Alhamdulillah, murah rezeki Jalak selama berada di Jerman ini dapatlah juga merantau ke negara orang. Acapkali berkunjung ke tempat-tempat menarik, Jalak tidak lupa untuk membeli hadiah untuk dibawa pulang buat famili tersayang. Yelah, apalah ertinya perjuangan Jalak di bumi orang selama ini tanpa restu, dorongan serta doa daripada mereka.
Oleh itu, persiapan untuk pulang berhari raya kali ini tidaklah serancak tahun lepas memandangkan sudah ada barang-barang yang dibeli semasa melancong ke luar negara. Lagipun dengan kegawatan ekonomi yang melanda diri ketika ini, tak perlu lah Jalak berbelanja sakan. Cuma perlu tambah sedikit untuk melengkapkan koleksi barang-barang yang mahu dibawa pulang. Risau nanti ada pula yang berkecil hati.
Jubah buat Mak dibeli semasa melawat ke Mesir. Risau juga kalau-kalau saiz ada terlebih atau terkurang. Jalak yang pilih warna hijau supaya matching dengan baju melayu Jalak. Lagipun jubah hitam klise sangat.
Jubah buat Abah juga dibeli ketika di Mesir. Abah yang request warna light blue. Mungkin nak nampak sedikit muda. Yang ini pun Jalak risau juga samada cukup labuh atau tidak. Jangan singkat sudah. Kalau labuh, masih boleh dihantar ke kedai makcik Jalak untuk diubahsuai.
Sejadah berkompas ini pun untuk Abah. Beli semasa di Istanbul. Senang untuk dibawa ke mana-mana di dalam kereta. Tapi Abah selalunya kalau ke mana-mana, prefer solat di masjid. InsyaAllah adalah nanti kegunaannya juga suatu hari nanti.
Jubah untuk Abang Sandy, pun dibeli di Mesir. Jalak tengok ustaz-ustaz (termasuk Akhil Hayy) selalu pakai jubah macam ini. So Jalak belikanlah sehelai untuk dia.
T-shirt Tom Tailor ini Jalak beli di sini saja. Untuk Abang Boy yang sangat sempoi bila berpakaian. Jalak pilih warna kuning selepas terkenangkan baju Melayu kuning dia yang menjadi bualan hangat di kalangan saudara-mara ketika musim raya :P
Purse untuk Syidah. Sengaja Jalak beli jenama Gabor (keluaran Jerman) supaya takkan ada perempuan-perempuan yang menuduh dia membeli produk pirate dari Petaling Street mahupun Chow Kitt. (Harap-harap brand ini tidak dijual di sana lah ye!)
Dibeli semasa berjalan-jalan sekitar Sultanahmet (Istanbul) pada waktu malam di tepi jalan. Bolehlah nanti digantung di rumah.
Dibeli di Kaherah khas untuk makcik/pakcik di kampung. Semasa membeli, Jalak dah kira siap-siap berapa bilangan yang perlu dibeli takut nanti ada pula yang berkecil hati. (Konsep: kalau nak bagi hadiah, semua patut dapat!)
Bookmarks dari kulit kayu Papyrus juga dari Mesir untuk sepupu-sepapat serta rakan-rakan terdekat. Antara banyak-banyak hadiah, yang inilah paling praktikal kerana kecil, ringan dan mudah dibawa.
Kurma berinti cokelat dari Matrouh serta Turkish delight dari Antalya (dikirim daripada Kak Yam). Khas buat para tetamu yang bertandang ke rumah.
Tak banyak sangat barang yang boleh dibawa pulang pada kali ini kerana muatan maksimum hanya 20kg. Maklumlah harga tiket budget, segala-galanya pun budget jugalah! Cokelat pun Jalak akan beli dalam kadar yang sangat minima memandangkan pada tahun lepas banyak yang berlebih. Yelah, musim-musim raya ni orang pandang kuih/biskut raya saja!
Alamak, sedang asyik menulis entri ini tiba-tiba terperasan tiada hadiah untuk uwan!Mulanya Jalak ada plan untuk beli lampu automatik bersensor untuk dipasang di rumah uwan di LBJ yang sering ditinggalkan dan diceroboh 'mat pitt'. Survey punya survey di kedai, macam besar lah pula lampu macam itu. Anyway, tahun lepas dah bagi dia beg tangan. Ok ke tak ni? Haishhh...!
Jalak: Punyai sebab untuk kurang teruja berbanding tahun lepas..
Sunday, September 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bes nya...cekelat ya satu!
ReplyDeleteinsyaAllah..tang umah!
ReplyDeletenak tumpang masuk dlm beg blk mesia...buleh tak...?
ReplyDeleteboleh kalo berat pn.cahya kurang 20kg but i guess NOT! :)
ReplyDelete:P
ReplyDeleteconfirm la ibu ngandung lg berat dari 20kg....
hihihiihiiii...