Thursday, November 26, 2009

Pulangkan

Sejak 2 minggu lepas lagi Jalak sudah giat memunggah barang-barang di dalam bilik untuk tujuan shipping melalui teman Jalak yang akan pulang ke tanahair pada hujung tahun ini. InsyaAllah esok Jalak akan ke Frankfurt bersama dengan 2 beg bersaiz XL yang berisi pakaian dan barang-barang yang dibeli sepanjang 2 tahun Jalak di sini.

Imbas kembali detik awal semasa Jalak belajar di Siegen, Jalak memerlukan sejumlah fail yang banyak bagi memenuhi tuntutan bilangan subjek yang begitu banyak untuk 1 semester. Melihatkan harga fail yang mahal di Staples, Jalak terfikir untuk mengutip fail-fail yang terbuang di aras bawah salah sebuah bangunan di Universiti tempat Jalak belajar. Di ruang tersebut terdapat timbunan barang-barang terbuang tetapi masih dalam kondisi yang memuaskan untuk digunakan. Terima kasih kepada Pak Yanuar, seorang RA dari Indonesia yang memberi info tentang perkara ini kepada Jalak.
Photobucket
Itu cerita 2 tahun yang lalu. Minggu lepas ketika Jalak pergi ke tempat yang sama untuk memulangkan fail-fail tersebut, sudah tiada lagi ruang khas seperti yang terdapat suatu ketika dahulu. Sememangnya sudah lama Jalak tidak melintasi kawasan itu. Disebabkan fail-fail tersebut masih boleh lagi digunakan dan Jalak tidak bercadang untuk membawa pulang fail-fail itu ke Malaysia, Jalak berkeputusan untuk meninggalkan sahaja fail-fail tersebut di suatu tempat di mana terdapat cebisan kotak dihimpunkan.
Photobucket
Jalak harap akan adalah mana-mana pelajar yang akan mengambil dan menggunakan semula fail-fail yang telah banyak berjasa kepada Jalak. Sekalipun jikalau fail-fail itu dibuang oleh pihak yang menguruskan kebersihan seantero universiti, Jalak tidak boleh berkata apa-apa. Itu hak mereka. Jalak cuma cuba untuk memulangkan apa yang patut dipulangkan.


Jalak: Kalaulah MASA pun boleh di'recycle'..oh, mustahil!!

4 comments:

  1. selamat tinggal file yg berjasaaa itu! :D
    sure byk kenangan belajar ...semoga ada pengganti jalak nt..cian file2 tuh..hohoho

    ReplyDelete
  2. wei, lama giler tak menyinggah.. dah selesai dah perjuangan ko ek.. hehehe.. teruskan perjuangan seterusnya..

    boleh pulak aku terasa tertampar dengan tersentuh (pergh) dengan ayat, klu lah masa blh 'recycle', mustahil..

    ReplyDelete
  3. sambung phd di german lagi laaaaa jalak...

    ReplyDelete
  4. iurf: nanti saye check tempat tu balik,kot2 dah ghaib..hehe
    ayen =D: belum selesai la..banyak lagi x siap!
    ajzie: kalaulah Utem izinkan..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin