Wednesday, June 17, 2009

Lebih Daripada Sebuah Parti

Sabtu lalu Jalak dijemput untuk menghadiri parti hari lahir si kembar Adik & Kakak, anak dara sunti Zul dan Kak Neny di Raunheim. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Matt yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek oleh si kembar. Kelakar sungguh apabila sedang asyik mengambil gambar, tiba-tiba daun hiasan pada kek harijadi telah disambar api lilin. Hahaha! Mujurlah sehelai sahaja yang sempat terbakar.
Photobucket
Photobucket

Antara menu yang terhidang enak di atas meja adalah nasi minyak bersama ayam bakar, kuah dalca, roti canai (Parata), kueh karipap, kueh bom, bubur cacar, buah strawberry yang segar dari ladang serta TIGA jenis kek yang berbeza daripada rasa dan warna! Wow, meriah sungguh!
Photobucket

Ramai juga tetamu yang hadir dan ramai juga di kalangan mereka yang Jalak kenali. Mujurlah cuaca padi hari itu SANGAT baik! Lantas ada yang bersila sambil makan-makan di balkoni yang luasnya seperti sebuah bilik. Ada pula yang selesa melepak di ruang tamu untuk menonton filem Duyung dan juga Kungfu Panda sambil ulang-alik menambah di meja buffet yang berdekatan tanpa sekelumit pun rasa segan silu.
Photobucket

Menjelang senja, tetamu mula beransur-ansur pulang. Atas sedikit masalah teknikal, permainan Wii tidak dapat dijalankan. Bagi menghangatkan suasana, Kak Liza telah 'mengenakan' beberapa orang tetamu termasuk tuan rumah. Begini ceritanya. Sesiapa yang mencabut kad bersimbolkan Queen, maka dengan rasminya orang itu WAJIB ke dapur bagi menyediakan lauk-pauk untuk makan malam. Persis cabutan beracun jugalah, tetapi dengarnya susunan kad-kad tersebut telah dirancang oleh Kak Liza untuk mengenakan orang-orang tertentu :P

Keputusannya, Jepp perlu memasak gulai ikan masak lemak tempoyak, Zul selaku tuan rumah pula sebagai assistant bebas di dapur sementara Dila bertanggungjawab membuat sambal belacan serta sayur goreng. Kasihankan Jepp yang kelihatan blur pada masa itu, Jalak menawarkan diri untuk memberi arahan di dapur. Siapa tak kasihan, baru potong bawang dah meleleh air mata hahaha!
Photobucket
Jalak: Schnell schnell! Serai bila mau ketuk?!
Jepp: Menyesal aku patah balik sini (@*#%^%$^@!!)


Photobucket
Gaya orang lelaki memotong bawang. Anak-anak dara di luar sana, DONT try this at home!!

Alkisahnya Jalak pernah ada pengalaman menjadi assistant kepada Kak Dora memasak gulai ayam masak tempoyak di Schwalbach suatu ketika dahulu. Cuma bezanya kali ini bukan ayam tapi IKAN serta berSANTAN. Jadi agak logik juga lah dari segi saintifiknya ikan-ikan tersebut banyak yang hancur kerana terlalu lama di atas api :P I'm sorry!!
Baiklah, lain kali IKAN akan dimasukkan AKHIR sekali!
Photobucket
Ikan: Hilfe! Hilfe!
Zul: Say your very last wish!


Sambil itu, suasana di ruang tamu agak hingar-bingar dengan permainan poker. Dengarnya siapa yang kecundang perlu membasuh pinggan mangkuk, tetapi kesudahannya tidak diketahui. Hurm...macam ada muslihat di sebalik 'kesudahan'.
Photobucket

Keesokan paginya, kami sempat bermain badminton di kompleks sukan yang berdekatan. Kami menyewa sebuah gelanggang selama 1 jam. Ringan badan dapat bersukan!

Di sini Jalak ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Zul sekeluarga di atas layanan yang istimewa, ADAnya! Terima kasih.

Gambar-gambar belas ihsan daripada Madnur, Kak Neny dan Liza Razif.


Jalak: Sangat enjoy hingga tak sempat keluarkan kamera

4 comments:

Blog Widget by LinkWithin