Wednesday, June 17, 2009

E Halal!

Alhamdulillah..perkara yang Jalak pernah fikirkan selama ini membuahkan kenyataan yang menggembirakan akhirnya. Selama berada di bumi Hitler ini, Jalak tidak pernah memakan atau membeli aiskrim mahupun kek serta puding yang dijual di pasaraya tempatan. Jika ada pun, hanyalah aiskrim yang mempunyai simbol BIO yang membawa erti sumber-sumber semuanya daripada tumbuhan. Semuanya kerana Jalak berpegang kukuh pada konsep E-code sedari awal semasa Jalak mula-mula menjejakkan kaki ke sini. Senarai E-code tersebut senantiasa tersemat baik di dalam dompet sebagai rujukan sebelum membeli barang.

Kadang-kala tergugat juga iman apabila melihat sekumpulan gadis Turki yang bertudung. Ops, nanti dulu. Jangan salah faham! Tergugat iman melihat mereka sedang menikmati aiskrim Magnum yang dibeli di salah sebuah kiosk di kampus. Ketika itu hati Jalak berbisik, "Mereka tidak tahu-menahu tentang E-code ini gamaknya"

Ada juga situasi di sebuah majlis hari jadi anak kepada teman Jalak, kelihatan tetamu yang terdiri di kalangan pelajar Diplome di sini membawa sebekas aiskrim Movenpick untuk dihidangkan kepada tetamu. Jalak hanya memandang tetamu-tetamu lain menikmati detik-detik indah menikmati setiap suapan aiskrim ke dalam mulut mereka. Malah fikiran Jalak makin bercelaru.

Jalak ada juga menyuarakan kekeliruan yang bermain di fikiran ini kepada teman-teman yang sudah lama bermastautin di sini. Penjelasannya masih samar-samar. Apabila bermain dengan sesebuah kekhilafan, Jalak sedar Jalak harus berpegang kepada pengetahuan atau informasi yang Jalak betul-betul yakini. Walau sekelumit rasa was-was sekalipun, semuanya tidak akan berguna lagi.

Pernah juga tetamu membawa kek sebagai buah tangan ke rumah Jalak. Apabila diamati kandungannya, jelas mempunyai E-code yang pada masa itu bagi Jalak, adalah tidak halal untuk dimakan.

Akhirnya, apa yang diimpikan Jalak selama ini menjadi nyata! Baru-baru ini, selepas pulangnya Jalak dari Mesir (kerap juga Jalak menikmati aiskrim di sini), Jalak telah diberitahu oleh teman serumah satu perkhabaran yang bisa membuatkan Jalak tersenyum sampai ke telinga :)
Semua jenis E-code adalah HALAL untuk dimakan. Mengikut fatwa Persatuan Muslim Eropah, apa jua sumber kepada E-code ini, setelah ianya telah melalui proses kimia bersama-sama elemen-elemen yang lain sehingga tidak lagi menampakkan sifat zahir asalnya, adalah HALAL untuk dimakan.

Sesiapa yang mengikuti ceramah UZAR tempoh hari, sila clarify kan ya. Mana tahu ada penerangan yang tidak kena di sini.


Sekarang ini musim panas. Tiap-tiap hari rasa seperti mahu makan aiskrim. Tetapi bila dah kerap sangat makan, dah rasa seperti muak pula. Itulah namanya manusia, bukan?
Masakan tidak, sekali bantai mahu seperti yang ini ha!
Photobucket

Jalak: Aiskrim, kek, lemak!

2 comments:

  1. ape maksud...???? sume e boleh dimakannnn ke... mcm menarikkk...eheheh.. boleh sahkan kesahihan fatwa ituuu? link ke etc... dankeee....

    ReplyDelete
  2. dok cari2 ni.. tp tak jumpe sumber mensahkan lagi la Jalak.. ada sumber, bgtau ye.. thanks

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin