Tersenyum puas Jalak tatkala melihat bacaan yang tertera pada mesin penimbang digital pada pagi tadi. Biarpun ribut salji melanda di luar, serta 'ribut-ribut' yang berlaku di dalam hati, semuanya tidak menghalang Jalak untuk memberi kredit pada diri sendiri. Bacaan pada mesin penimbang pagi tadi adalah 68.8kg, sejurus selepas bangun dari tidur.
Pada satu entri yang lepas, Jalak pernah berkata bahawa berat badan Jalak telah naik sebanyak 5kg sejurus selepas tamatnya edisi lebaran yang lalu. Ya, benar. Ketika itu bacaan mesin penimbang adalah 79kg! Jujurnya Jalak tidak pernah mencapai peringkat seberat itu! Begitulah hebatnya penangan semasa hari raya, lebih-lebih lagi buat si perantau yang sudah lama tidak merasa makanan serta masakan Melayu, di MALAYSIA! Malah ketika hari-hari pertama Jalak di tanahair, ramai yang perasan bahawa berat badan Jalak semakin susut. Maka tidak hairanlah apabila orang-orang sama juga yang perasan badan Jalak semakin berkembang selepas beberapa minggu berada di tanahair.
Jika dihitung, lebih 2 bulan juga Jalak bertungkus-lumus untuk mencapai tahap ini. Meskipun sudah hampir sebulan tidak ke gym oleh kerana sibuk atas tuntutan kerja, Jalak secara konsisten mengamalkan diet karbo dengan mengurangkan jumlah pengambilan nasi dalam sehari dan yang paling penting, tidak menjamah nasi pada waktu malam.
Selain itu, Jalak juga turut mengamalkan memakan buah orange pada waktu malam selepas membaca sebuah artikel di internet yang mengatakan; buah orange merupakan salah satu makanan yang boleh membantu pembakaran lemak. Jalak teramat yakin bahawa petua ini begitu efisyen kerana Jalak dapat merasa dan melihatnya sendiri. Ini akan membuatkan Jalak menjadi lebih malas untuk ke gym..Huh!
Oh ya, bukan itu saja. Setiap pagi selepas bangun tidur Jalak akan membuat sedikit senaman ringan sebelum menjamah nasi bersama lauk-pauk yang begitu menyelerakan walaupun sudah semalaman di atas meja HAHAHA! InsyaAllah Jalak akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai berat ideal iaitu 65kg. Tak jauh mana dah..Berusahalah!!
Jalak: Nak seribu daya, TAKNAK seribu DALIH!
Monday, December 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku pun tngh mengalami masalah berat gak ni...baru2 ni mencapai angka 90...hoho..kene beli buah oren bnyk2 skt la lepas ni...=)
ReplyDeletethanks for the tips...hehe
huahua..try la. insyaAllah berkesan!
ReplyDelete