Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Meskipun dari sudut yang berbeza, pemergian Ramadan sewajarnya ditangisi, kita sebagai umat Islam juga harus meraikan hari kemenangan yang telah dijanjikan untuk orang-orang yang berpuasa. Maka segala persiapan menjelangnya hari kemenangan tersebut perlu dilakukan dengan seadanya mengikut kemampuan masing-masing.
Pada hari Sabtu lalu yang juga merupakan hari terakhir umat Islam berpuasa, Jalak dan famili serta saudara-mara bergotong-royong beramai-ramai bagi membuat persiapan terakhir menjelangnya detik 1 Syawal. Seperti tahun-tahun sebelumnya, membakar lemang sudah menjadi tradisi. Kali ini kami melakukan kerja-kerja memasak di 'chalet' makcik Jalak yang terletak selang DUA rumah sahaja dari rumah Jalak.
Di rumah Jalak sendiri, mak Jalak mengepalai misi memasak Rendang Tok. Sudah lama rasanya saban tahun asyik masak rendang daging style yang sama saja, tahun ini kami sepakat untuk menukar selera. Rendang tok dimasak meenggunakan api gas saja supaya mudah untuk mengawal api. Abang Sandy dan Kak Wati bergilir-gilir mengacau rendang itu sehingga kering.
Rendang Tok resepi turun temurun
Manakala di 'chalet' bawah pula, saudara-mara yang lain bergotong-royong menyediakan lemang, ketupat, rendang ayam serta sup tulang. Nampaknya tahun ini tidak ramai pula yang dapat hadir membantu kerja-kerja memasak. Mungkin masing-masing masih ada urusan terkahir yang perlu disiapkan. Jalak menawarkan diri untuk mengacau serta menjaga api rendang sambil membantu Pak Wi dan Cik Ali membakar lemang. Dah lama betul Jalak tidak merasa panasnya bahang sepanas ini. Mujur juga kali ini kuah rendang yang dimasak tidak merecik-recik sampai ke badan. Mungkin apinya tidak cukup besar. Tapi masa yang diambil agak lama lah juga sementara rendang itu hendak kering.
Lemang tepung supaya buluh-buluh yang terlebih tidak dibazirkan..
Rajin dan handal betul Cik menganyam ketupat!
Selepas beberapa ketika apabila api rendang sudah stabil, Jalak menyerahkan tugas mengacau rendang kepada orang lain. Hampir pitam rasanya bila berada terlalu lama berdekatan dengan api rendang ditambah pula dengan bahang bara untuk membakar lemang. Jauh di sudut hati Jalak membayangkan untuk meneguk air tebu yang sejuk untuk membasahkan anak tekak yang sudah seakan kering. Alhamdulillah selepas mandi, badan kembali segar. Sempat juga Jalak melelapkan mata untuk merehatkan badan.
Hari terakhir Ramadan Jalak sekeluarga dapat berbuka bersama-sama buat pertama kalinya pada bulan Ramadan memandangkan semua adik-beradik Jalak sudah pun sampai. Selera makin bertambah apabila dapat berbuka dengan lemang serta rendang yang dimasak pada siang harinya. Kesedapannya memang tidak terkata! Alhamdulillah, kenyang sungguh rasanya.
Selepas Maghrib, Jalak menanti pengumuman tarikh Hari Raya di televisyen. Yeah! Esoknya raya!! Kami semua wajar berasa seronok kerana segala persiapan menjelang raya telah pun siap. Tinggal lagi untuk menunggu sahaja hari esok mengunjung tiba.
Siapa nak duit raya??! Sila angkat keyboard! ;)
Jalak: Penat tapi puas!
Thursday, September 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mmg setiap tahun ke masak byk2 camni? Mmg meriah la keluarga korang....
ReplyDeleteP/s: angpau deutsche bank tu ada x utk sikembar? Hehehe....
haah, tiap2 tahun.sedare dekat2..senang.
ReplyDeleteangpau deutsche bank dah sold out, bank lain insyaAllah la :)
alaa.. baru nk mintak angpau Deutsche bank tuh.. cam lawa je hehehe
ReplyDeletep/s : tapi kalo angpau bank lain ade isi dlm.. nak jugak leh? :p