Ustaz Li menghantar kami keluar dari kem tepat jam 12.00 tengah malam. Check point awal untuk mendaki memakan masa hanya 5 minit sahaja dari Kem. Setibanya di sana, kami diminta untuk menunggu hingga jam 1.00 pagi sekiranya terdapat pelancong lain yang ingin ke atas. Memandangkan pelancong-pelancong lain yang tiba kemudiannya itu sudah siap sedia mengupah guide masing-masing, kami juga terpaksa mengupah guide kami sendiri.
check point awal di kawasan parking manakala check point akhir nun di atas puncak
Pendakian bermula pada jam 1.15 pagi. Beberapa kali kami singgah untuk melepaskan lelah di beberapa check points sebelum sampai ke kafeteria paling atas pada jam 3.30 pagi. Pendakian semakin mencabar apabila berada di tempat yang semakin tinggi. Terasa agak sukar untuk bernafas lalu kami terpaksa memperlahankan pendakian untuk mengelak sebarang perkara buruk berlaku.
Setelah berehat selama kurang lebih setengah jam di kafe tersebut, kami meneruskan pendakian ke puncak yang hanya memakan masa selama 5 minit dari kafe itu tadi. Suhu di puncak gunung sangat sejuk ditambah pula dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa. Jalak ada membawa selimut nipis yang diambil dari kem tetapi selimut itu terpaksa digunakan untuk mengalas badan untuk kami baring di atas tanah sambil menunggu lebih kurang 2 jam lagi sebelum matahari terbit. Pergh! Terasa masa berjalan terlalu perlahan!
Menjelang jam 5.30 pagi, baru lah Jalak nampak kelibat pelancong-pelancong lain tiba membanjiri kawasan puncak. Sebelum itu, bilangan mereka yang berada di puncak bersama-sama Jalak boleh dikira dengan jari sahaja. Beberapa minit sebelum matahari terbit, langit sudah kelihatan sedikit terang apabila fajar mula menyinar. Lampu suluh tidak diperlukan lagi.
Subhanallah!! Pengalaman menyaksikan fenomena matahari terbit dari puncak gunung Sinai ini sungguh mengujakan. Seolah-olah matahari berada betul-betul di depan sama parasnya dengan mata Jalak!
Kami berjalan turun semula ke kaki bukit pada jam 6.00 pagi. Setibanya di kem, Jalak terus mencapai tuala untuk mandi lalu bersiap mengemaskan barang-barang untuk bertolak ke Dahab. Perjalanan memakan masa selama 2 jam. Jalak tidak tahu apa yang berlaku semasa perjalanan kerana betul-betul kepenatan dan mengantuk lalu mengambil keputusan untuk melelapkan mata sahaja di sepanjang perjalanan.
Setibanya di Dahab, kami terus check in di sebuah hotel berhampiran pekan Dahab. Perkara pertama yang Jalak lakukan ketika melangkah masuk ke bilik hotel adalah TIDUR! Jalak betul-betul penat dan kepala terasa sangat berat! Penting untuk qada' tidur bagi malam sebelumnya yang digunakan untuk mendaki gunung Sinai.
Selepas solat Asar, kami berjalan-jalan di persisiran pantai Dahab. Kawasan perairan di sini sangat terkenal dengan aktiviti scuba diving. Kerana itulah ramai pelancong dari Barat gemar menghabiskan masa di sini termasuklah Jalak (ceh!perasan). Uniknya di sini pelancong dapat meneroka hidupan laut yang sangat unik yang terdapat di Laut Merah. Jalak dan teman-teman tidak berminat untuk melakukan aktiviti scuba diving.
Walaubagaimanapun kami sangat bertuah memandangkan air laut ketika itu sedang surut. Kami dapat melihat sendiri beberapa hidupan laut yang dijumpai terdampar di atas dasar laut berhampiran pantai.
Hidupan apakah ini?
Adakah ini tapak sulaiman??
Adakah ini pula landak laut?
Spesis ini pula gemar duduk di bawah serpihan-serpihan cengkerang. PErsoalan, siapa yang letak di atas badannya? Misteri..misteri
Jalak fikir belut, rupanya ikan elektrik!
Hidupan ini pandai bergaya sambil mengenakan sepit rambut bercengkerang :D
Sekawan siput yang tidak berganjak. Tidur barangkali!
Pantai Dahab ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda kerana terdapat banyak batu karang yang boleh mengakibatkan luka di kaki terutamanya. Jalak tidak berasa ralat pun kerana banyak lagi kawasan pantai di tempat-tempat lain yang akan Jalak kunjungi pada hari-hari yang seterusnya.
Sunrise di St. Catherine, sunset di Dahab :D
Pada malamnya, kami bersiar-siar di kawasan membeli-belah yang terletak berhampiran pantai. Jalak ada membeli dua helai t-shirt, item wajib yang Jalak akan beli apabila menjejakkan kaki ke tempat orang :D
Sebelum pulang, kami sempat menikmati burger di gerai berhampiran. Nak juga Jalak rasa burger orang Mesir ini. Akhir sekali pulang ke semula ke hotel kekenyangan perut dan juga mata.
Jalak: Teringat lagu "Mengejar Matahari"
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment