Friday, August 21, 2009

Terakhir Ramadan

Syukur Alhamdulillah kerana kita semua masih dipanjangkan umur untuk dipertemukan dengan bulan Ramadan. Umat Islam di Jerman Jerman dan Eropah akan mula berpuasa pada esok hari, yakni 21 Ogos 2009 (Jumaat). Nampaknya sesiapa yang mahu pulang berhari raya di Malaysia, akan berpuasa lebih dari sebulan. Tahniah! (Ekstra 1 hari je pun..)

Jalak sedikit terkejut sebenarnya apabila mendapat tahu bahawa esok sudah mula berpuasa! Maklumlah, bangun tidur pun sudah tengahari. Menjengah sahaja laman sosial Facebook, sudah berderet status rakan-rakan di Jerman yang memaklumkan tentang berita itu. Oh ya, selepas ini mungkin tabiat bangun lewat ini akan berterusan memandangkan mata tidak mungkin terlelap sehingga saat-saat akhir sebelum tamatnya waktu untuk bersahur. Risau benar jika terlepas waktu sahur. Adakah ini strategi? Terpulang pada penilaian individu. Yang penting, Jalak harus banyak minum air kosong (di sini air paip sudah..)pada waktu malam hingga menjelangnya waktu Subuh kerana cuaca pada siang hari sekarang ini boleh tahan panasnya!

Ramadan ini merupakan kali terakhir Jalak berpuasa di Jerman (harap-harapnya lah). Terasa seperti waktu beredar begitu pantas. Boleh jadi juga, puasa kali ini adalah yang paling mencabar dari segi tempoh masa yang lebih panjang dan juga cuaca yang panas. Tahun lepas pun agak mencabar juga kerana Jalak menghadapi peperiksaan pada bulan Ramadhan. Apa yang mencabarnya? HeHe Sebab terpaksa bangun pagi untuk ke dewan peperiksaan. Maklumlah body clock bulan puasa dah lari sedikit..

Oh ya, tahun pertama pun tidak kurang mencabarnya kerana Jalak tiba di sini ketika pertengahan bulan Ramadan. Perlu mencari rumah dan berpindah-randah mengangkat barang ketika berpuasa. Mujur juga ketika itu cuaca dingin dan nyaman! Waktu siangnya pula tidaklah terlalu lama.
Photobucket
Ketibaan di Airport Frankfurt sekitar jam 6 pagi. Boleh niat musafir sebenarnya tapi Jalak dah tersahur semasa dalam flight. Rugi betul HeHeHe :P

Photobucket
Rumah tumpangan tempat kami tidur dan bersahur. Makan apalah sangat, semuanya lauk paket segera saja..

Photobucket
Ifthar di kedai kebap berhampiran. Rasanya masa ni DD dan Nazrin berbuka di rumah tumpangan sebab kaki DD terseliuh..

Walaubagaimanapun, kita semua patut lebih bersyukur kerana setiap dugaan yang kita hadapi ketika berpuasa, maka akan berlipat gandalah pahala amalan puasa kita, insyaAllah.

Baiklah, di sini Jalak ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa sambil menunaikan ibadat yang sepatutnya kepada pembaca-pembaca blog, saudara dan saudari seagama Islam walau di mana anda berada. Maafkan andai ada kesilapan yang pernah Jalak lakukan selama ini. Ahlan wasahlan ya Ramadhan..

**Sekadar makluman: Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4, ejaan sebenar ialah RAMADAN. (Tapi untuk sebutan, kita masih boleh menyebut 'RAMADHAN')


Jalak: Menanti sambungan siri Pertama Ramadan musim kedua di TV3

3 comments:

  1. teringat time mula2 smpai, bsahur kat Langenholdinghausen tu.. siap contemplating lagi, nk pakai pinggan yang mat saleh guna ke tak.. masak nasik pakai periuk nasik bwk dari Mesia.. sekejap betul masa berlalu..

    ReplyDelete
  2. yela.. dh 2 tahun kan kita smpai sini..ramadhan ke 3 la di perantauan...moga2 segala usaha n susah payah kita terbalas in a few months.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa rusdy ;)

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin