Tuesday, November 10, 2009

Seumur Hidup

Sudah hampir 4 minggu Jalak mengamalkan rutin harian yang kadangkala rasanya seperti terlalu malas untuk disempurnakan, terutamanya pada waktu malam sebelum tidur. Tak bolehlah sesuka hati tertidur jika tidak, terlepaslah salah satu daripada rutin tersebut. Ini bukan rutin senaman tetapi masih lagi berkait rapat dengan kesihatan, iaitu kesihatan RAMBUT.

Semasa pulang bercuti ke tanahair pada bulan lepas, Jalak sempat mengikuti rawatan percuma serta konsultasi berkaitan masalah rambut di pusat rawatan Yun Nam Hair Care yang terletak di Mines, Seri Kembangan. Sebenarnya sudah lama Jalak berangan-angan untuk mendapatkan rawatan daripada Yun Nam apabila melihat iklan-iklan yang begitu convincing di kaca TV dan juga akhbar. Masalah rambut Jalak dikategorikan sebagai Mediterranean.
Photobucket
Selain rawatan pertama kali, Jalak mendapat 3 kali lagi rawatan percuma. Seronok juga dapat memanjakan kepala :D

Usai rawatan percuma buat pertama kali, Jalak diberi konsultasi serta penerangan bergambar berkaitan permasalahan rambut yang Jalak sedang hadapi. Jalak turut dimaklumkan tentang risiko yang akan berlaku sekiranya rawatan susulan tidak dilakukan secepat mungkin. Pendek kata, pekerja Yun Nam itu sedang melobi Jalak untuk menggunakan servis dan produck daripada Yun Nam lah! Setelah puas berfikir sambil bertanyakan bermacam-macam soalan kepada pekerja tersebut, Jalak akhirnya bersetuju untuk membeli produk-produk yang telah dicadangkan di bawah pakej yang berharga RM688. Opss, sebentar! Ada kesilapan di sini, tambah lagi satu '8' pada harga tadi!

Susah juga sebenarnya untuk Jalak memberi kata putus namun memikirkan peluang serta masa yang begitu terhad untuk berfikir, Jalak gagahi jua. Pakej yang diberikan kepada Jalak ini termasuk set penjagaan dan rawatan rambut selama 20 minggu. Selang beberapa hari selepas appointment pertama, pekerja itu memberitahu bahawa ada pertambahan ubat iaitu untuk rawatan kelumumur selama 5 minggu serta pil harian. Tidak boleh tidak, Jalak terpaksa membayar sebanyak RM1400 lagi. Sedih juga sebenarnya rasa macam sudah 'diketuk' tapi apa mahu buat, tak lengkap pula nanti rawatan selama 6 bulan.

Bertambah sedih lagi, Jalak sudah tidak menggunakan perkhidmatan kad kredit tempatan, ekoran kes fraud kad kredit Maybank Jalak sedikit masa lalu, maka terpaksalah Jalak melangsaikan kesemua pembayaran menggunakan duit simpanan. Sedih bukan? Disebabkan perkara inilah Jalak banyak menetap di rumah sepanjang musim hari raya. Paling jauh pun Jalak pergi hanya setakat Sg. Buloh dan Shah Alam. Jika mahu berbelanja, pasti teringat akan duit yang sudah menjadi sebahagian daripada total revenue syarikat Yun Nam itu tadi. Hai..nasib nasib..

Alhamdulillah sekarang Jalak sudah perlahan-lahan dapat melupakan perkara itu sebaliknya terus memandang ke hadapan sambil menetapkan disiplin diri yang kuat untuk mengamalkan rutin rawatan rambut yang telah disarankan. Pada setiap pagi selepas makan, Jalak perlu mengambil 1 pek 2.5 gram pil herba Jian Fa Wan untuk mengekalkan kesihatan rambut. Selain itu Jalak juga perlu mengenakan beberapa titisan Hair Nourishing Essence ke atas kulit kepala terutamanya pada bahagian yang kritikal.Pada sebelah malam pula sebelum tidur, Jalak perlu membasuh rambut menggunakan Herbalogy Ginseng Shampoo yang dicampur bersama semburan Hair Renewal Lotion dan Hair Cleansing Lotion. Kemudian diikuti pula dengan Jasmine Herbal Conditioner. Untuk makluman, rambut tidak boleh dibasuh dengan air panas, hatta pada musim sejuk begini, begitu berat sekali dugaan yang Jalak harus tempuhi..Gggrrr....sejuk!! Akhir sekali, selepas rambut dibasuh dan dikeringkan, Jalak perlu menyembur bahagian kulit kepala dengan Tonic dan Hair Nutrional Lotion lalu diurut-urut supaya semburan itu tadi meresap ke dalam akar rambut. Barulah lega kerana boleh tidur.

Oh ya, selain rawatan harian, terdapat juga rawatan mingguan. Untuk 5 minggu pertama, rawatan lebih tertumpu kepada masalah kelemumur. Untuk itu, sekali dalam seminggu Jalak perlu menyapu Hair Dandruff Ampoule pada seluruh bahagian kulit kepala dengan menggunakan kapas. Sesudah tamatnya 5 minggu, Jalak akan beralih kepada Herbal Hair Formula untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Secara ringkasnya, untuk menguatkan kembali akar rambut, kelemumur mesti dihapuskan terlebih dahulu kerana kelemumur lah yang menyebabkan akar rambut sukar untuk bernafas. Cukuplah, Jalak tidak mahu terlalu saintifik. Lagipun Jalak bukanlah pandai sangat..

Begitulah cerita panjang berjela tentang rutin harian Jalak sekarang ini. Mungkin kalian yang baru membaca pun sudah berasa sedikit rimas dengan rutin tersebut, inikan pula tuan empunya rambut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam pada itu, tidak sabar pula rasanya untuk beralih ke minggu keenam dan seterusnya kerana rawatan akan tertumpu kepada pertumbuhan rambut. Mudah-mudahn berhasil hendaknya. Inilah satu-satunya nilai yang berkualiti telah Jalak belanjakan untuk kepentingan diri sendiri. Tiada penyesalan. Apa jua hasilnya nanti, anggap saja ia sebagai personal treat untuk diri sendiri, sekali seumurjavascript:void(0) hidup. Rawatan seterusnya?? TENGOKLAH DULU...


Jalak: 5kg yang diambil dari Malaysia telah berjaya 'dipulangkan'..syabas untuk diri sendiri!

8 comments:

  1. uih... 688 atau 6888?? ke.. 688.80sen..hihihi.. hmmm.. cam mahal eh..

    penjagaan nye pulak mcm lebih rumit drp menjaga seorang istri..hehehe..( gurau je..:P)

    teruskan usaha jalak..semoga berjaya..! caiyokkkk!!

    ReplyDelete
  2. thanks kak iu! susah ke jaga isteri? rase cam isteri yg susah jaga suami kalo rutin ini berterusan sampai bila2..haha!

    ReplyDelete
  3. wahhhh, dh turun 5 kg? mantap2.. syabasss!

    ReplyDelete
  4. wahhhh mana komen saya.. rasa mcm dah komen semlm... lupa nak post the comment pada tuan rumah ker semlm..

    Takper2 janji anda hebat kerana rajin ikut rutin harian yg ketat lagi padat.

    ReplyDelete
  5. Jalak, I wish you all the best with the hair treatment!

    Good to see u again...

    ReplyDelete
  6. thanks dd.
    kak ajzie, nape sampai terlupe post?ade ape2 lam artikel ni yg mengganggu fikiran ke?hik2..
    nafastari, thanks. good to 'see' u too..hehe

    ReplyDelete
  7. hi jalak lenteng..

    so adakah yun nam berjaya restore rambut?

    slalu dengar yun nam ni tipu... hehehe

    i got hair problem too...

    ReplyDelete
  8. yun nam memang pembohong orang hidup2.. nasihat saya berhati-hati lah.. kalo agak ada duit lebih saja2 nak cuba rawatan kat yun nam nie, sediakan lah lebih dari 10ribu. itu pun belum tentu rambut boleh tumbuh.. kebanyakkan iklan yang ditayangkan di televisyen tu semuanya pelanggan2 yun nam yang dipergunakan sahaja. Yang nyata rambut mereka juga tidak sehebat seperti yang dikatakan melalui skrip.(dapat hadiah treatment dalam 4k sekiranya dipilih masuk televisyen) Pengalaman saya sendiri saya ceritakan ini!!! Kalo nak sedekah duit tu kat tokay cina tu, dipersilakan. Anda takkan dapat apa2 perubahan.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin