Wednesday, September 16, 2009

Jauh Tak Terasa

Alhamdulillah, akhirnya Jalak selamat sampai untuk menjejakkan kaki ke tanahair tercinta. Pesawat Gulf Air dari Bahrain yang Jalak naiki telah selamat mendarat 20 minit lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Sampai saja di KLIA, Jalak terus mendapatkan pek permulaan Celcom sambil menunggu abah dan mak yang sedang standby di stesen Petronas berhampiran. (Buang duit saja kalau parking di KLIA!)

Ini juga merupakan kali pertama Jalak menjejakkan kaki ke Bahrain International Airport. Mujurlah tempoh transit di selama 2 jam, sempat Jalak mencari juadah untuk berbuka puasa. Tidak lain tidak bukan, di McDonalds. Sudah namanya pun fast food, yang penting, cepat! Tapi masih belum cukup kenyang. Sebenarnya waktu berbuka puasa di Bahrain adalah sekitar jam 6 petang. Disebabkan pesawat bakal mendarat pada jam 6.20 petang, maka tiada hidangan dapat disediakan. Sebaliknya hidangan disediakan ketika lunch hour, maka Jalak terpaksa menelan air liur sajalah melihat orang di sebelah makan. Jalak perasan juga, dalam pesawat dari Frankfurt ke Bahrain ini, bilangan penumpang yang beragama Islam sangatlah sedikit. Rasanya Jalak seorang sahaja yang berwarganegara Malaysia.

Selepas berbuka di McDonalds, Jalak sempat juga menyambar tshirt dan fridge magnet sebagai kenangan berada di Bahrain.
Photobucket

Dalam pesawat dari Bahrain ke Kuala lumpur pula, Jalak dapati ramai juga orang Malaysia sekapal dengan Jalak. Malah Jalak duduk bersebelahan dengan seorang makcik dari Riyadh yang mahu pulang ke Alai, Melaka. Lega sikit perut dapat makan dinner yang dihidangkan. Kalau nak harap McArabia dan kentang goreng di McDonalds saja, kebuluran lah jawapnya esok.

Sepanjang perjalanan, Jalak tidak banyak tidur kerana begitu teruja untuk menonton filem Rab Ne Bana De Jodi lakonan Shahrukh Khan. Dah lama sebenarnya Jalak kepingin untuk menonton cerita ini. Sekarang sudah ada di depan mata, lengkap dengan subtitle, tunggu apa lagi. Dapat juga mengisi masa lapang yang panjang sementara menunggu untuk sampai ke destinasi. Kemudian Jalak sambung pula menonton filem Fashion lakonan Priyanka Chopra. Malangnya Jalak tak sempat menonton ending filem tersebut kerana kapten pesawat sudah membuat pengumuman untuk mendarat. Sighh...:(

Petang tadi Jalak berbuka di rumah saja bersama mak dan abah. Nak pergi pasar Ramadan pun tak sempat sebab penat sangat sampai tertidur menjelang waktu berbuka. Tapi ok lah sebab dapat makan nasi ayam masakan mak. Esok dan hari-hari seterusnya Jalak akan serbu rumah makcik-makcik Jalak pula untuk berbuka. Maklumlah dah lama tak merasa air tangan mereka. Lagipun mak dan abah Jalak sudah khatam tadarrus di surau Kondok awal seminggu, jadi senang lah mahu diajak berjalan untuk berbuka puasa di mana-mana:)

Jalak: Bersiap sedia untuk perubahan fizikal selama sebulan!

2 comments:

  1. Bestnya Rusdy, memang puaskan dapat makan makanan Malaysia tambah pula mak sendiri masak..kita kalau dapat makan masakan orang memang sedap, kalau masak sendiri rasa semua tak sedap...sesekali gemuk apa salahnya, tengok abang ijat gemuk sepanjang tahun ok jer..he..he..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin