Wednesday, January 20, 2010

Oh, Tuan Rumah!

Hmmm..sudah hampir 20 hari kita melangkah ke tahun 2010. Satu fakta yang Jalak baru perasan, dalam tempoh tersebut belum pernah lagi Jalak mendapat peluang untuk berjumpa mahupun TERSEREMPAK dengan tuan empunya rumah yang sedang Jalak sewa sekarang ini walaupun rumahnya hanya di ground floor sahaja. Malah rumah kami berkongsi pintu yang sama!

Kelmarin Jalak dikhabarkan oleh teman-teman serumah yang lain tentang kedatangan 3 atau 4 orang bakal penyewa yang berhajat untuk melihat-lihat rumah kami pada keesokan harinya (semalam). Berita itu disampaikan sendiri oleh tuan rumah kepada teman-teman Jalak, tidak pula kepada Jalak. Yelah,kan Jalak dah kata sejak masuk tahun baru tempoh hari, kami belum pernah berjumpa. Semasa kedatangan bakal-bakal penyewa baru itu pun, kelibat tuan rumah tidak kelihatan. Hanya isteri dan anaknya sahaja yang ada.

Jalak dapat tahu kereta tuan rumah telah terlibat dengan kemalangan. Tapi bukan dia yang memandu tetapi anak lelakinya itu. Bagaimana keadaan anaknya tidak pula Jalak ketahui. Cuma yang Jalak diberitahu, keretanya sedang tersadai di bengkel atas kerosakan yang agak teruk. Patutlah sudah lama tidak nampak kereta itu di halaman rumah. Jujurnya Jalak bersimpati dengan nasib yang menimpa tuan rumah. Semenjak berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun lepas, Jalak dapat merasakan sedikit perubahan. Salah satu contoh yang mudah; dahulunya setiap hujung bulan saja, isteri tuan rumah akan menghantar pizza untuk santapan kami semua. Selepas itu, tidak lagi sampai sekarang.

OK! Masa untuk memikirkan hal orang lain sudah habis. Tragedi yang menimpa tuan rumah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu, sedikit sebanyak merisaukan Jalak. Pendek kata, situasi ekonomi yang sedang melanda dirinya. Pertama, insyaAllah bulan Mac nanti Jalak dan teman-teman serumah yang lain akan berambus dari sini. Mengikut polisi di sini, pemulangan semula deposit sewa rumah bergantung kepada budi bicara tuan rumah. Deposit yang bersamaan dengan 2 BULAN sewa masih berada di tangannya. Sebab kedua, lebih kepada hal peribadi. Tuan rumah masih berhutang 150 Euro dengan Jalak. Asal dipinjamnya 300 Euro tapi alhamdulillah separuh daripadanya sudah dibayar beberapa bulan lepas. Jadi faham-fahamlah ya kenapa Jalak harus TIDAK berasa risau?? Kalau boleh biarlah semuanya diselesaikan di sini. Senang cerita!

Photobucket
Kenangan bersama keluarga tuan rumah pada malam Tahun Baru 2008!

Apa-apapun Jalak tetap bersyukur kerana mempunyai tuan rumah yang baik hati sepertinya. Jika diikutkan, banyak juga jasanya kepada kami di sini. Namun biasalah, mana ada manusia yang sempurna di muka bumi ini..

Jalak:
Bukannya mengungkit tapi sekadar membangkit..

4 comments:

  1. mcm garang je tuan2 rumah dlm gamba tuh..hehehe.. =), cuba bg hint lagi kt tuan umah..
    150..cukup bnjer dpur sorang sebulan tu..hihi..
    tp kalau jalak baik hati.. halalkan aje la...hihihi =P

    ReplyDelete
  2. celah mane nampak garang nye? salah org kot..tuan umah tu yg tgh riba dak pompuan..moh le ke sini bertaaruf!
    wang deposit tu bleh lg kalo burn, tapi hutang tu tetap hutang!nak halalkan camtu je..x mampu den!

    ReplyDelete
  3. ooo igt yg pempuan2 belah kiri tu.. garang kening dier..hiihihi

    ReplyDelete
  4. ha..agak dah.yg tu kaum2 kerabat dia.yg muke paling sweet blah kanan tu si penyewa °รถ°

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin