Tuesday, March 2, 2010

Barang Kesihatan

Membeli barangan secara online lebih berbaloi sebenarnya terutama jika membeli barang-barang yang bersaiz besar ataupun berat untuk dipikul seorang diri dari kedai. Kelebihannya itu sajalah, tak perlu bersusah-payah dari segi transportation. Lagi bagus jika transportation cost yang ditawarkan adalah percuma. (Tabik spring lah pada si polan yang gigih mengangkut oven/stove seorang diri dari kedai ke rumah menaiki keretapi..He He Hebat!!)

Barang pertama yang Jalak beli melalui ebay.de adalah elliptical trainer yang mempunyai berat (termasuk kotak) 23.5kg. Lagipun harga di kedai-kedai yang sempat Jalak survey adalah jauh lebih mahal. Semestinya jenama lain! Jenama yang Jalak beli ini pun sebenarnya boleh tahan juga, selepas melayari laman web rasmi mereka. Oh ya, harga semasa Jalak beli kira-kira 2 minggu lepas adalah €79.99 (free delivery). Terbaru harganya di ebay.de sudah menjadi €99.99 (free delivery). Mujur Jalak cepat! Untuk spesifikasi lanjut, sila klik sini.
Photobucket
Untuk pengguna di bawah berat 100kg sahaja. Bahaya ni. Jangan sampai Jalak pun tak boleh guna sudah..naya!

Sebenarnya mula-mula Jalak bercadang untuk membeli treadmill (running) machine kerana mesin ini lebih pantas membakar kalori apabila kita berlari di atasnya. Sayang sekali, harganya terlalu mahal! Lagipun balapan di Kompleks Sukan UTeM sudah lama siap, malah terletak bersebelahan dengan fakulti Jalak sahaja. Tinggal malas atau rajin saja untuk jogging di situ. Satu lagi sebab, elliptical trainer ini lebih santai. Bolehlah kayuh-kayuh sambil menonton slot Akasia usai pulang dari kerja :P


Barang kedua yang Jalak beli melalui ebay.de juga adalah electric grill berjenama Primera. Perkakas ini bukan semata-mata untuk kesihatan sebenarnya, tapi disebabkan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng, itu sajalah pointnya. Masalahnya, bukan tiap-tiap hari pun nak buat barbeku. Tapi kalau pergi bercuti ke mana-mana, berguna juga perkakas ini. Hmm, harganya cuma €20.80 termasuk kos penghantaran. Murah kan?
Photobucket
Kakinya boleh ditanggal. Jadi perkakas ini boleh diletakkan di atas meja dapur juga untuk tujuan memasak (2in1)

Kedua-dua barangan ini masih belum dicuba lagi. InshaAllah selepas pulang dari bercuti nanti, harap ada masa untuk test power barang-barang ini termasuk bread maker. Yeah!


Jalak: Masih simpan voucher €30 dari Mediamarkt. Belum decide mahu beli apa..

7 comments:

  1. shopping sakan nih namanya... mcm2 ada... mcm astro

    ReplyDelete
  2. jalak, beli la kuchenmaschine 3 in 1 yg boleh jadi mixer, buat daging kisar and buat mee. Mesti esok bakal bini sayang abis....hahaha

    Dari,
    ahkak yg tgh usha cik suami utk mesin diatas...kakaka

    ReplyDelete
  3. kak azi:
    takde la sakan..tapi kalau x beli takut nyesal lak.

    kak neny a.k.a ahkak yg tgh usha cik suami utk mesin diatas:
    panjang nye name..semput teman!pujuk lagi zul tu..99euro je Kenwood kat ebay heheh sempat!

    ReplyDelete
  4. Seronok tgk sahabatku Jalak berbelanja ni..Tak per, "reward" sempena dah hampir submit thesis.

    Bravo!

    ReplyDelete
  5. kenwood....??? chef ka...?
    ala jalak.. kt keller umah akak ade treadmeal elok lagi.. leh kasik free kalau nk.. tp amik bwk balik sigen sdiri la kalau mau..hikhikhik..

    bagus jalak ni.. macam2 da prepare.. untung 'FS' jalak nt..ekekekekek

    ReplyDelete
  6. kak neny:
    tak beli la..sempat survey je.lgpon haritu dlm train kak iu n kak azma ade gak borak2 pasal mesin nih

    teman Jalak di Bonn:
    hehehe nak cakap reward tu takde la, cuma amik peluang selagi ada di bumi jerman bertuah nih

    kak iu:
    ala..asal x promot skali treadmill haritu? skang dah terlambat.dah dapat putik muda heheh..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin