Saturday, March 13, 2010

Percutian Terakhir?

Niat di hati pada awalnya mahu saja Jalak coretkan rentetan perjalanan bagi setiap hari dalam entri yang berasingan. Namun dek kerana kekangan masa yang membelenggu sejak belakangan ini, maka moleklah Jalak rangkumkan kesemuanya dalam satu entri saja.

Hari Ketibaan

Flight dari Cologne hanya mendarat di Manchester Airport. Sangat sukar untuk mencari flight dari sini terus ke Liverpool. Jadi inilah saja pilihan yang terbaik. Mujurlah tambang tiket tren pergi balik Manchester-Liverpool agak reasonable juga, £16 sahaja. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 1 jam. Jalak tiba di Liverpool Lime Street Station sekitar jam 11.00 pagi lalu dijemput oleh teman sepejabat Jalak yang sedang membuat PhD di sana. Sebelum check-in ke 'rumah tumpangan', Jalak dibawa ke sebuah restoran makanan halal untuk makan tengahari. Tak sangka, itulah pertama dan yang terakhir kali Jalak makan di luar (kedai) sepanjang berada di Liverpool!

Petang itu Jalak dibawa berjalan-jalan sekitar bandar. Teman Jalak tidak dapat menemani Jalak berjalan pada hari-hari berikutnya kerana terikat dengan komitmen sebagai pelajar di sini. Selain itu, dia juga bekerja secara sambilan. Jadi Jalak harus berdikari dan cepat mempelajari selok-belok jalan di sekitar Liverpool. Mujur Jalak ada membawa navigator. Ternyata sangat berguna. Lagipun rumah teman Jalak itu terletak berhampiran dengan pusat bandar. Jalan kaki sahaja sudah sampai ke tempat-tempat menarik. Jadi rasanya tiada masalah.
Photobucket
Lorong di Liverpool 1

Photobucket
Liverpool 1 dan menara dari kejauhan

Alang-alang sudah berjalan agak jauh, kami ke Albert Dock pada petang itu juga. Suasana dan pemandangan di sekitar kawasan ini sungguh menyamankan kerana terletak berhampiran kawasan perairan. Di sini juga terletaknya The Echo Wheel of Liverpool dan juga The Beatles Story. Tapi kedua-duanya pun Jalak tak naik ataupun masuk, untuk hari pertama ini.
Photobucket
Menuju ke Albert Dock

Photobucket
Banyak lagi yang menarik ada di sini

Photobucket
Berlatarbelakangkan Echo Wheel of Liverpool

Sebelum pulang ke rumah, teman Jalak request Jalak untuk memasak di rumahnya. Inilah padahnya gemar sangat upload gambar lauk-pauk di Facebook :P. Jalak tiada masalah sebenarnya. Lagipun dapat menumpang di rumah orang, kira dah bersyukur sangat. Setakat memasak sepam dua, no problem punyo! Cuma Jalak terpaksalah demand sedikit bahan-bahan yang perlu ada di rumahnya. Memandangkan banyak yang tiada, kami ke kawasan Chinatown di mana terletaknya sebuah kedai Asia yang sangat besar persis mini-market!
Photobucket
Welcome to the Chinatown! Sawadikhapp..

Sampai sahaja di rumah, Jalak terus memulakan operasi penting di dapur. Masing-masing pun perut sudah kelaparan. Mula-mula memanglah agak kekok beraksi di dapur orang lain. Sebagai permulaan, ditambah pula dengan kepenatan perjalanan hari pertama, Jalak hanya memasak ayam bersama sos tiram versi cincai serta sayur campur. HeHe bolehlah daripada tak ada :P


Hari Kedua


Untuk sarapan pada hari ini, Jalak cuma memasak bihun goreng. Selepas bersarapan, Jalak mula berjalan seorang diri berpandukan navigator menuju ke Anfield. Perjalanan adalah sejauh 3km! Tapi Jalak tetap enjoy kerana dapat test power navigator serta dapat melihat tempat orang dengan lebih dekat lagi di sepanjang perjalanan. Ada masanya juga, jalan yang dibawa oleh navigator itu agak scary kerana sangat sunyi. Akhirnya sampai juga Jalak ke destinasi yang dituju.
Photobucket
Photobucket
Antara tempat-tempat yang diredah semasa menuju ke Anfield

Jalak terus membeli tiket untuk mengikuti tour di kawasan stadium. Selain itu, terdapat juga sebuah muzium untuk dilawati oleh para pengunjung, juga sebuah FC shop yang menjual merchandise Liverpool FC. Bagi Jalak, pengalaman paling menarik adalah apabila menonton sedutan perlawanan antara Liverpool dan AC Milan pada final cup 2005 di Istanbul. Perlawanan itu begitu dramatik ditambah lagi dengan komentar daripada para pemain yang terlibat serta aksi kandid para penyokong kedua-dua pasukan. Kelakar pun ada juga melihat telatah mereka!
Photobucket
Pintu masuk

Photobucket
Bilik persalinan

Photobucket
Keadaan dalam stadium

Photobucket
Multimedia show

Kemudian Jalak meneruskan perjalanan menuju ke Goodison Park yang sinonim dengan Everton FC. Dalam perjalanan ke sana, Jalak sempat singgah di Stanley Park yang terletak di antara Anfield dan Goodison Park. Taman tersebut agak luas namun suasana di situ begitu lengang sekali. Maklumlah hari bekerja. Setiba sahaja di Goodison Park, Jalak terkedu apabila mendapati seolah tiada apa-apa yang menarik di situ. Cukuplah sekadar sampai dan mengambil gambar di luar stadium sahaja.
Photobucket
Jalan yang agak scary!

Photobucket
Stanley Park

Photobucket
Jambatan cantik di Stanley Park

Photobucket
Tiada apa yang menarik di sini :(

Memandangkan hari sudah petang, Jalak hanya menaiki bas dari Anfield terus ke pusat bandar kerana risau akan keselamatan berjalan kaki seorang diri terutamanya di kawasan sunyi. Lagipun jauh juga 3km untuk berjalan pulang. Bas pula terus ke pusat bandar, jadi bolehlah Jalak mencuci mata sebentar di sekitar kedai-kedai menarik yang terdapat di sana sebelum pulang. Malang sekali, kedai-kedai di sini ditutup sedikit awal apabila hari sudah mula gelap.
Photobucket

Menu malam ini agak special iaitu paprik campur. Bihun yang dimasak pagi tadi pun masih banyak lagi kerana Jalak masak sebungkus. Untuk makan 2 orang, memanglah bertimbun!HeHe


Hari Ketiga

Pagi ini agak lega sedikit kerana tak perlu masak untuk sarapan. Bihun semalam masih banyak lagi :D

Jalak meluangkan masa sampai ke tengahari di sekitar kawasan Univ. of Liverpool. Seronok betul melihat suasana universiti di sini. Kampusnya boleh dikategorikan sebagai kampus bandar juga. Dalam banyak-banyak bangunan, fakulti kejuruteraan elektrik dan elektronik yang paling sempoi HeHeh.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Mungkinkah akan ke sini suatu hari nanti? allahua'lam..

Menjelang petang, Jalak berjalan semula ke Albert Dock untuk masuk ke The Beatles Story. Kalau diikutkan, tiketnya agak mahal juga. Mujurlah ada harga konsesi untuk pelajar. Jika tidak, mungkin Jalak tak akan masuk ke tempat ini. Di sini para pengunjung boleh melayari kehidupan ahli-ahli The Beatles dari saat mereka bergelar orang biasa sehinggalah menjadi salah satu lagenda dunia hiburan antarabangsa.
Photobucket
Introductory quote at the beginning..

Photobucket
Pertama kali di studio rakaman

Photobucket
John Lennon's gallery

Untuk melihat tayangan 4D, Jalak terpaksa berjalan kaki ke Pier Head yang terletak di luar kawasan Albert Dock. 15 minit jugalah dengan berjalan kaki. Jalak terpaksa bergegas kerana mahu mengejar tayangan terakhir untuk hari itu. Mujur sempat. Jika tidakpun, tiket yang dibeli tadi valid untuk 48 jam. Bermakna esok pun masih boleh lagi menonton 4D ataupun masuk sekali lagi ke The Beatles Story :)
Photobucket
Tayangan 4D

Sebelum pulang ke rumah, Jalak sekali lagi mencuci mata di sekitar kawasan membeli-belah namun tiada semangat untuk membeli memandangkan hari sudah semakin kelam. Pulang ke rumah, Jalak dengan gigihnya memasak sayur campur bersama ayam lemak cili api. Huhh, kalau dah lapar, seharian berjalan..memang layan! Entah kenapa, tiada mood untuk makan di kedai ketika sedang berjalan-jalan pada siang hari. Terlalu kejarkan masa barangkali..
Photobucket
St. George's Hall pada malam hari

Selamat Tinggal

Sebagai menu terkahir untuk pagi ini Jalak cuma memasak nasi goreng. Banyak juga kuantiti yang dimasak. Teman Jalak siap tapau untuk dibawa ke Uni lagi HeHeh..
Photobucket
Layannn :P'''

Tiada dalam rancangan awal sebenarnya untuk menaiki sighseeing boat di sini. Namun selepas terpandang dan terbaca pamplet yang diambil semalam di Pier Head, teringin pula rasanya. Selain bersiar-siar di sekitar kawasan perairan di sini, bot ini juga turut singgah di Woodside Terminal yang menempatkan U-Boat Story exhibition gallery. Di sini terdamparnya sebuah submarine tentera Jerman, U-534 yang digunakan semasa Perang Dunia ke-2.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selepas puas menikmati hembusan angin dari atas bot, Jalak terpaksa bergegas semula ke pusat bandar untuk membeli-belah sebelum pulang ke rumah bagi mengemas barang dan mengisi perut yang lapar dengan nasi goreng pagi tadi. Terasa masa berlalu begitu cepat. Jika diikutkan, masih ada lagi beberapa tempat yang Jalak ingin lawati namun masa pantas mencemburui. Apapun 4 hari berada di sini sangat menyeronokkan! Penghargaan yang tak terhingga kepada teman Jalak, Fazlli Patkar yang sudi menumpangkan rumahnya sebagai tempat berteduh.
Photobucket
Mahu pulang..selamat tinggal Liverpool :(

Barangkali inilah percutian terakhir ke luar negara sebelum Jalak pulang ke tanahair. Aduh, pasti rindu untuk travelke Eropah lagi selepas ini. Apapun, di Malaysia juga banyak tempat yang menarik. Tidak kurang juga dengan negara-negara jiran yang lain. Buat masa ini, cukuplah sampai di sini. Sudah banyak negeri dan tempat yang Jalak sudah merantau. Kini tiba giliran negara sendiri pula :)

Jalak: Seronok bergelar student :)

4 comments:

  1. @:cahya::
    lepas ni kamu tidak akan jeles lagi..

    ReplyDelete
  2. wahh siap dengan memasak sekali... rajin betul.. selain berjalan.

    ReplyDelete
  3. @Ajzie:
    alang2 stay kat umah complete dapo semua, masak la leh save bajet tuk beli brg :P

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin