Sunday, November 22, 2009

Makan Itik Dapat 5A?

Jalak mahu berkongsi cerita tentang keputusan UPSR baru-baru ini. Dua orang sepupu Jalak telah menduduki UPSR pada tahun ini. Jalak tumpang bangga dengan Dilah yang berjaya memperoleh 5A manakala Nazrin, yang suka main game pula gembira sakan dengan 4A! Lagi seorang, anak kepada sepupu Jalak (pangkat anak saudara lah juga), iaitu Alia turut memperoleh mendapat 4A. Syukur alhamdulillah :)
Photobucket
Dari kiri: Dilah, Nazrin & Alia

Di rumah Dilah, ayahnya membela berpuluh-puluh ekor itik. Semasa musim raya yang lepas,openhouse di rumah Dilah berlaukkan kari itik. Memang Pak Teh (ayah Dilah) sedang dalam proses menghabiskan itik-itik yang dibelanya. Banyak!! Mungkin juga kerana kerap sangat makan daging itik, Dilah mendapat bekalan tenaga yang lebih untuk belajar :P Dulu Jalak pun setakat mendapat 4A sahaja mungkin kerana Jalak tiada selera untuk menjamah daging itik. Hehe yelah tu. Geli kononnya..(memang geli pun) tapi Jalak tak nafikan itu semunya rezeki daripada Allah. Mungkin Jalak tak biasa dengan daging itik, sebab itu susah sedikit untuk ditelan. Satu cara paling baik adalah dengan tidak mengetahui bahawa itu adalah daging itik, sebab rasa serta resepi masakannya lebih kurang sama saja dengan daging ayam. Setuju?

itik-itik peliharaan Pak Teh..terdapat juga 2 ekor Angsa sebagai 'penjaga'

Apapun TAHNIAH Jalak ucapkan kepada mereka bertiga. Perjalanan mereka masih jauh sebenarnya. Banyak lagi yang harus ditempuhi selepas ini dan yang pasti, cabaran yang bakal mendatang ternyata lebih hebat. Kuatkan semangat dan semoga berjaya!

Jalak: Semoga sepupu Jalak, Norhana lekas-lekas sembuh selepas pembedahan appendics

3 comments:

  1. I dont like itik too!!! Daging itik kan ke merah n keras, x sama kan ngan ayam?

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak azi (wakil budak2) hehe
    kak neny..u r rite but for masak kari, they look almost the same in term of color.emm ada cadangan lain x to motivate supaya makan daging itik??

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin