Friday, March 19, 2010

Hampir Ke Situ

Alhamdulillah..semalam Jalak sudah pun berjumpa lalu menghantar thesis report kepada supervisor Jalak di pejabatnya. Segala penat lelah dalam menempuh cabaran sebagai seorang pelajar, atau mungkin boleh digelar pejuang dalam mencari ilmu di tempat orang, nampaknya kian ke garisan penamat. Menurut supervisor Jalak, keputusan atau gred akhir untuk tesis tersebut bakal dikeluarkan sekitar minggu hadapan.

Jalak turut memberitahunya bahawa Jalak bakal pulang ke tanahair pada 29 mac ini, yakni tidak lama lagi. Beliau terus menggapai gagang telefon untuk menelefon pihak examination unit, bagi memaklumkan tentang thesis submission tersebut. Malang sekali, consultation hours pegawai yang mahu dihubungi itu sudah tamat untuk hari ini. Namun supervisor Jalak berjanji akan menelefon keesokan harinya pula.

Ini adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan berkenaan status Jalak sebagai pelajar di sini, samada perlu membayar yuran pengajian untuk semester hadapan yang bakal bermula pada 1 April ini, atau pun tidak. Dengan penghantaran tesis ini, status Jalak sepatutnya 'READY' (ready to graduate, mungkin) dan ini akan mengecualikan Jalak daripada membayar yuran pengajian semester hadapan, walaupun result untuk tesis masih belum diketahui. Begitulah ceritanya, menurut pegawai di examination unit yang Jalak jumpa beberapa hari lepas.

Tentang presentation pula, tidak diperlukan dalam kes Jalak ini. Sebetulnya presentation bukanlah satu kewajipan bagi semua pelajar, terpulang kepada supervisor. Seorang teman Jalak yang sudah graduate pada awal semester ini pun tidak melakukan presentation, juga di bawah supervisor yang sama. Sebenarnya, Jalak sendiri yang proposed tajuk tesis ini kepada supervisor dan beliau bersetuju dengan tajuk tersebut. Katanya, tajuk ini boleh dianggap sebagai lanjutan daripada lecture notes bagi subjek Sensors & Actuators yang dikendalikan beliau pada setiap semester, manakala Jalak pernah menjadi salah seorang daripada pelajarnya. Rasa lega jugalah bila tak perlu present..

Sedikit komen tentang supervisor Jalak ini. Beliau sangat punctual dan sistematik. Paling penting, beliau sangat sporting, soft spoken dan mudah dibawa berbincang. Jalak bersyukur sangat kerana ditemukan dengan supervisor sepertinya. Semalam bolehlah dianggap pertemuan terakhir Jalak dengan supervisor tersebut. Kami berborak agak lama tentang isu-isu di luar bidang akademik. Dari situ barulah Jalak mengenali beliau sebagai orang biasa ketika berada di luar pejabat; peminat tegar kumpulan The Beatles dan pandai bermain gitar (rhythm). Serius tak sangka sama sekali! Beliau begitu menggemari alat muzik. Terkedu sebentar Jalak apabila ditanyakannya tentang alat muzik tradisional Malaysia. "Kompang", kata Jalak HeHeHe!
Photobucket
Meet my supervisor..

Sebelum berlalu pergi, Jalak sempat menghadiakannya cenderamata khas (keychain KLCC) yang didatangkan khas daripada Malaysia sebagai kenangan dan juga dalam masa yang sama, mahu mempromosikan nama Malaysia juga. Terus beliau memberitahu bahawa beliau tidak pernah berkunjung ke Malaysia tapi pernah bercuti selama 3 minggu di kepulauan Sumatera. Nampaknya sesuailah dengan souvenir yang tak seberapa itu, mudah-mudahan hatinya terbuka untuk menjejakkan kaki ke Malaysia pula. Malaysia truly Asia :)
Photobucket
Keychain RM12 (malu nak sebut harga dalam Euro) Hehehe..

Jalak: Mengharapkan 'sesuatu' sempena hari lahir pada minggu hadapan :)

4 comments:

  1. alhamdulillah.. selesai sudah...

    tahniah buah jalak & keluarga...
    he he he...

    ' sesuatu...' ? apakah itu... jeng..jeng..jeng...

    ReplyDelete
  2. selesai..harap2 nye gitu lah.
    mekasih kak iu sekeluarga he he

    ReplyDelete
  3. Bravo Jalak! Rezki2, tak der defense.. Moga2 kawan2 Siegen yg lain pun "dah hampir ke situ"..

    ReplyDelete
  4. congratulations.... bila pula nak ke sinun? Anda akan merasa fasa-fasa yang belum pernah anda alami dalam perjalanan ke sinun. Aw, be prepared utk ke sinunnnnn...

    Cikgu cabuk

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin