Thursday, December 3, 2009

Aidiladha Terakhir di Bumi Hitler

Fuhhhh..(tarik nafas panjang-panjang dan lepas), lega sungguh kerana exam dah habis! Lepas ini tinggal untuk pulun habis-habisan bagi menyiapkan tesis Sarjana sebelum berakhirnya Mac 2010..DON'T wish me luck, wish me THE BEST!!

Kerancakan sambutan Aidiladha mungkin sudah berlalu, apatah lagi di bumi Hitler yang sangap ini. Cuma sekarang barulah Jalak berkesempatan mencuri masa untuk mencoretkan kenangan dan peristiwa yang berlaku sepanjang sambutan Aidiladha yang lalu. Sedari awal lagi Abang Ijat sudah mempelawa Jalak dan teman-teman di Siegen untuk menyambut Aidiladha di rumahnya buat kesekian kalinya, sama seperti tahun lepas. Meskipun teman-teman yang lain tidak dapat pergi atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, Jalak tetap gagahkan diri untuk pergi seorang diri kerana Jalak juga ingin menghantar barang-barang seperti diceritakan pada entri sebelum ini.

Jalak bertolak ke Frankfurt pada hari Khamis, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Pada mulanya Jalak cuma bercadang untuk pulang semula ke Siegen pada hari Sabtu gara-gara oral exam yang bakal Jalak duduki pada hari Rabu berikutnya. Namun Jalak dengan cepat mengubah fikiran selepas Abang Ijat mempelawa Jalak untuk stay sehingga hari Ahad kerana ada agenda lain lagi yang menanti selepas hari Sabtu. Semuanya gara-gara sup tulang. Siapa yang tak terliur mendengarnya :P,,

Pada hari raya pertama, Abang Ijat dan Kak Atie mengadakan jamuan makan untuk teman-teman sepejabat mereka. Kebanyakan yang hadir memang Jalak tidak kenali sebelum ini kecuali En. Asaari dan En. Lah. Sejak malam sebelumnya lagi Kak Atie begitu gigih bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu, walaupun terpaksa bergegas ke pejabat ketika malam hari atas urusan kecemasan. Jalak yang tiba sedikit lewat sempat juga menghulurkan bantuan sekadar termampu. Antara menu yang terhidang pada hari itu adalah seperti nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, kurma daging dan jelatah. Selain itu terdapat juga juadah sampingan seperti mi rebus, nasi impit bersama kuah kacang, carrot cake dan juga puding koko. Alhamdulillah, kenyang perut pada hari raya pertama :D
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Pada hari raya kedua, Jalak serta Abang Ijat sekeluarga berkunjung ke rumah Kak Neni di Raunheim. Biarpun tiba agak lewat, Jalak masih sempat merasa kerabu taugeh yang very marvelous (rasa macam nak ratah sampai licin satu periuk tu!)serta kek buah yang ranum buatan Kak Neny :P'' Di sana sempat juga Jalak melayan kanak-kanak bermain Wii sebelum bergegas ke rumah En. Lah atas jemputan yang seterusnya.
Photobucket
Photobucket

Sebenarnya sudah lama Jalak kepingin untuk ke rumah En. Lah. Apatah lagi baru-baru ini beliau membeli set karaoke di rumahnya. Waduh..banyak sungguh makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Sayangnya perut Jalak sudah kenyang namun masih juga sempat membelasah DUA mangkuk laksa. Teringin juga menjamah menu-menu yang lain tapi apakan daya, Jalak sudah tidak berdaya. Tambahan pula, Abang Ijat dan Kak Atie tidak boleh lama di rumah En. Lah kerana ada tetamu yang ingin bertandang ke rumah mereka pada malam itu. Sempat jugalah Jalak menjamu halwa telinga mendengar Toher and the gang serta Abang Ijat melayan karaoke di tingkat bawah sambil menjamah dessert yang disediakan.
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Setibanya di rumah Kak Atie, pelajar-pelajar dari Weingarten sudah sedia menunggu di luar pintu rumah. Mereka datang dengan menaiki dua kereta. Ramai jugalah orang yang bermalam di rumah Kak Atie pada malam itu. Kami semua dijamu dengan sup tulang special sambil menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan PAPADOM. Tak sia-sia Jalak mencadangkan filem PAPADOM kerana masing-masing cukup terhibur menonton filem terbaik Festival Filem Malaysia itu. Malam seolah-olah berlalu begitu lambat kerana masing-masing masih segar dan tidak mengantuk. Abang Ijat kemudiannya mencadangkan kepada kami untuk menonton filem pecah panggung yang bertajuk Chandramukhi lakonan hero filem Tamil no.1, Rajnikanth. Walaupun tiada sarikata, kami masih gigih meneruskan tontonan secara online sambil diceritakan oleh Abang Ijat dari satu babak ke satu babak yang lain. Malangnya tontonan kami terpaksa dihentikan kerana gangguan internet dan jam juga sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Mungkin alasan lain juga, tertekan mendengar pelakon bercakap Tamil tanpa sepatah haram pun yang difahami HeHeHe..

Photobucket
Rombongan Cik Kiah ke rumah En. Asaari..

Keesokan harinya, iaitu hari raya ketiga, kami semua menyerbu ke rumah En. Asaari. Kebetulan En. Asaari menunaikan ibadah qurban seekor kambing, maka segala macam mak nenek bahagian kambing boleh dijumpai melalui menu-menu yang dimasak oleh Chef Ismail pada hari itu. Antara menu yang tersedia adalah seperti gulai kambing ubi kentang, rendang hati,limpa,paru dan kidney kambing, kurma telur, ayam masak lemak cili api, sambal belacan serta pulut kuning dan bubur kacang. Percaya atau tidak, Jalak makan sepinggan sahaja pada hari itu. Mungkin Jalak bukanlah penggemar daging kambing yang tegar. Sebab lain, Jalak sudah kenyang brunch nasi goreng di rumah Kak Atie. Maklumlah bangun pun dah nak tengahari uhuk uhuk!
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Oh ya, di rumah En. Asaari, selain dijamu dengan makanan yang beraneka jenis, tuan rumah turut menayangkan filem Chandramukhi yang mempunyai sarikata bahasa Inggeris. Perghh..hebat sungguh penangan filem ini sampaikan gaya tersendiri Rajnikanth serta tariannya menjadi ikutan kaum-kaum ibu yang menonton..LOL!
Photobucket
Khusyuk melayan cerita Chandramukhi..

Begitulah panjang lebarnya cerita sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini. Bersesuaian dengan sambutan terakhir Jalak di negara Jerman yang indah permai ini, Jalak cukup berpuas hati dan bersyukur kerana dapat menikmati kemeriahannya dengan seadanya walaupun bukan di negara sendiri bersama famili tersayang. Pastinya sambutan kali ini akan melakar kenangan tersendiri untuk disemat kemas di dalam hati. Jutaan terima kasih Jalak ucapkan kepada Abang Ijat, Kak Atie dan keluarga kerana menyediakan hospitaliti terbaik sepanjang Jalak bermalam di rumah mereka. Juga kepada teman-teman yang turut sama memeriahkan sambutan Aidiladha pada tahun ini. Allah sahaja yang bisa membalas jasa baik kalian semua.

Jalak: Terasa seperti beraya di Kelantan..

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin