Jalak tiba di Cairo International Airport lalu dijemput oleh kenalan yang selama ini dihubungi melalui Friendster sahaja. Mereka membawa Jalak terus ke Malaysia Hall Abbasiyah.
Mengikut plan asal, Jalak bercadang mahu menyewa bilik di sini tetapi last minute semua bilik penuh dengan tempahan kerana terdapat rombongan dari Malaysia yang mahu transit di sini selama 3 hari sebelum ke Mekah. Usai perbincangan dengan penyelia asrama yang berbangsa Arab, dia membenarkan Jalak menginap di sini sahaja memandangkan malam semakin kelam. Syaratnya, esok seawal jam 6.00 pagi Jalak harus keluar dari bilik kerana rombongan dari Malaysia itu akan check in pada pukul 7.00 pagi. Aduh…!
Jalak dibawa untuk makan malam di kafe Malaysia Hall terlebih dahulu. Sememangnya Jalak sangat lapar lalu Mi Goreng Mamak bersama air sirap bandung menjadi santapan! Terasa seperti di warung Malaysia!
Borak punya borak dengan bos kafe tersebut, dia mempelawa Jalak untuk tidur di salah satu daripada bilik pekerja kafe di asrama yang sama. Rezeki jangan ditolak. lagipun tak digalakkan untuk menyewa hotel di bandar atas dasar ketenteraman awam dan bahaya dek ganguan seksual! Alhamdulillah, selesai sudah masalah. Esok pagi tak perlu tergesa-gesa mengangkut beg besar keluar dari asrama seolah-olah disingkirkan seperti di dalam program realiti AF itu hehehe. Hati sangat senang. Jalak senyum sampai ke telinga :D
Sebelum tidur, Jalak berbincang dengan Suhaib tentang tentative program selama 10 hari di Mesir. Setelah menemui kata sepakat, Jalak bersedia untuk masuk tidur. Esok sudah mahu memulakan pengembaraan di bumi Mesir!
Jalak: Networking itu penting
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kenapa ada gangguan seksual, di bumi mesir, pelik bin ajaib la..citer la sikit apa maksudnya, ata jalak hanya berjenaka...? hehehhe...
ReplyDeletebanyak hotel2 murah di cairo.ade orang citer malam2 ada pelacur datang ketuk pintu hotel.biasa la kak mijon, tekanan ekonomi.saya pulak takut iman tak kuat huh..
ReplyDeleteooo... dasat bunyinye.. igt kan gangguan seksual gimanah tdik... ish3... alhamdulillah .. Allah memelihara si jalak.. hehehehe :D
ReplyDeleteorang2 kat sini buat macam2 untuk dapatkan wang..kanak2 mengetuk2 tingkap kereta,annoying gak kesian pon ye..dilema!
ReplyDelete