Thursday, December 10, 2009

Bersuka Ria di Majlis Perpisahan

Sebelum berangkat pulang ke Siegen pada Hari Raya Haji yang lepas, Paan menyuarakan hasratnya bersama Zul dan Godi untuk menganjurkan majlis jamuan perpisahan sempena kepulangan mereka ke tanah air penghujung bulan ini. Pada waktu itu, Jalak sedikit keberatan untuk menghadirinya. Masakan tidak, ketika itu kepenatan serta kekenyangan dek penangan openhouse di sekitar Frankfurt masih jelas terasa. Namun dalam masa yang sama, Jalak berasa sedikit rengsa sekiranya tidak dapat hadir ke majlis tersebut mengenangkan ukhuwwah yang erat terutamanya dengan Paan & Zul.

Hendak dijadikan Cerekarama, Layar Ria, Teleprima atau sebagainya, selang beberapa hari selepas menyedari bahawa Jalak telah tertinggal charger netbook di rumah Kak Atie, Jalak berkeputusan untuk hadir ke majlis tersebut. Kebetulan Kak Atie dan famili turut hadir ke majlis yang sama. Nampaknya dalam masa 2 minggu, 2 kali Jalak ke Frankfurt. Tidak melepaskan peluang yang ada, Jalak sekali lagi mengusung 2 bagasi besar berisi barang-barang untuk dihantar ke rumah Paan atas tujuan shipping ke Malaysia.

Nampaknya kepergian Jalak ke Frankfurt kali ini juga sangat berbaloi-baloi. Majlis perpisahan yang dianjurkan oleh mereka boleh tahan besar juga skalanya. Dua menu utama yang menjadi perhatian ramai pada hari itu adalah set Nasi Daging dan Nasi Ayam.
Photobucket

Selain itu, terdapat lain-lain menu yang tidak kurang hebatnya seperti bihun goreng, tiramisu dan cheese cake (sekadar menyebut beberapa nama). Kebanyakan menu-menu sampingan disediakan dan dibawa oleh tetamu yang hadir.
Photobucket
Photobucket

Selain makan-makan, para tetamu terutamanya kanak-kanak menghabiskan masa bermain Wii. Orang-orang dewasa turut tidak melepaskan peluang untuk main bersama.
Photobucket

Meriah sungguh majlis pada hari itu sambil diselangi petikan gitar bersama iringan lagu-lagu nyanyian penyanyi separa profesional.
Photobucket

Ramai sungguh tetamu yang datang pada hari itu. Sampai satu tahap, setiap penjuru rumah dipenuhi dengan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Syabas dan tahniah Jalak ucapkan kepada pihak penganjur (Zul, Godi & Paan) atas makanan yang disediakan. Tidak dilupakan penaja lokasi (Matt & Liza serta Liya) kerana sudi meminjamkan sedikit (banyak?) privasi bersama-sama para tetamu yang hadir. TERIMA KASIH!!

Kebetulan sudah berada di Frankfurt, Jalak tidak melepaskan peluang merayau-rayau di sekitar Pasar Krismas terbesar di Frankfurt untuk melihat suasana sebenar oleh masyarakat tempatan sebelum tibanya Hari Krismas. Ini merupakan kali pertama Jalak ke Pasar Krismas kerana pada tahun-tahun sebelumnya Jalak tidak berkesempatan untuk pergi. Namun kunjungan kali pertama ini tidaklah begitu lama (kurang daripada 1 jam) kerana Pasar Krismas ditutup sekitar jam 9.00PM. Walaubagaimanapun, itu sudah cukup bagi Jalak. Ada rezeki, mungkin Jalak berpeluang ke Pasar Krismas di tempat lain pula. Mungkin berbeza suasananya.
Photobucket
Photobucket
Qabil Ambak, eat your heart out!


Jalak: Menyiapkan tesis sambil mengarang buku bergambar

4 comments:

  1. semangat tu...
    slamat menyiapkan tesis..
    all the besh..=)

    ReplyDelete
  2. liya kata thanks jugak sbb tulong mama n papa liya.. :)

    ReplyDelete
  3. ^^haan^^: jobo tak muko den??hahaha

    iu rf: semangat..sebelum org2 jerman becuti krismas yg panjang

    cahya: thanks to liya gak coz x kisah pakcik2 melalak lam umah :)

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin