Tuesday, June 9, 2009

Rehlah Kubra (Hari ke-7)

Hari ini hari terakhir Jalak berada di Mersa Matrouh. Awal-awal pagi lagi Ustaz Li sudah sibuk di dapur menyiapkan lauk pauk sebagai bekal untuk dimakan semasa perjalanan pulang ke Kaherah yang memakan masa berjam-jam.
Photobucket
Ikan kembong yang dibeli semalam. Goreng pon sodap!
Photobucket

Jalak pula bangun-bangun terus melantak ketulan ayam KFC semalam yang masih berbaki. Molek sungguh kelakuan!

Photobucket
Selamat tinggal Matrouh. InsyaAllah ada rezeki Jalak pasti ke sini lagi!

Kami bertolak pulang pada jam 11.30 pagi. Setibanya di Bandar Kaherah, seperti biasa keadaan trafik sungguh merunsingkan. Jalak tiba di Malaysia Hall Abbasiyah pada jam 6.00 petang.

Sesudah mandi dan solat, Jalak turun ke café bawah untuk menikmati hidangan Nasi Goreng Special bersama telur mata kerbau serta air limau nipis. Kenyang, alhamdulillah. Kemudian Jalak menghabiskan masa di cyber café di aras 1 sebelum tidur dengan lenanya.

Jalak: Masa berlalu begitu pantas!

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin