Monday, August 17, 2009

Hari Mantai & Perasmian Rumah Kebun

Menarik sungguh aktiviti yang telah berlaku pada hari minggu yang lalu di kampung. Jalak sedari awal lagi sudah dimaklumkan tentang perkara ini namun apakan daya, buat kesekian kalinya jarak memisahkan antara Jalak dan mereka. Cukuplah dengan titipan beberapa keping gambar buat Jalak berkongsi kegembiraan dan kebahagian bersama mereka.

Hari Mantai begitu sinonim dengan adat dan budaya masyarakat minangkabau di Negeri Sembilan. Namun begitu, hanya sebilangan sahaja yang masih mengamalkan adat resam sebegini. Syukur kerana keluarga besar Jalak masih mengamalkannya saban tahun dan diharap akan dapat diteruskan oleh legasi baru yang bakal mewarisi adat dan budaya kita sendiri.

Kebiasannya Hari Mantai disambut sehari sebelum bermulanya hari pertama umat Islam berpuasa. Oleh kerana 1 Ramadhan dijangkakan jatuh pada hari Sabtu, tidak dapat tidak, Hari Mantai tahun ini disambut seminggu lebih awal memandangkan hari Jumaat merupakan hari kerja. Tahun ini agak special sedikit kerana buat pertama kalinya lemang jagung diperkenalkan. Maklumlah tengah musim menuai jagung sekarang...

Photobucket
Mak Lang yang sentiasa cool dan relaks..

Photobucket
Sampai ke titisan yang terakhir..

Photobucket
Mak Mbong menyiapkan pisang untuk digulai masak lomak cili api..

Photobucket
Rendang ayam kampung yang masih belum mempamerkan rupa sebenar..

Photobucket
Bapak borek anak rintik :)

Photobucket
Rupa rendang yang sebenar. Tak sah kalau tak podeh ni..

Photobucket
Banyak ni tapi kurang sebatang sebab tak cukup lagi sorang uhuk2..

Photobucket
Lomang tumbang adalah perkara biasa.Tapi kalau 1 tumbang, yang lain akan ikut serta hahaha..

Photobucket
Quality inspection..make sure betul2 dah masak.


Pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, Abah Jalak menganjurkan majlis doa selamat sempena rumah baru di kebun yang telah siap dibina untuk dihinggapi. Menurut kata Abah, doa selamat ini sebagai tanda syukur kerana sepanjang kerja-kerja pembinaan, tiada sebarang kemalangan serius yang berlaku. Maklumlah kerja-kerja pembinaan ini bukannya mudah. Alhamdulillah semuanya selamat.. :D

Simple sahaja majlisnya. Mak Jalak menyediakan santapan nasi lemak sebagai breakfast. Breakfast di kebun sambil berkebun HeHeHe. Ini barulah dinamakan Malaysian Breakfast! Budak-budak bujang pula tidak melepaskan peluang memancing ikan di kolam Abang Sandy (abang sulong Jalak). Hishh..seronok la hai!

Photobucket
Menjamu selera di kawasan luar rumah..

Photobucket
Nasi lemak beralaskan daun pisang..masyukk je!

Photobucket
Mak: Sedy, baliklah..mak buat kuih apam gula hangus kegemaran Sedy ni..

Photobucket
Makcu: Shidi, tak payah balik, biar kami yang habiskan kuih ni..

Photobucket
Deq Li, Ajim dan Sudin layan makan dalam rumah..Pink color?!

Photobucket
'Faizal Tahir' pon ada!

Photobucket
Budak bujang paling hot..pancing lah puas2, tak lama lagi UPSR!

Photobucket
Pancing 3 orang, dapat ikan tak lah sebesar mana..HaHaHa

Photobucket
Abang Sandy dapat ikan besar..Haishh selipar Jalak dah jadi selipar kebun!

Photobucket
Pak Teh kenduri pisang!

Photobucket
Nak buat apa jagung-jagung ni?

Photobucket
Bakar pon sodap!

Begitulah kisahnya yang berlaku pada hujung minggu lepas. Sedikit sebanyak ia dapat menguatkan lagi semangat Jalak untuk tidak menyesali di atas keputusan telah Jalak buat. InsyaAllah, mudah-mudah berbaloi la hendaknya..amin!

Foto kredit oleh Norhana Nawawi


Jalak: Tahniah Akhil dan Waheeda..bulan madu nanti jangan lupa singgah Jerman ye..

5 comments:

  1. kalau abg cd nak tahu kan.pakteh bwk pisang pas2 lalu titi mencabar tuh tau!jalan mcm bese ja mcm jalan kat atas jalan tar!tekejut lahai.terer gila.haha

    ReplyDelete
  2. hehe pakteh memang slumber! tul la tu, jalan kena tengok depan cam kat atas jalan tar, baru la tak gayat..

    ReplyDelete
  3. hahahahaa...mak mbong dah terjatuh.mmg mcm drama swasta.sian gila kat mak mbong.ade gmbr ana bg makcik2 kita tgh main urut2 kan?2la lagi haru lawak gila la.main urut2 macam cencorot..macam budak budak

    ReplyDelete
  4. hallamak..sian la plak.tapi mesti kelakar hehehe sure riuh satu kebun!gambar urut2 tu lagi x leh blah..tapi x leh tepek kat sini, xsesuai utk tontonan umum mueheheh..

    ReplyDelete
  5. sedap2 & menarik..... nanti ajak lagi kalau ada.. hehe dkt ja nilai dgn cyberjaya... cuma... org jerman kempunan skit la raya tahun nie.. hehe

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin