Tuesday, May 26, 2009

Mengejut dan Mengujakan !!

Gila ah! Sebuah percutian yang begitu mengejut pernah Jalak lalui. Tempahan kereta sewa, bilik hotel dan sebagainya dibuat dalam tempoh masa kurang 24 jam dari detik bermulanya percutian. Akan tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Jalak baru sahaja selamat sampai ke rumah jam 10 pagi tadi. Malam tadi terpaksa bermalam di Frankfurt kerana kehabisan perkhidmatan keretapi dari Frankfurt ke Siegen.

Percutian kali ini sangat lain daripada yang lain atas beberapa faktor. Antaranya:
1) Pertama kali dapat berjalan-jalan menaiki kereta. Terasa bagai burung yang bebas untuk terbang ke mana-mana.
Photobucket

2) Lawatan ke Monaco kebetulan berselisih dengan acara Grand Prix Monaco 2009. Memang meriah walaupun hanya dapat menonton perlumbaan sebentar melalui skrin gergasi.
Photobucket

3) Lawatan ke Cannes pula berselisih dengan Cannes Film Festival 2009. Walaupun tidak dapat berjumpa dengan delegasi-delegasi dari Malaysia, apatah lagi Aishwarya Rai, tempias kemeriahan festival tetap dirasai. Dalam pada itu, tercari-cari juga jikalau terjumpa mereka-mereka ini tapi khalayaknya sangat ramai di merata tempat.
Photobucket

Booth yang ada bendera Malaysia pon tidak kejumpaan dari jauh. Kawalan yang ketat juga menyekat kebebasan. Namun, bendera Malaysia sahaja yang mampu kelihatan. Berkibarlah dengan bangga wahai benderaku.
Photobucket

Oh ya, untuk butiran lanjut tentang penyertaan filem Malaysia yang menyertai festival ini, dengan segala hormatnya sila bertandang ke sini

4) Dapat merasa mandi-manda di pantai Cannes yang permai. Kali pertama Jalak dapat merasa air masin laut di Eropah ini. Maklumlah di Bumi Hitler ini lautnya sangat jauh dari lokasi di mana Jalak diami sekarang. Nikmat sekali rasanya membiarkan tubuh, kaki dan muka dipukul oleh ombak bertalu-talu.
Photobucket

5) Tidak dilupakan, dapat melepaskan rindu dendam untuk makan ayam KFC memandangkan KFC di serata negara Perancis adalah halal untuk dimakan.

Ayam-ayam KFC di lebuhraya..

Begitulah serba sedikit coretan untuk percutian kali ini. Sengaja Jalak rangkumkan kesemuanya dalam satu entri, buat masa ini kerana dalam tempoh kurang 24 jam dari sekarang Jalak harus terbang ke Mesir untuk lawatan selama 10 hari pula. InsyaAllah sekiranya ada masa nanti, akan Jalak kupaskan satu persatu pengalaman berlainan di setiap tempat yang Jalak kunjungi.

Jalak: Pencinta filem tempatan

Sunday, May 17, 2009

Bencinta Bencinta Bengang

Tidak dinafikan, lagu Bencinta merupakan lagu kegemaran Jalak untuk tahun ini (setakat ini!). Siapa lagi si pelantun lagu tersebut kalau bukan Faizal Tahir. Disebabkan ini merupakan single terbaru beliau, setakat ini baru dua kali F.T memperdengarkannya kepada khalayak secara live; pertama ketika ABPBH 2008 bulan lalu dan terbaru ketika pencalonan lagu tersebut dalam Muzik Muzik pada minggu lepas. Jujur Jalak katakan, Jalak lebih gemarkan persembahan beliau di pentas Muzik Muzik kerana F.T betul-betul menyanyi seperti versi studio.

Kebetulan pula pada malam kemuncak konsert akhir AF7 malam tadi, Akim yang mendapat tempat ke-3 turut memperdendangkan lagu yang sama mengikut style dan arrangement yang tersendiri. Jadi di sini Jalak ingin berkongsi dua buah video bagi sebuah lagu yang sama oleh DUA orang penyanyi; seorang yang masih lagi amatur manakala seorang lagi sudah meraih pelbagai anugerah di arena persada seni suara.


Persembahan yang kreatif dari segi kareografi serta berapi-api (bak kata Edrie Hashim). Penuh drama serta klimaks pada minit ke 3:18. Walaubagaimanapun key pada hujung chorus diturunkan sedikit. Well, mana boleh caras vokal F.T yang hebat itu!


Persembahan yang biasa dari segi stage performance (baru peringkat pencalonan je kan) tapi puas la dengar FT nyanyi sebiji macam studio version. Terbaik!!

Dalam pada itu, antara lagu-lagu baru yang pertama kali didendangkan pada malam tadi, Jalak paling tertarik dengan lagu baru Akim yang berjudul BENGANG. Apa-apa saja lah tajuknya, jangan BANGANG sudah! Honestly 1st time dengar memang menarik dan easy listening. Paling penting yang Jalak perasan lah, genre lagu Bengang ni ala2 muzik Faizal Tahir. Mungkin sebab Jalak sering mendengar lagu-lagu dari album Aku.Muzik.Kamu tapi itu lah persepsi jujur daripada Jalak. Kalau tak percaya, cuba dengar betul-betul lagu ini.

Cara nyanyian pun macam F.T jugak! Anyway, tidak dinafikan cepat benar lagu ini menangkap ke halwa telinga. Tidak mustahil bakal menjadi siulan anak muda masa kini.

Anyway, tahniah diucapkan kepada Hafiz yang baru sahaja dinobatkan sebagai Juara AF7. Persembahan Hafiz malam tadi biasa-biasa saja tetapi pengundi-pengundi mengambil kira persembahan beliau yang konsisten minggu ke minggu. He deserved it!

Alang-alang bercakap pasal AF7 ini juga, Jalak ingin berkongsi KEBATILAN yang telah berlaku menjelang konsert akhir. Patutkah ASTRO meresetkan undian-undian pelajar selepas tamat konsert ke-9 untuk memberi 'keadilan' kepada seorang pelajar yang diserap masuk untuk beraksi di konsert akhir?? Kebiasaannya jika tiada penyingkiran (seperti konsert ke-9), undian akan dibawa ke minggu seterusnya. Jadi apa gunanya undian berpukal-pukal oleh para pengundi yang mengundi sepanjang minggu ke-9 dengan harapan untuk melayakkan peserta kegemaran mereka melangkah ke final? AFMASUK itu sahaja sudah tidak adil bagi peserta-peserta yang masih di dalam akademi, inikan pula isu mereset undi ini. Aduh kasihan....

Jalak: Layan melalui Youtube..hebaaat!

Sunday, May 10, 2009

Transformasi: AF7 atau OIAM3 ??

OIAM 3 sudah melabuhkan tirainya. Umum sudah mengetahui siapakah juara sekaligus bergelar jutawan segera. Walaupun AF7 musim ini yang memulakan laungan Transformasi, Jalak turut melihat elemen itu di dalam OIAM3 melalui Tomok; daripada penyanyi yang tangkap leleh kepada yang betul-betul mempunyai kualiti superstar seperti Faizal Tahir.

Memandangkan buku IOAM sudah pun ditutup sejak seminggu yang lalu, di sini Jalak ingin mencungkil satu lagi elemen Transformasi yang berlaku dalam AF7 yang akan melabuhkan tirai pada minggu hadapan. Pelajar yang Jalak maksudkan adalah AKIM pada konsert ke-9 malam tadi dengan mendendangkan lagu I'm Yours. Ini adalah kerana beberapa bulan yang lalu, Jalak pernah menonton video mamat ini memetik gitar sambil melantunkan lagu kesukaan ramai itu ketika sedang menunggu giliran semasa menghadiri ujibakat OIAM.

Tone suara yang luas market nya, tetapi masih lagi raw. Bila-bila masa saja bersedia untuk ditransformasikan!

Tup tup siapa sangka, dengan hanya layak untuk mara ke Top 60 OIAM, mamat ini terpilih pula sebagai salah seorang 14 pelajar AF7 dan malam tadi telah berjaya mara ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Siapa sangka juga, daripada seorang budak lepasan SPM yang memburu impian untuk bergelar seorang bintang, malam tadi telah berjaya menghangatkan dewan dengan persembahannya yang bersahaja atau slumber derk sambil mendendangkan lagu kesukaannya itu. Pihak fakulti telah sebulat suara memilih Akim sebagai pelajar cemerlang untuk minggu ini.

Yang ini barulah dinamakan Transformasi!

Jalak: Tahu petik je. Hats off pada orang yang pandai main gitar ni

Wednesday, May 6, 2009

Corat-Coret Grand BBQ Siegen Summer 2009

#Menurut weather forecast seminggu awal, hari Sabtu lalu diramalkan hujan.Walaubagaimanapun,ramalan berubah menjadi cerah 2 hari sebelum hari kejadian :D

#Memang betul cakap Kak Mazyan, buaian yang satu itu sering menjadi rebutan kanak-kanak untuk bermain sampai ada yang menangis..ish3x

#Kak Neny bijak mengambil peluang dalam mempromosikan koleksi tudung yang dijualnya. Jalak difahamkan laku juga lah jualan pada hari tu..komisyen mana??muhehehe

#Selain jualan tudung, demo Power Juicer oleh Didie turut mendapat maklum balas memberangsangkan daripada kaum-kaum ibu yang lain. Ada yang dah survey untuk membeli.

#Permainan baling-baling belon berisi air antara ibu bapa dan anak-anak terpaksa dibatalkan memandangkan AJK sukaneka gagal mengisikan air ke dalam belon sebelum permainan dijalankan. Sepatutnya dari awal lagi patut diisikan air ke dalam belon untuk mengelakkan 'gangguan' daripada kanak-kanak. Moral:It's not easy when dealing with kid's stuffs

#Permainan mengutip gula-gula untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun juga terpaksa dibatalkan kerana hanya DUA peserta sahaja yang tinggal iaitu Aina dan Nabhan.

#Satu lagi permainan yang dibatalkan ialah "Isi air ke dalam botol menggunakan sudu" memandangkan masa sudah suntuk dan ada tetamu yang terpaksa berkejaran balik ke rumah masing-masing.

#Semasa permainan "Tendangan membuta tuli", suasana menjadi semakin gamat dan tidak terkawal lalu wujudnya unit F.R.U (entah dari mana lol) bagi mengawal keadaan.

#Permainan "Teka bahasa isyarat" terpaksa diberhentikan pada awal permulaan kerana pasukan Aachen mengaku yang mereka boleh baca soalan di balik kertas putih yang transparent itu..JUJUR sekali. Terima kasih!

#Semasa pusingan bahasa Jerman untuk "Telefon Buruk", peserta yang berdiri di bahagian belakang sekali kelihatan gundah gulana dengan harapan supaya masa yang diberikan tamat secepat mungkin HaHaHa!

Jalak: Tiada yang mencarut

Siegen Bergegar!

Pada hari Sabtu yang lalu, bumi Siegen telah digegarkan dengan kehadiran lebih 30 orang Melayu yang bermastautin di bandar-bandar terdekat seperti Aachen, Juelich dan Frankfurt. Satu acara BBQ serta sukaneka telah diadakan di halaman rumah Jalak.
Meskipun beberapa hari sebelum hari kejadian, cuaca di Siegen tidak menentu. Ada ketika mendung dan adakalanya hujan. (Malah sewaktu artikel ini ditulis, hujan sedang membasahi bumi Siegen. Malah cuaca juga agak dingin ketika ini) Berkat acara yang mengeratkan ikatan silaturahim ini barangkali, cuaca pada hari Sabtu itu sangat cerah dan mendamaikan..Alhamdulillah!

Tetamu mula tiba seawal jam 11 pagi. Mujurlah rombongan dari Aachen dan Frankfurt tiba serentak, mudah bagi Jalak selaku PR kehormat untuk menjemput mereka di Weidenau bahnhof. Rombongan dari Juelich menyusul selepas itu. Sebelum memulakan acara BBQ, tetamu dihidangkan dengan menu nasi lemak bagi mengalas perut agar tidak berkeroncong.

Segala persiapan untuk BBQ telah dilakukan pada malam sebelumnya. Menu untuk BBQ pula adalah ayam dan sate (lembu). Memandangkan jumlah jemputan yang agak besar, proses pembakaran terutamanya ayam mengambil masa yang agak lama.
Photobucket
Photobucket

Setelah semuanya bersiap sedia, acara sukaneka pun dimulakan. Jalak selaku AJK sukaneka telah membuat persiapan yang sepatutnya sedari awal lagi. Untuk sukaneka, peserta dipecahkan kepada dua pasukan i.e. Pasukan Aachen (Aachen feat. Juelich) serta pasukan tuan rumah, Siegen (Siegen feat. Frankfurt).
PhotobucketPasukan Aachen

PhotobucketPasukan Siegen

Permainan pertama dinamakan "Teka Bahasa Isyarat". Dalam permainan ini, seorang wakil kumpulan perlu menggayakan bahasa tubuh berdasarkan tajuk lagu dan filem yang diberikan. Team Siegen kalah tipis di tangan Aachen sebanyak 1 soalan.
Photobucket
Abang Rahadi selaku tukang gaya kepada pasukan Aachen

PhotobucketAhli-ahli yang lain memberi tumpuan kepada setiap pergerakan abang rahadi

PhotobucketMadnur selaku pengemudi pasukan Siegen sedang memilih 10 soalan

PhotobucketPasukan Siegen tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir..

Permainan seterusnya dinamakan "Telefon Buruk". Setiap pasukan diwakili oleh 7 orang pemain di mana pemain pertama diberi masa selama 1 minit untuk menghafal sepotong ayat lalu dibisikkan kepada ahli-ahli kumpulan yang lain. Pemain terakhir perlu menyebut sebarapa banyak perkataan yang betul di dalam ayat tersebut. Terdapat 3 pusingan kesemuanya membabitkan 3 bahasa berbeza iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Jerman! Untuk permainan ini, pasukan Siegen telah mendapatkan kemenangan yang agak selesa.
PhotobucketSalah satu ayat yang perlu dibisikkan ke telinga

Photobucket
PhotobucketSetiap pasukan memperlihatkan strategi yang berbeza!

Permainan terakhir merupakan detik penentuan pasukan mana yang layak merangkul juara keseluruhan buat julung kalinya. Permainan ini dinamakan "Tendangan membuta tuli". Setiap pasukan perlu memilih 3 pasangan di mana setiap pasangan itu perlu berkolobrasi antara satu sama lain untuk memasukkan bola ke dalam gol. Salah seorang daripada pasangan itu diikatkan matanya dan hanya perlu mendengar arahan daripada pasangannya. Untuk menambahkan lagi drama pada permainan ini, pasukan lawan dibenarkan mengganggu tumpuan pasangan yang sedang beraksi tanpa menggunakan sebarang sentuhan fizikal. Keputusannya, pasukan Siegen kecundang di tangan Aachen dengan kekurangan sebanyak 1 gol!
PhotobucketOskar mewakili pasukan Aachen

Photobucket
Madnur mewakili pasukan Siegen


Dengan itu, pasukan Aachen telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan sukaneka kali ini. Bagi pasukan yang kalah, usah bersedih hati. Cuba lagi di lain masa!
PhotobucketTahniah kepada pemenang!

PhotobucketAntara kesemua yang hadir

Usai acara sukaneka, acara BBQ disambung untuk fasa yang kedua memandangkan banyak lagi ayam-ayam yang masih belum dibakar. Acara BBQ selesai sepenuhnya pada jam 10 malam. Ada tetamu yang sudah pulang ke rumah masing-masing pada hari yang sama manakala ada juga yang tumpang menginap di rumah Jalak.

Jalak mewakili tuan rumah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis pada kali ini. Diharapkan semuanya berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Segala yang baik datang daraipadaNYA dan yang buruk itu berpunca daripada kedaifan kami.

*Laman web rasmi pra-program

*Foto kredit oleh: Zulfadli Yushairee

Jalak: Penat tapi puas!
Blog Widget by LinkWithin