Wednesday, November 4, 2009

Kalori

Untuk membakar kalori bukannya mudah. Jalak perlu berlari selama 30 minit dengan halaju 9.2km/h untuk membakar kurang lebih 300 kalori di dalam badan. Betapa gembiranya hati Jalak pabila berjaya mencapai sasaran yang diinginkan setiap kali bersenam di atas running machine.
Photobucket

Tapi tahukah kita berapa nilai kalori pada setiap makanan yang kita ambil? Jalak terkedu buat seketika selepas mengetahui fakta tersebut melalui sebuah forum di internet.

Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

*Makanan in BOLD = Jalak selalu makan

Sebagai seorang lelaki, Jalak hanya memerlukan 2000 hingga 2500 kalori setiap hari. Seandainya lebih daripada nilai itu, setiap 8000 kalori terkumpul yang tidak dibakar akan menyebabkan kepada kenaikan 1 kg berat badan. Tahniah!! Itu bermaksud Jalak masih boleh mengambil sejumlah makanan sehingga 2500 kalori setiap hari (maksimum). Jika terlebih, barulah Jalak perlu membakarnya dengan berlari di atas running machine. Namun pendekatan ini hanya untuk maintain berat badan sedia ada saja. Jika mahu turunkan lagi berat badan, Jalak perlu lakukan kedua-duanya sekali, mengamalkan pengambilan kalori seminima mungkin DAN juga bersenam untuk membakar kalori yang terkumpul. Tapi Jalak ada terbaca, membakar kalori tidak sama seperti membakar lemak. Pulak dah........

Jalak: Hidup untuk makan, makan untuk hidup.

4 comments:

  1. biasalah.. org2 mude ni.. masa b4 kawin jek igt kalori2 nih.. nt da kawin.. kalori sume ilang ntah kemana..hahaha...

    selamat berusaha...!!! :D

    ReplyDelete
  2. ayat klise tu..lepas kawin lain citer ar, redah je!

    ReplyDelete
  3. Hish ada juga yg lepas kahwin pentingkan pengambilan kalori dan sebagainya.. Tepuk dada tanya SELERA....... hihihi

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin