Awal-awal lagi sebenarnya Jalak dah plan untuk meluangkan masa berbuka puasa di masjid Turki berhampiran rumah Jalak. Kononya buat kali pertama dan terakhir. Yelah, selama menjalani ibadah puasa di bumi Hitler ini, belum pernah lagi Jalak berpeluang berbuka puasa di masjid. Ramai kenalan Jalak cakap, makanan di sana cukup memuaskan malah jika ada rezeki lebih, boleh ditapau pulang lagi. Paling penting, PERCUMA!
Al-kisahnya, hari yang Jalak set untuk berbuka di masjid adalah semalam (Jumaat). Tup tup tengahari semalam Jalak menerima sms dari Abg Sandy yang last minute request Jalak untuk belikan dia jersi FC Koln nombor 10, dengan nama Padolski tertulis di bahagian belakangnya. Pada fikiran Jalak pada mulanya, "Ah, bisa diatur!" Jalak fikir jersi itu mudah saja didapati di butik-butik yang menjual pakaian sukan. Ternyata jangkaan Jalak meleset. Jersi-jersi yang terdapat di butik-butik berhampiran rumah Jalak ini tidak mempunyai nombor apatah lagi nama si pemain!
Mengenangkan birthday Abang Sandy yang kebetulan jatuh pada hujung bulan ini, petang itu juga Jalak menaiki keretapi ke Koln selepas mendapatkan lokasi Fanshop FC tersebut melalui internet. Fanshop tersebut terletak di Rhein Energy Stadion.
Ok lah, at least terjejaklah juga kaki ke stadium ni..
Mujurlah di situ terdapat banyak jersi yang ready-printed nombor 10 bersama nama pemain sekali. Cuma masalahnya, Jalak terpaksa mengambil masa yang lama untuk pilih saiz yang sepadan dengan Abang Sandy. Banyak kali jugalah Jalak keluar masuk bilik persalinan untuk cuba pakai sambil membayangkan tubuh badan abang Sandy yang lebih kecil daripada Jalak. Akhirnya berjaya juga Jalak pilih saiz yang sesuai (saiz budak U.S umur 16 tahun punya). Harap-harap ngam lah.
Harga jersi lain..harga nombor/nama lain..pergh!!
Since Jalak dah terlepas train yang sepatutnye untuk pulang ke Siegen, jadi sudah tidak sempat lagi Jalak untuk sampai di Siegen sebelum pukul 8.00pm (waktu berbuka). Berkecailah harapan untuk berbuka di masjid. Hari ini ada jemputan berbuka di rumah Konsulat General. Esok pula ada majlis potluck Ramadan di Raunheim. Lusa Jalak akan berbuka di atas udara. Tulat dan seterusnya pula berbuka di kampung halaman. Nampaknya tak ada rezeki lah untuk merasa juadah berbuka di masjid Turki. Tipulah kalau Jalak tidak berasa sedikit ralat. Yelah, selama 2 tahun berpuasa di sini, rasa malas untuk berbuka di masjid. Pengajarannya, lain kali jangan ditangguh-tangguh. Tak kisahlah apa perkara sekalipun. Pengajaran lain juga, jangan request last minute. Mujurlah Jalak ini seorang adik yang budiman :D
Jalak: Tahun ni nak claim duit raya lebih daripada Abang Sandy!
Saturday, September 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment