Gila ah! Sebuah percutian yang begitu mengejut pernah Jalak lalui. Tempahan kereta sewa, bilik hotel dan sebagainya dibuat dalam tempoh masa kurang 24 jam dari detik bermulanya percutian. Akan tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Jalak baru sahaja selamat sampai ke rumah jam 10 pagi tadi. Malam tadi terpaksa bermalam di Frankfurt kerana kehabisan perkhidmatan keretapi dari Frankfurt ke Siegen.
Percutian kali ini sangat lain daripada yang lain atas beberapa faktor. Antaranya:
1) Pertama kali dapat berjalan-jalan menaiki kereta. Terasa bagai burung yang bebas untuk terbang ke mana-mana.
2) Lawatan ke Monaco kebetulan berselisih dengan acara Grand Prix Monaco 2009. Memang meriah walaupun hanya dapat menonton perlumbaan sebentar melalui skrin gergasi.
3) Lawatan ke Cannes pula berselisih dengan Cannes Film Festival 2009. Walaupun tidak dapat berjumpa dengan delegasi-delegasi dari Malaysia, apatah lagi Aishwarya Rai, tempias kemeriahan festival tetap dirasai. Dalam pada itu, tercari-cari juga jikalau terjumpa mereka-mereka ini tapi khalayaknya sangat ramai di merata tempat.
Booth yang ada bendera Malaysia pon tidak kejumpaan dari jauh. Kawalan yang ketat juga menyekat kebebasan. Namun, bendera Malaysia sahaja yang mampu kelihatan. Berkibarlah dengan bangga wahai benderaku.
Oh ya, untuk butiran lanjut tentang penyertaan filem Malaysia yang menyertai festival ini, dengan segala hormatnya sila bertandang ke sini
4) Dapat merasa mandi-manda di pantai Cannes yang permai. Kali pertama Jalak dapat merasa air masin laut di Eropah ini. Maklumlah di Bumi Hitler ini lautnya sangat jauh dari lokasi di mana Jalak diami sekarang. Nikmat sekali rasanya membiarkan tubuh, kaki dan muka dipukul oleh ombak bertalu-talu.
5) Tidak dilupakan, dapat melepaskan rindu dendam untuk makan ayam KFC memandangkan KFC di serata negara Perancis adalah halal untuk dimakan.
Ayam-ayam KFC di lebuhraya..
Begitulah serba sedikit coretan untuk percutian kali ini. Sengaja Jalak rangkumkan kesemuanya dalam satu entri, buat masa ini kerana dalam tempoh kurang 24 jam dari sekarang Jalak harus terbang ke Mesir untuk lawatan selama 10 hari pula. InsyaAllah sekiranya ada masa nanti, akan Jalak kupaskan satu persatu pengalaman berlainan di setiap tempat yang Jalak kunjungi.
Jalak: Pencinta filem tempatan
Tuesday, May 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment