Monday, June 8, 2009

Rehlah Kubra (Hari ke-5)

Bertolak dari Kaherah ke Matrouh pada jam 9.00 pagi. Jarak perjalanan yang agak jauh yakni kurang lebih 500 km dari Kaherah. Jika diikutkan jaraknya hampir sama dengan jarak dari Kaherah ke Sinai tetapi jalan raya ke Matrouh lebih luas dan lapang jika mahu dibandingkan dengan jalan ke Sinai yang berliku-liku di sebalik celahan gunung-ganang.

Menariknya semasa perjalanan kali ini, kurang lebih 160 km sebelum tiba di Mersa Matrouh, Ustaz Li membawa Jalak dan teman-teman singgah di kawasan perkuburan ribuan tentera Jerman dan ahli keluarga yang mati terbunuh semasa Perang Dunia ke-2 di daerah ini.
Photobucket
Jikalau Jalak tidak bermastautin di Jerman, rasanya tidak lah Jalak berasa begitu teruja lebih-lebih lagi orang Arab yang menjaga kawasan berkenaan boleh bertutur dalam bahasa Jerman ein bisschen. Sama juga seperti Jalak!
Photobucket

Berjalan menaiki kereta dalam 1 atau 2 km di hadapan, terdapat pula kawasan perkuburan tentera-tentera Itali.
Photobucket
Kami tetap singgah untuk mengambil sekeping dua gambar sebagai kenangan kerana bukan mudah untuk sampai ke sini. Kalau tidak ke Matrouh, rasanya tidak lah akan sengaja mahu lalu di kawasan ini.
Photobucket

Setibanya di Matrouh, kami check-in di sebuah apartment. Sepatutnya kami bercadang untuk menginap di sebuah apartment yang betul-betul menghadap laut tetapi Jalak dikhabarkan keseluruhan apartment tersebut telah ditempah oleh sebuah syarikat bank selama 2 bulan! Masyuk betul bisnes di sini. Jadi kami hanya mampu untuk menyewa di apartment lain yang terletak di seberang jalan apartment yang kami hajati itu.
Photobucket

Memandangkan perut masing-masing sudah berkeroncong, Ustaz Li membawa kami ke sebuah kedai makan yang agak unik di mana semua pelanggan yang hadir dikehendaki bersila di atas lantai yang beralaskan karpet. Rasa seperti makan di masjid ataupun surau!
Photobucket
Kami memilih tempat yang berhampiran dengan tingkap. Nyaman rasanya menikmati hidangan yang disediakan sambil menghirup udara segar dari laut.

Selepas solat Asar, kami bergerak ke sebuah pantai yang Jalak tidak ingat apakah namanya. Pantainya biasa-biasa sahaja. Memandangkan hari sudah hampir senja pada ketika itu, kami hanya mandi-manda sekadar yang termampu sahaja sambil berkelah dengan bekalan makanan yang dibawa. Perkhidmatan sisha juga turut disediakan. Sayangnya Jalak tidak merokok. Jika tidak, dapatlah merasa kenikmatan menghisap sisha di tepi pantai.
Photobucket
Photobucket
Usai matahari terbenam, kami tangkas bergerak ke kawan pasar yang berdekatan untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk memasak pada malam ini. Memandangkan apartment yang kami duduki mempunyai kemudahan memasak, apa salahnya kalau kami menggunakannya sebaik mungkin. Sebagai tambahan, kami turut membeli ikan bakar yang segar dari laut.
Photobucket

Memandangkan sudah berhari-hari Jalak tidak ke dapur, inilah masanya untuk Jalak melepaskan gian memegang sudip sambil mengetuk-ngetuk kuali. Dengan bahan-bahan yang agak terhad, Jalak menggoreng sayur kacang buncis serta sambal telur. Itu pun sudah lebih dari menyelerakan ditambah pula dengan ikan bakar itu tadi bersama sambal belacan!
Photobucket

Selepas makan malam, kami berjalan kaki di sekitar kawasan penginapan. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah funfair serta gerai-gerai menjual pakaian dan barang-barang untuk perempuan.
Photobucket

Aktiviti paling kelakar yang kami sempat lakukan pada malam itu adalah menunggang KERETA KELDAI. Jika sebelum ini Jalak pernah menaiki kereta kuda, kali ini keldai pula. Bertambah seram dan kelakar apabila kami dibawa merentasi jalan raya utama yang turut dilalui oleh kenderaan-kenderaan lain. Setakat bunyi hon itu biasalah di Mesir ini.


Sebelum pulang ke apartment, kami lepak di tepi pantai dan semasa dalam perjalanan pulang, Jalak terjumpa seorang brader yang membuat souvenir daripada serbuk yang berwarna-warni itu. Apa entah namanya, Jalak kurang arif. Menariknya Jalak boleh meminta dia menulis nama Jalak pada botol seperti yang ditunjukkan melalui video di bawah ini.


Jalak: Tak pandai makan ikan yang banyak tulang

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin