Monday, June 8, 2009

Rehlah Kubra (Hari ke-4)

Hari ini Jalak ke Iskandariah (Alexandria) seorang sahaja bersama Ustaz Li. Kami bertolak pada jam 8.30 pagi. Oh ya, pagi ini tiada bekalan air di asrama, jadi terpaksalah Jalak mengaplikasikan taktik tidak mandi pagi cara orang Jerman!

Photobucket

Jalak tiba di Iskandariah pada jam 12.00tengahari. Terpegun Jalak melihat Bandar Iskandariah yang sangat bersih!
Photobucket
Jalak dikahabarkan, Bandar ini pernah menjadi ibu negara Mesir sebelum diambil alih oleh Kaherah demi memelihara kebersihan bandar ini. Patutlah bandar Kaherah penuh dengan sampah sarap. Maaf!

Tempat pertama yang Jalak kunjungi adalah kubu Sultan Solah el Din yang terletak betul-betul di sebelah laut Mediterranean. Kubu beliau di sini tidaklah sebesar mana, jadi Jalak tidak menghadapi masalah untuk melawat keseluruhan kubu ini.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kemudian Ustaz Li membawa Jalak menziarahi masjid serta kubur Nabi Daniel a.s. Kubur baginda terletak di aras bawah masjid berkenaan.
Photobucket

Photobucket

Bersebalahan kubur baginda turut terdapat kubur Luqman Hakim. Al-Fatihah untuk kedua-duanya..
Photobucket

Destinasi yang ditunggu-tunggu adalah Bibliotheca Alexandrina, perpustakaan yang terbesar di Afrika! Ia terletak kurang lebih 200 m dari Laut Mediterranean. Bentuk luaran serta dalamannya juga sangat unik.
Photobucket

Photobucket

Perpustakaan ini mempunyai 11 tingkat dan mempunyai berjuta-juta buku untuk rujukan. Kebanyakan pengguna perpustakaan ini terdiri daripada para penuntut dari Alexandria University.
Photobucket

Jalak sempat mengikuti tour yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris selama 20 minit. Kemudian Jalak berlegar-legar sekitar kawasan perpustakaan untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik.
Photobucket

Photobucket
Pada dinding terukir huruf-huruf dari pelbagai jenis bahasa yang ada di dunia ini!

Setelah kelaparan, Jalak dibawa untuk menikmati sejenis makanan yang dinamakan sebagai “Hadharatul Maut”. Pelik sungguh namanya tetapi rasanya enak sekali!
Photobucket

Destinasi terakhir di Iskandariah adalah Al-Montazah. Ia merupakan sebuah taman persendirian yang luas terletak berhampiran laut Mediterranean.
Photobucket

Di dalam kawasan ini turut terdapat istana yang pernah didiami oleh Raja Farouq pada zaman dahulu.
Photobucket

Photobucket

Di dalam Al-Montazah ini turut terdapat kawasan pantai untuk mandi-manda serta bercanda sambil bermain sukan air. Jalak tidak mandi di sini. Simpan tenaga untuk mandi sepuasnya di Mersa Matrouh nanti!


Dalam perjalanan pulang ke Kaherah, turut serta di dalam kereta merupakan 3 orang pelajar perubatan dari Malaysia yang menuntut di Alexandria University. Selepas menghantar mereka ke lapangan terbang Kaherah, baharulah Jalak dapat pulang ke Malaysia Hall.

Disebabkan kafetaria sudah hampir tutup, Jalak terus ke bahagian dapur kafe untuk order Nasi Goreng Kampung. Alhamdulillah, dapat makan free. Tak perlu bayar. Sekali-sekala apa salahnya. Jalak juga turut singgah di cyber cafe, sekali lagi tak perlu bayar. Entah lah, murah betul rezeki hari ini. Syukran syukran!

Jalak: Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin