D

Sebelum membuat lawatan ke stadium, Jalak sedari awal lagi sudah memantau harga barangan yang ditawarkan di cawangan L1 untuk dibandingkan dengan harga di cawangan berhampiran stadium. Ternyata tiada bezanya, lalu Jalak membuat keputusan untuk hanya membeli barangan yang dikehendaki di cawangan L1 sahaja kerana tidak mahu bersusah-payah mengusung beg plastik berisikan barangan yang dibeli ketika sedang berjalan-jalan. Dengan kamera untuk ambil gambar lagi. Dengan navigator sebagai penunjuk jalan lagi. Sedangkan tangan hanya ada dua sahaja. Risau berserabut pula nanti! Sebagai contoh, Jalak pernah stucked agak lama di mesin bayaran automatik Tesco kerana tidak cukup tangan memegang barangan yang sudah sedia dibeli sebelumnya. Tambahan pula pertama kali Jalak menggunakan mesin ini, kekok rasanya. Mujur ada juga assistance yang sudi membantu.
Photobucket
So far, belum pernah terjumpa mesin sebegini di Jerman. Baguslah! Haha..

Jalak hanya berkesempatan untuk masuk ke butik-butik, yang menjual pakaian terutamanya, pada hari kedua terakhir sebelum meninggalkan Liverpool. Itu pun ketika jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Dengan masa yang begitu singkat, agak sukar untuk Jalak betul-betul membuat pilihan, lebih-lebih lagi barangan yang berbentuk pakaian. Mahu dicuba dahulu agar betul-betul padan dengan saiznya, kemudian barulah yakin untuk membeli. Masalah paling besar adalah ketika mahu memilih saiz yang sesuai untuk kedua-dua abang Jalak yang merupakan peminat tegar pasukan Liverpool.

Pada hari yang sama juga, Jalak terjumpa beberapa koleksi suits yang dijual dengan harga dari £69 hingga £99 sahaja! Namun rasa malas pula untuk mencuba. Tambahan pula, Jalak terfikirkan bagaimana mahu membawanya pulang menaiki kapal terbang? Jalak hanya membawa hand luggage sahaja. Paling menarik, Jalak turut terjumpa koleksi kasut kulit berjenama Burton yang dijual dengan harga £55 untuk DUA pasang!! Sempat jugalah Jalak cuba untuk memakainya lalu ada jugalah yang berkenan di hati. Namun Jalak tidak pasti untuk membelinya lagi. "Esok masih ada.." begitulah kalimah penyedap hati.

Pejam celik pejam celik, sudah tiba hari terakhir! Mujurlah flight untuk pulang dijadualkan pada sebelah malam. Ada masa lagi untuk membuat rembatan terakhir pada siang hari! Tanpa membuang masa, Jalak berjalan-jalan secara rawak di sekitar shopping area lalu termasuk ke dalam gedung Bhs. Mungkin sudah jodoh agaknya, sekali lagi Jalak terjumpa dengan koleksi kasut Burton, sama seperti semalamnya. Paling menarik, memandangkan hari itu adalah hari Jumaat, gedung Bhs mengadakan promosi 3-days SALE sehingga hari Ahad. DUA pasang kasut kulit yang berharga £55 pada hari sebelumnya, kini mempunyai potongan sebanyak 20%. Tekan kalkulator sekarang, kiralah berapa harganya? Pandai..£44! Mujur Jalak tak tergerak untuk membelinya semalam :DD
Photobucket

Photobucket
Selang seli dipakai untuk pergi kerja. Jangan tersalah pasangan sudah..Hahah!

Oh tidak! Barang yang paling penting masih belum dibeli lagi. Dalam kekalutan beberapa jam sebelum menaiki tren menuju ke Manchester Airport, Jalak sempat membeli beberapa helai t-shirts Liverpool FC untuk abang-abang Jalak, tidak dilupakan untuk Jalak juga!
Photobucket
T-shirt yang sama untuk mereka! Haha..terima sajalah, bukan senang si adik ini mahu sponsor! Smart juga, Jalak pun berkenan..

Photobucket
Tapi Jalak lebih berkenan dengan yang ini. Sudah lama mengidam polo tshirt macam ini. Lihat di Zweibrucken outlet dahulu(jenama Ralph Lauren)..terlalu mahal!!

Fuhhh..lega! Akhirnya sempat juga membeli barangan yang dihajati sebelum pulang. Walaupun 4 hari berada di sini, bagaikan tidak cukup rasanya. Lebih-lebih lagi memikirkan 3-days SALE yang baru saja bermula. Mujurlah Jalak tidak terus berada di sini sampai hujung minggu. Jika tidak, mesti banyak lagi wang pound yang bakal melayang. Lega juga kerana dengan lambakan barang-barang yang dibeli termasuk DUA KOTAK kasut itu, bagasi Jalak yang berlebihan muatan dilepaskan begitu sahaja oleh amoi kaunter Germanwings yang sedang bertugas.

Amoi Germanwings: Do you have any luggage to check in?
Jalak: NO!
Amoi Germanwings: Please proceed to the gate bla bla bla..

Maka dapatlah Jalak pulang dalam kelegaan berbekalkan senyuman..sebelum bermulanya peristiwa hitam yang diceritakan panjang lebar pada entri sebelum ini. Begitulah lumrah kehidupan. Ada manis, ada pula pahitnya..

Jalak: Bilik sudah semakin sempit!

9 comments:

  1. wahhhhh banyakkkkssssss betul shopping.. Anyway bila date terbang pulang?

    ReplyDelete
  2. Sejak "Zidane" sudah tiada di kancah fussball, tiada lagi kasih, bak kata in-Team..

    ReplyDelete
  3. @Ajzie:
    skali tu je sampai liverpool.rugi lak tak rembat!
    dah apply kat UTeM tiket 29 mac, tapi lom tau lagi

    @Teman Jalak di Bonn:
    kasih kekasih, impian kasih, nur kasih..skarang tiada lagi kasih plak ke? dah lame x layan inteam.hmm tunggu la zidane Jr. besar nanti..

    ReplyDelete
  4. shopping pun my fev gakkk...
    kan besh kan kalau duk shopping2 tp duit x kering2...he he he.. cam kelaka aje..

    pasni nk shopping mn lak jalak..? ngeeee

    ReplyDelete
  5. @iu rf:
    boleh..shopping dalam hujan. konpom x kering duit :P
    lps ni xde plan dah..shopping makanan jela kot I)

    ReplyDelete
  6. Makan doner, durum, tas kebab,doner teller, lamachun.lissen suppe puas puas.. nt dah balik Msia rindu rinduan........ heheheh

    ReplyDelete
  7. @Ajzie: plan nye begitulah..lepas perabis buang sume barang2 kat dapur.tuan umah suruh kosongkan..

    ReplyDelete
  8. wah wah wah...besnyaaaaaaaaa...liverpool hard fan kat umah ni sure leleh lah tengok abg cd balik pakai bju diorg hahaha

    ReplyDelete
  9. @^^hAAn^^:
    don wori, ade gak souvenirs tuk deorang :)

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin