Sunday, March 7, 2010

PUKULan Hebat !!

Sungguh tak disangka, dalam keterujaan Jalak mahu berkongsi pengalaman menarik semasa bercuti di Liverpool, ada perkara lain telah mencuri perhatian serta mempunyai nilai berita yang ternyata lebih tinggi. Kisahnya berkenaan cabaran tersendiri yang terpaksa Jalak lalui ketika dalam perjalanan menuju ke Cologne/Bonn Airport dan lebih 'menarik', ketika perjalanan pulang dari airport yang sama menuju ke rumah pada pagi semalam.

Menuju ke airport pada hari Selasa lepas, Jalak sepatutnya menaiki tren dari rumah seawal PUKUL 5:08AM. Bagaikan permulaan kepada sesutau yang mengerikan, tren yang ditunggu tiba sedikit lewat menyebabkan Jalak terlepas tren regional express (RE) dari Siegen menuju ke arah Cologne. Mujur ada sebuah lagi tren regional bahn (RB) ke Au(Sieg), juga bergerak ke arah Cologne pada PUKUL 5:24AM. Disebabkan tidak cukup tidur pada malam tersebut, Jalak berasa sangat mengantuk lalu tertidur. Jalak tidak sedar rupanya tren yang Jalak naiki sudah berhenti begitu lama di Niederschelden Nord ('jauhnya' cuma 2 minit dari Siegen!). Tiba-tiba pemandu tren membuat pengumuman supaya semua penumpang keluar dari tren kerana tren rosak! Lama juga Jalak terketar-ketar menunggu di situ (stesen kampung, tiada bagunan berbumbung). Malang sekali kerana tren tersebut rosak di stesen ini kerana tren RE ke Cologne TIDAK melalui stesen ini.

Tren seterusnya dari Niederschelden Nord ke Au(Sieg) hanya bergerak pada pukul 6:30AM. Jalak sepatutnya tiba di airport pada PUKUL 7:03AM manakala flight berlepas pada PUKUL 9:00AM. Dalam keadaan sedikit mamai itu, Jalak seakan sudah mengalah sekiranya gagal tiba di airport pada waktu yang sepatutnya sebelum flight berlepas. Sedangkan dalam masa 1 jam lebih selepas keluar dari rumah, Jalak baru saja bergerak 'seinci' dari Siegen!

Mujurlah ada seorang makcik yang baik hati memberitahu Jalak untuk turun di Betzdorf(Sieg) lalu menaiki tren RE dari situ terus ke Troisdorf sebelum bertukar menaiki S-Bahn menuju ke airport. Tak perlulah terus menaiki RB yang lembap persis siput babi itu. Bayangkan Jalak hanya tiba untuk check-in di kaunter Germanwings betul-betul 45 minit sebelum departure! Nasib baik tak salah terminal kerana Jalak main hentam saja samada mahu ke kiri atau ke kanan usai keluar dari S-Bahn itu tadi. Pada printed ticket, tiada pula dinyatakan terminal yang mana satu. Kalau salah percaturan, mungkin lain pula kesudahan cerita ini.

Akhirnya sampai juga di Manchester Airport. Jalak meraikan kejayaan dengan tidur sepuasnya ketika dalam flight walaupun perjalanan memakan masa 1 jam 35 minit sahaja. Tren dari Manchester Airport ke Liverpool Lime Street pula berjalan seperti biasa :)

Cerita yang hampir sama turut berlaku ketika perjalanan pulang dari Cologne/Bonn Airport ke rumah pada pagi semalam, malah lebih dasyat lagi! Oh ya, selepas flight mendarat di sana pada PUKUL 11:15PM, tren ke Siegen sudah tamat beroperasi. Tren paling awal hanya mula beroperasi pada PUKUL 3:56AM dan Jalak dijangka tiba di Siegen pada PUKUL 5:46AM. Tak sabar rasanya!

Cuaca di luar airport kelihatan bagitu tragis sekali. Butiran salji halus kelihatan seolah menari-nari di bawah pancaran lampu neon sebelum ditiup pergi oleh angin yang berlalu. Tempias kesejukan turut dirasai walaupun berada di dalam airport besar yang tertutup. Mujurlah Jalak terjumpa tempat duduk yang di bawahnya terdapat heater terus dari lantai. Namun sukar untuk Jalak lelapkan mata kerana risau akan barang-barang berharga yang terdapat di dalam bagasi.

Selepas 4 jam mati akal di airport, tren sudah mula beroperasi. Seperti yang dijadualkan, Jalak menaiki S-Bahn dari airport ke Au(Sieg) pada PUKUL 3:56AM. Disebabkan snow yang turun dengan semakin lebat, acapkali juga tren berhenti lebih lama di beberapa buah tempat. Paling lama tren berhenti di Eitorf sebelum pemandu tren 'menghalau' semua penumpang untuk keluar kerana tren tersebut hanya dapat beroperasi setakat di situ saja! Tak silap Jalak, ada gangguan bekalan kuasa pada laluan seterusnya.

Jalak cuba keluar walaupun kelihatan segelintir penumpang tetap diam terpaku di atas tempat duduk masing-masing. Patutlah, di luar SANGAT sejuk!! Snow pula masih turun. Tiada sebiji bas pun kelihatan di luar sana untuk ke destinasi berikutnya, kononnya lah! Bas apa pagi-pagi buta begini? Dengan salji tebal yang meliputi jalan raya lagi. Jalak bingkas kembali ke dalam tren untuk berteduh dari kesejukan. Sudahlah Jalah hanya memakai sweater biasa saja. Sejuknya tak payah cakaplah. Tren tersebut pula tiada tandas di dalamnya. Bertambah tertekan Jalak dibuatnya.

Selepas beberapa ketika, pemandu tren membuat pengumuman bahawa tren tersebut akan berpatah balik ke arah bertentangan. Berkali-kali beliau memaklumkan supaya penumpang-penumpang yang ingin ke arah asal untuk keluar meninggalkan tren. Ada Jalak kisah?! Memandangkan tiket Jalak valid untuk satu negeri, Jalak membuat keputusan untuk teruskan saja dengan tren tersebut. Jalak tidak mahu mengambil risiko berada di stesen kampung seperti Eitorf itu menunggu tren atau bas yang belum pasti, bagai nak rak dalam kesejukan! Setibanya di Siegburg/Bonn, Jalak turun untuk mendapatkan tren RE ke Siegen. Sempat lagi berlari mencari tandas untuk 'melepaskan hajat' yang sudah sekian lama terpendam. Apalah sangat caj sebanyak 60 sen yang dikenakan untuk masuk ke tandas ketika itu.

Jalak kemudiannya menaiki tren RE dari stesen itu ke Siegen. Seakan lega rasanya kerana semuanya sudah selamat, kononnya! Jalak mencari seat terbaik untuk melunjurkan kaki kerana mahu tidur. Lagipun end station tren tersebut adalah Siegen. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Tiba-tiba selepas terjaga dari tidur, di luar sana mata Jalak terlihat signboard pada sebuah stesen yang bertulis Siegburg/Bonn. Whatsss??!! Baru Jalak teringat, ketika sedang tidur (dalam keadaan mamai/separa sedar), Jalak macam ada terdengar pemandu memgumumkan sesuatu serta menyebut perkataan 'Eitorf'. Rupa-rupanya masalah yang sama masih berlaku! Jalak fikir tren RE lain routenya berbanding S-Bahn. Lagipun ketika mula-mula menaiki tren RE itu dari Siegburg/Bonn, tiada pula dimaklumkan pada skrin di platfrom tentang masalah connection untuk ke Siegen. Aduhai, tren itu rupa-rupanya dengan sesuka hati berpatah balik ke arah bertentangan, sekali lagi!!

Menyedari keadaan itu, Jalak terus menggapai barang-barang untuk turun di Troisdorf kerana Jalak pasti bahawa tren RE dari Cologne ke Siegen akan tiba di stesen tersebut dalam sedikit masa lagi. Malang tidak berkesudahan, tren yang Jalak expect untuk naik tiba-tiba dibatalkan, seperti yang tertera pada skrin di platform serta turut diumumkan oleh announcer yang terlibat. Isk isk!! Tren berikutnya ke Siegen hanya akan tiba pada jam berikutnya! Stesen Troisdorf pula tiada ruang menunggu yang kondusif. Aroma kesejukan terasa begitu ketara sekali. Jalak kemudiannya membelek-belek jadual tren untuk mencari tren paling cepat untuk ke Cologne kerana di sana, stesennya lebih besar malah bertutup dan lebih selesa. Lagipun Cologne sudah tidak berapa jauh dari situ.

Jalak menaiki S-Bahn untuk ke Cologne. Tiba-tiba perut Jalak rasa tidak sedap pula. Selepas melepaskan hajat kecil sebentar tadi, kini tiba giliran hajat yang besar pula. Maklumlah pagi-pagi begini. Hajat yang besar sangat mustahil untuk dipendam kerana kelak boleh 'memakan diri'! Kebetulan S-Bahn tersebut melalui stesen Cologne/Bonn Airport, lalu Jalak bingkas bangun untuk turun di situ. Untuk terus duduk di dalam S-Bahn itu sehingga sampai di Cologne, tidak sempat rasanya! Nah, sekali lagi, selepas macam-macam perkara yang berlaku, kini Jalak kembali ke sini, Cologne/Bonn Airport! Ish Ish Ish..

Alhamdulillah tren berikutnya berjalan seperti biasa sehinggalah tiba di Siegen walaupun sudah menjelang tengahari. Kali ini Jalak sudah tidak betah untuk tidur lagi, walapun pada hakikatnya rasa mengantuk sangat! Berdebar juga kerana pemandu tren turut membuat pengumuman ketika tren berhenti di Eitorf (lokasi kejadian, akan Jalak ingat sampai bila-bila!). Rupa-rupanya tren itu menunggu tren dari arah bertentangan untuk berlalu pergi, mungkin kerana tidak mahu bertembung ketika menggunakan laluan alternatif yang sama.

Pheww..begitulah ceritanya kawan-kawan. Ketika entri ini ditulis, Jalak baru sahaja bangun dari lena yang panjang di atas tilam empuk, yang Jalak impikan sejak bertapa di airport lagi. Tak sangka, ada pula cerita lain berlaku di sebaliknya. Apa pun, ini semua pengalaman yang memberi pukulan hebat kepada mental dan emosi Jalak. Allah tidak menduga kita sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapinya. Syukur alhamdulillah, kini semuanya selamat :D
Photobucket
Cuaca yang begitu mendamaikan pada hari terakhir di Liverpool..

Photobucket
Cuaca yang juga mendamaikan (in its own way) di Jerman pula..

Jalak:
Perlukan internet bergerak!

7 comments:

  1. hish3..jalak. kesian ko...sib baik bujang, ada anak kalu...anak nangis, bapak nangis sama!

    Xpe Jalak, buat kenangan sebelum baLIK mesia...

    ReplyDelete
  2. internet bergerak? bukan dah ada ke? what happened? schon kaputt?

    ReplyDelete
  3. @Neny: hahaha..kalo anak nangis lagi haru!!
    @dillahanim: schade..alles kaput! hab ich kein Geld :(

    ReplyDelete
  4. betul la neny cakp.. nasib baik bujang......
    kalau yang beranak pinak mcm kami nih......... macam mana la stress nya..........

    ReplyDelete
  5. @Ajzie: kesimpulannya, jgn la taksub sangat dengan tiket flight murah sebab kebiasaanya timing dia off-peak hour.kalo bujang xpe la, koboi stail hahah..

    ReplyDelete
  6. ish34567...
    haru biru npknye..
    syukur semuanya selamat...

    a aa ek.. klu ada kekanak ni camne la agaknye..
    dah laa kami ni jenis yg suke promo2 ni..tp klu jln time2 winter bersnow ni mmg kena wat backup plann mcm2..

    =) next citer lak. ;)

    ReplyDelete
  7. @iu rf: tunggu lah masuk spring..kurang skit risiko kejadian camni.cam saya ni, dah terdesak n kesuntukan waktu!

    =) next citer dah kuar kat atas tuh..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin