Benar kata orang, penantian suatu penyeksaan. Namun dalam menanti jawapan kali ini, Jalak sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Apa yang tertulis sebagai kesalahan di dalam rang undang-undang, akan tetap menjadi sebuah kesalahan walau apa jua alasannya. Dalam Islam, makan daging babi tak mengapa kalau TIDAK TAHU. Tetapi menurut undang-undang manusia, tahu atau tidak tahu, itu masalah kamu, bukan masalah aku! Pendek kata, semua berbalik kepada budi bicara pihak yang berkuasa.
Sudah lebih 2 minggu sebenarnya peristiwa kelabu ini berlaku. Ketika itu Jalak dalam perjalanan ke Bad Soden menuju ke rumah Kak Atie. Jalak membeli tiket sehala seperti yang biasa dibeli dari Dillenburg ke Bad Soden. Train bertolak dari Dillenburg pada jam 3.33PM dan tiba di end station i.e. Frankfurt sekitar jam 5.10PM. Sementelah singgah di Frankfurt, Jalak ke rumah Paan untuk menghantar barang-barang bagi tujuan shipping.
Usai memunggah dan mengemas barang-barang ke dalam kotak, Paan yang ingin ke Konstablerwache, turut menghantar Jalak ke stesen Ostenstrasse untuk mengejar train ke Bad Soden pada jam 7.07PM. Malang sekali setibanya kami di stesen tersebut, train baru sahaja berlepas. Sementelah sudah berada hampir dengan Hauptwache, Paan menawarkan diri untuk membawa Jalak berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah terbesar di Frankfurt itu. Jalak kemudiannya menaiki train ke Bad Soden hanya pada jam 8.10PM.
Dalam perjalanan ke Bad Soden, seorang konduktor tiket telah memeriksa tiket perjalanan Jalak. Tanpa sekelumit pun rasa bersalah, Jalak menunjukkan tiket yang dibeli di Dillenburg itu tadi. Konduktor BAIK HATI itu hanya melihat sepintas lalu. Tiada apa-apa yang berlaku. Jalak tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ya, ketika itu Jalak masih lagi jahil tentang undang-undang yang sebenar sebelum berlakunya peristiwa kelabu yang dimaksudkan.
Dalam kurang daripada 5 minit sebelum train berhenti di Bad Soden yang merupakan end station bagi perjalanan itu, seorang konduktor YANG LAIN telah datang kepada Jalak untuk memeriksa tiket perjalanan. Tiket Jalak dipegangnya untuk pemeriksaan. Tiba-tiba dia berkata bahawa tiket Jalak sudah TIDAK SAH lagi! Jalak benar-benar terperanjat dan keliru lalu menunjukkan kepadanya TARIKH perjalanan pada cetakan tiket itu. Tarikhnya masih HARI INI! Namun dakwaan Jalak itu pantas dicelah oleh konduktor tersebut sambil mengatakan tempoh MASA sah tiket itu sudah habis. Ketika itu Jalak sudah seakan dapat mengagak apa sebenarnya yang sedang terjadi.
Dalam kekalutan yang berlaku, train itu rupanya sudah tiba dan berhenti di Bad Soden. Kami menyambung 'PERBINCANGAN' kami di luar train. Jalak berkali-kali mengatakan yang Jalak TIDAK TAHU akan peraturan yang melibatkan tempoh masa itu kepadanya. Tidak lama selepas itu, konduktor BAIK HATI yang memeriksa tiket Jalak pada pertama kali itu tadi menyertai 'perbalahan' kami. Konduktor KEJAM yang menahan Jalak itu bertanyakan kepada konduktor BAIK HATI tentang peraturan tempoh masa yang dimaksudkan. Jalak dapat melihat dengan jelas riak wajah serta gerak tubuh konduktor BAIK HATI itu selepas ditanya. Dia hanya mengangkat kedua-dua bahunya sambil menggelengkan kepala, tanda dia TAK KISAH! Namun apakan daya, mesin cetak notis saman berada di tangan konduktor KEJAM. Dia meminta paspot Jalak lalu mengeluarkan notis saman bernilai 40 Euro kepada Jalak.
Jalak tidak berputus asa lalu bertanyakan pendapat konduktor BAIK HATI itu apa yang Jalak perlu lakukan. Oh ya, konduktor BAIK HATI itu pandai berbahasa Inggeris manakala seorang lagi yang KEJAM itu TIDAK PANDAI!! Dia menyarankan Jalak untuk pergi ke DB info centre untuk membuat rayuan kerana dia yakin Jalak bukan sengaja mahu melanggar peraturan. Jalak terpaksa berpuas hati dengan resolusi yang diperolehi pada malam itu. Notis saman sudah pun dikeluarkan atas nama Jalak. Manakala Abang Ijat pula sudah lama menunggu Jalak di luar stesen. Abang Ijat seperti sudah dapat mengagak apa yang berlaku. Jalak lalu menceritakan kepadanya dalam BAHASA MELAYU apa sebenarnya yang terjadi. Hai, kalaulah konduktor KEJAM tadi faham bahasa Melayu, bolehlah Jalak goreng-goreng dengan panjang lebar kepadanya!!
Keesokan paginya selepas takbir dilaungkan, Jalak yang bertemankan Abang Ijat, berjalan kaki ke DB info centre yang terletak tidak jauh dari masjid Turki di Frankfurt Am Main. Pegawai kaunter di sana berkata beliau tidak boleh membuat keputusan sewenang-wenangnya lalu menyarankan Jalak untuk menulis surat rayuan ke alamat yang tertera pada notis saman tersebut dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh saman dikeluarkan, ATAUPUN membayar sahaja denda sebanyak 40 Euro itu! Arghh..tak mungkin sama sekali!
Paan yang berasa bersalah atas apa yang berlaku, telah mengirimkan surat rayuan yang dikarangnya dalam bahasa Jerman kepada Jalak melalui emel. (Mulia beno hati mike!) Jalak tertawa sendirian selepas mengalih-bahasakan isi kandungan surat itu ke dalam bahasa Inggeris melalui Google Translate. Kononnya pada malam kejadian, dia telah terjatuh dari escalator dan Jalak terpaksa menghantar dia ke rumahnya sebelum Jalak mengambil train terus ke Bad Soden. Lantaran kerana itulah Jalak terlambat sehingga melepasi had masa yang ditetapkan. HaHaHah!
Selepas pulang ke Siegen, Jalak meneliti kembali surat rayuan yang dicadangkan oleh Paan itu tadi lalu dicetak untuk difakskan kepada nombor yang tertera pada notis saman. Dalam perjalanan ke kedai Faks, tiba-tiba hati Jalak berbisik, "JANGAN!". Jalak seakan tidak senang hati untuk meneruskan dengan surat rayuan tersebut. Pulang sahaja ke rumah, Jalak terus mencapai komputer riba lalu membuat editing pada surat tersebut. Akhirnya Jalak berkesudahan dengan memfakskan surat rayuan dalam versi yang lain. Masih lagi tidak menceritakan hal sebenar (tentang menghantar barang-barang ke rumah Paan), tetapi lebih menekankan kepada isu Jalak TIDAK PERNAH tahu-menahu tentang peraturan masa bagi sebuah tiket perjalanan.
Walaubagaimanapun Jalak tetap memberi kredit kepada Paan atas usaha murninya membantu Jalak mengarang surat serta menelefon pihak DB di Frankfurt pada hari ke-14 selepas notis saman dikeluarkan. Menurutnya, Jalak sudah menghantar surat rayuan dalam masa 14 hari tersebut, jadi sekarang hanya perlu menanti jawapan daripada pihak DB. Tiada apa yang perlu dirisaukan selain daripada menyediakan bajet khas sebanyak 40 Euro jika benar Jalak disabitkan kesalahan. Andainya perkara itu sudah pasti, Jalak AKAN tetap membayarnya kerana tidak mahu sebarang perkara yang lebih buruk berlaku pada masa hadapan.
Cuma yang membuatkan Jalak sedikit kesal, apabila teringat satu insiden yang pernah berlaku di mana Jalak telah membeli tiket sehala dari Schwalbach ke Dillenburg. Stesen Schwalbach ini cuma selang 1 stesen sahaja dari Bad Soden. Begini analoginya: Jalak membeli tiket untuk hari Isnin tetapi Jalak bercadang untuk menggunakan tiket itu pada keesokan harinya (Selasa). Atas dasar kononnya tiket itu masih SUCI dan BERSIH daripada sebarang cop pemeriksaan, secara logik akalnya tiket itu masih sah. Jalak pun dengan selambanya menggunakan tiket tersebut pada hari Selasa. Ketika itu terdapat DUA orang konduktor yang memeriksa tiket dengan serentak. Nampaknya seperti seorang konduktor itu yang lebih senior sedang mengajar seorang lagi yang lebih muda seperti baru bekerja. Konduktor yang lebih muda itu berasa pelik selepas melihat tarikh tiket itu adalah SEMALAM, bukannya HARI INI. Lalu dia bertanyakan kepada konduktor senior itu, dengan mudah dan selamba konduktor senior itu berkata tiket itu SAH!
Jadi di sini Jalak tidak pasti sebenarnya mana satu yang SAH, mana yang TIDAK SAH? Padahal kedua-dua insiden yang berlaku ini berbalik kepada kata kunci yang sama, iaitu MASA! Malah apalah sangat tiket yang digunakan pada HARI YANG SAMA jika dibandingkan dengan tiket yang digunakan pada hari ESOK?? Arghhh..sudahlah! Jalak rasa makin panjang Jalak bercerita di sini, lagi pening kepala orang yang membacanya. Tunggu saja apa jawapannya, kalau benar Jalak perlu membayar sejumlah amaun, anggap sahaja itu sebagai wang ehsan untuk pekerja-pekerja syarikat DB bagi perbelanjaan anak-anak bini mereka pada Krismas ini, lebih-lebih lagi untuk konduktor KEJAM yang kemaruk sangat nak saman orang itu!
*DB = Syarikat pengangkutan keretapi di Jerman (macam KTM)
Jalak: Seumur hidup di Jerman ini, belum pernah lagi disaman..
Sunday, December 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sabar lah sedy...
ReplyDeletecerita pasal tiket kau ni mmg mengkonfiuskan kepala otak pembaca,...
termasuklah aku yg dah lama duduk kat bumi hitler ni..
nik, biar pembaca pening baca kat sini daripada pening di kemudian hari bila terkena benda yg sama nanti..kena lebih berhati2 lepas ni.
ReplyDeletepenin2 mama piyah ni...
ReplyDeleteapepun..sabo la jalak....mungkin sudah rezeki mereka... halalkan saje......semoga dpt ganjaran di akhirat kelak...hehehhehe
patut letak tajuk entri ni.."PENING"
ReplyDeleteoh, kitorg pon kena benda yg sama ari tu. Tp serius x tau pasal masa tu. Cuma nasib baik dpt konduktor yg BAIK HATI. Dia still saman cuma dia saman atas dasar konon2 abg zul x bawak semester tiket dia. So kena bayar saman 7 Euro.
ReplyDeleteMULIAnya hati konduktor tu..hmm nampaknye lately peraturan masa ni dah makin berleluasa di frankfurt!
ReplyDelete