Tuesday, July 14, 2009

Khabar Gembira !!

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya.

Petang tadi Jalak telah mendapat perkhabaran gembira tentang kes pencabulan kad kredit Jalak yang berlaku pada bulan lepas. Selama ini Jalak sering ternanti-nantikan berita daripada pihak Maybank melalui emel memandangkan selama ini Jalak berhubung dengan mereka melalui medium tersebut.

Mahu dijadikan cerita, petang tadi seorang teman yang bekerja di Bank Negara bertanyakan tentang perkembangan kes tersebut melalui Yahoo Messenger. Beliau memberitahu bahawa selalunya kes-kes yang berkaitan dengan pembelian tiket kapal terbang mempunyai harapan cerah untuk diselesaikan. Lantaran itu, terus terdetik di hati Jalak untuk mendaftar masuk ke akaun Maybank2u yang sudah lama tidak dikunjungi memandangkan akaun kad kredit Jalak telah pun dibekukan. Tiada apa yang boleh dilihat di situ lagi kecuali akaun simpanan yang masih aktif seperti biasa.

Terkesima Jalak apabila melihat sebuah akaun kad kredit baru telah dibuka tanpa pengetahuan Jalak. Nombornya juga sudah lain tetapi seperti biasa hanya 4 angka terakhir sahaja yang kelihatan. Ternyata tidak lagi sama dengan yang sebelumnya. Jalak terus terkesima tatkala melihat jumlah amaun yang tertera di ruangan Statement Balance. Tanpa membuang masa, Jalak terus menyemak Transaction History lalu mendapati sebuah transaksi seperti di bawah:

07-Jul-2009 DISPUTE AMOUNT REVERSAL RM6,090.51

Syukur Alhamdulillah! Pihak Maybank telah membatalkan caj perbelanjaan bagi pembelian tiket penerbangan Tukrish Airlines dan Gulf Air yang sampai sudah Jalak tidak ketahui, siapakah si polan yang terlibat itu.

Sebenarnya Jalak pernah menghubungi sendiri secara terus ke Turkish Airlines dan mereka telah pun berjaya mengenalpasti informasi si polan tersebut. Malangnya pada ketika itu tiket tersebut sudah pun digunakan. Menurut polisi, mereka tidak boleh memberikan sebarang maklumat tentang pelanggan mereka kepada orang lain dengan sewenang-wenangnya. Hanya pihak bank yang mengeluarkan kad kredit dan pihak bank yang dilantik oleh syarikat penerbangan sahaja yang boleh berurusan tentang perkara ini. Tidak mengapalah, Jalak terus sahaja forwardkan emel tersebut ke pihak Maybank dengan harapan ia dapat memudahkan lagi kerja mereka.

InsyaAllah esok Jalak akan telefon pihak Maybank untuk mendapatkan kepastian tentang kes ini. Pelik juga kerana tiada sebarang emel rasmi untuk memaklumkan Jalak tentang khabar gembira ini. Jalak juga ingin bertanya tentang akaun kad kredit baru yang mereka buka itu sedangkan Jalak belum pun lagi mengisi borang permohonan kad kredit baru yang dihantar oleh mereka tempoh hari. Walaupun masih terdapat beberapa tanda tanya, Jalak harap apa yang Jalak perolehi melalui akaun Maybank2u itu bukanlah khayalan semata-mata. InsyaAllah esok segala-galanya akan terungkai. Mudah-mudahan...

Jalak: Lapang rasanya dada!

5 comments:

  1. Salam
    mujur juga dapat tahu history. Selalunya kad kredit tu automatically renew by bank. Pelik gak ye mcmana tiket tu bole dibayar. Adakah secara online? Sbbnya kalau guna kena sama dgn nama passenger dgn nama owner kad.

    Fajar

    ReplyDelete
  2. Nasib baik kan..kalau x sesia aje cik jalak nak kena bayar 6 ribu lebih tu...buleh buat belanja kawin duit tu...kuikuikui

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah akhirnye doa semuanya di kabulkan... kene wat sujud syukur ni..hihihi..

    p/s : eh jalak.. bile nk banjer bbq nii..?? kn wat kenduri kesyukuran pasni...ekekekek

    ReplyDelete
  4. Fajar, pihak Maybank just pesan berhati2 n slalu lah check akaun kat internet.Details pasal kes tu deorang takleh reveal.rase fobia je nak proceed with Maybank ni.

    Neny,cantik angka tu.akan kukenang sampai bila2..

    Tq Dd.

    iu@wid,mana ada untung apa2 ma, cume x rugi saje :p tapi syukur alhamdulillah le gak kan..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin