Monday, December 28, 2009

Plan B

Meskipun plan asal untuk trip kali ini tidak berlaku seperti yang dirancang, Jalak tetap berkeputusan untuk meneruskannya seorang diri. Ketika itu, beg serta barang-barang sudah siap packed. Dalam fikiran Jalak cuma memikirkan yang Jalak akan pergi vacation pada tarikh yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, walaupun plan B sangat tergesa-gesa, Jalak masih diberikan rezeki dan peluang untuk mendapatkan tiket perjalanan ekonomi untuk trip pergi dan balik :D

Pada hari Selasa lepas, as the only one last man standing, Jalak bertolak seorang diri ke Kaiserslautern (KL) untuk bermalam di rumah Kak Azi & Akmal sekeluarga. Tiba sahaja di KL Hbf, rombongan dari Homburg juga turut kelihatan. Maka meriahlah rumah Kak Azi malam itu dengan telatah kanak-kanak. Ditambah pula dengan kehadiran warga baru KL , Azmir yang turut hadir untuk makan malam di rumah Kak Azi bersama anak bongsunya. Sedang rancak berborak, rupanya Azmir merupakan senior Jalak di Kulliyyah of Engineering. What a small world! Oh ya, pada malam itu, tetamu dihidangkan dengan menu nasi tomato serta pasta oleh Kak Azi. Alhamdulillah, lazat lagi mengenyangkan! Terisi juga perut ini selepas puas ‘menikmati’ perjalanan lebih 5 jam dari Siegen ke Kaiserslautern.
Photobucket
Dah nak jilat jari..bila boleh soru ni??

Keesokan harinya, selepas menikmati sarapan bihun goreng, Jalak bersama Kak Azi serta Kak Iu sekeluarga bertolak ke Heidelberg yang memakan masa kurang lebih 1 jam setengah. Kami berkongsi bersama membeli VRN 24 Plus Ticket untuk ke sana. Setibanya di Heidelberg, kami berjalan-jalan sambil mencuci mata di sekitar bandar Heidelberg sebelum tiba di Old Bridge, yang merupakan sebuah jambatan lama menyeberangi sungai Neckar. Di situ juga kelihatan tandaan aras air yang pernah membanjiri kawasan sekitar sungai tersebut bertahun-tahun dahulu. Namun sekarang dengan sistem saluran perairan yang effektif, tiada lagi bencana banjir yang melanda penduduk setempat di kawasan ini.(-Jalak Lenteng, Majalah 3)
Photobucket
Photobucket

Kami kemudiannya menuju ke stesen tram untuk menaiki tram menuju ke Heidelberg Castle yang terletak di atas bukit.
Photobucket

Istana ini sebenarnya sudah kelihatan agak jelas dalam pandangan dari Old Bridge itu tadi. Suhu di atas bukit agak sejuk sedikit jika dibandingkan dengan suhu ketika berada di bawah. Mujurlah angin bertiup sepoi-sepoi bahasa sahaja. Kami masih berkemampuan untuk melawat sekitar palace garden sambil menikmati panorama indah bandar lama Heidelberg dari atas bukit.
Photobucket

Selepas berasa agak kesejukan, kami membeli tiket yang dijual berasingan untuk memasuki kawasan istana. Terdapat beberapa bilik pameran yang dibuka untuk para pelancong yang datang. Kami sempat mengunjungi sebuah dewan kecil yang mempamerkan tong-tong gergasi (barrels) yang digunakan untuk mengisi arak buat santapan raja-raja ketika zaman dahulu kala. Selain itu, kami juga melawat Muzium Farmasi serta menjejakkan kaki ke sebuah balkoni luas untuk melihat sekali lagi pemandangan bandar Heidelberg yang mengasyikkan dari sudut yang berbeza pula.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


Sebelum pulang ke KL, kami mengisi perut untuk makan malam di sebuah kedai yang bernama Prima Kebap, terletak berhampiran dengan Heidelberg Hbf. Setibanya kembali ke KL Hbf, kami masih berkesempatan untuk singgah di Weinachtsmarkt (Pasar Krismas) KL. Jalak benar-benar teruja kerana dapat membeli souvenir mugs untuk diberikan kepada pakcik Jalak (Pak Lang) yang pernah menetap di KL ketika melanjutkan pelajaran di peringkat PhD sekitar tahun 70an dahulu. Mungkin baginya, menjejakkan semula kaki ke KL tak ubah seperti down to memory lane, bak kata orang putih!
Photobucket

Oh ya, berhampiran kawasan Weinachtsmarkt tersebut, terdapat juga sebuah kawasan untuk bermain ice-skating. Jalak memang sudah lama berkeinginan untuk mencuba buat pertama kalinya, namun apakan daya masa dan keadaan sangat tidak mengizinkan. InsyaAllah Jalak pasti akan berpeluang untuk bermain ice-skating di tempat lain pula.

Malam itu, kami semua sekali lagi berkampung di rumah Kak Azi. Selepas puas menunggu kanak-kanak tidur (muehehehe), segala macam jenis jajan (makanan ringan) dikeluarkan untuk orang-orang dewasa. Walaupun kepenatan setelah seharian berjalan, itu tidak menghalang kami untuk berjaga sehingga lewat malam. Kami bersama-sama menonton filem Taken yang mempunyai jalan cerita sangat menarik sambil menikmati makanan ringan serta midnight PIZZA (wow!) oleh Kak Azi. Sekitar jam 2.30 pagi, barulah kesemuanya masuk beradu.

Keesokan paginya, selepas bersarapankan nasi lemak dan roti canai seperti di kedai mamak, Jalak mengikut Kak Iu & Arip untuk pulang ke Homburg. Kami berangkat seawal jam 8.30 pagi demi mengejar masa supaya tiket VRN 24 Plus yang dibeli semalam itu, masih sah untuk digunakan. Kalut jugalah sedikit pagi itu, namun semuanya berjalan dengan lancar. Jimat kos, yeah!

Setibanya di rumah Kak Iu & Arip di Homburg, kami terus bersiap-siap untuk ke Zweibrucken Designer Outlets. Perjalanan memakan masa kurang lebih 40 minit. Setibanya di sana, Jalak terus teringatkan Nilai 3. Konsep luarannya hampir sama. Walaupun kedai-kedai ditutup seawal jam 2.00 petang, Jalak masih sempat membeli kuali dan periuk berjenama Tefal serta cerek elektrik berjenama Krups untuk dibawa pulang ke Malaysia. Harga yang ditawarkan begitu menakjubkan! Rambang mata juga Jalak untuk memilih pada mulanya. Maklumlah, bukan forte Jalak sebenarnya dalam membeli cooking utensils sebegini. Cuma Jalak sedikit kecewa kerana bread maker yang dicari sudah kehabisan stok. Stok baru hanya tiba sekitar Januari nanti. Hmm, nampaknya Jalak perlu mencari inisiatif lain untuk mendapatkan bread maker yang mantap!Selain itu, di sana Jalak sempat juga membeli tali leher Esprit serta coklat bar berjenama Lindt.
Photobucket
Dapat lori mainan percuma! Jalak sempat pau 1 lagi lori extra and orang kedai tu cakap.."Du hast zwei kinder!!" sebelum masuk ke dalam stor untuk mendapatkan lori tu. Muahahaha...Sah muka dah macam bapak budak!

Setibanya kembali ke Homburg, dunia kelihatan sangat sepi dan sunyi. Semua kedai di pekan Homburg sudah ditutup. Pastinya penduduk-penduduk di sini dan juga serata Jerman sedang menghitung detik tibanya Hari Natal. Walaupun kepenatan dan tidak cukup tidur dari semalamnya, Kak Iu bertungkus lumus di dapur menyediakan nasi ayam bersama bihun sup untuk santapan makan malam. Terima kasih daun keladi, kenyang perut suka hati :-)

Keesokan harinya kami semua bermalasan di rumah sahaja. Tiada apa yang menarik boleh didapati di luar ketika itu. Hari itu merupakan cuti umum untuk negara Jerman. Melayan rancangan kanak-kanak di Cbeebies channel (UK) pun boleh menjadi sesuatu yang menarik. Sampai Jalak pun terikut-ikut Haziq dan Faris menyanyikan lagu “Caterpillar..Catepillar” Hahahaha!

Selepas dijamukan dengan kek buah dan air teh favourite Haziq, Jalak bersiap-siap untuk bertolak ke rumah Paan di Frankfurt. Banyak juga barang-barang yang perlu dibawa. Tak cukup tangan dibuatnya. Walaupun terlepas train yang sepatutnya (100% salah DB, bukan Jalak!) di Kaiserslautern, alhamdulillah Jalak masih berjaya mengharungi perjalanan dengan selamat hingga sampai ke destinasi yang sepatutnya. (Masih sempat juga menulis entri ini ketika bosan di dalam train). Dengan itu berakhirlah sudah Winter Trip untuk kali ini. Jutaan terima kasih Jalak dedikasikan buat Akmal, Kak Azi, Arip serta Kak Iu sekeluarga atas segala layanan serta hospitaliti yang disediakan. Jasa kalian amat Jalak hargai. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua..untuk bertandang ke Siegen pula? InsyaAllah :=)

Gambar-gambar ehsan daripada Kak Azi

Jalak: Dapat tahu elaun dah masuk ketika berada di KL..:))

7 comments:

  1. "Muahahaha...Sah muka dah macam bapak budak!"

    Mendalam statement tu! Muahahaha...apalagi, balik Mesia jgn bertangguh2 dah....

    Syok eh shopping kitchen utensils kat Zweibrücken tu? Uwaaa...bila mau pigi nih?

    ReplyDelete
  2. wahhh murah ke Tefal n Krups kat sana? berapa tuh?

    ReplyDelete
  3. Neny:
    no worries, u still have plenty of time to go n save money from now hehehe

    Ajzie:
    kettle Krups (1.6L) tu sonderpreis 20euro je.kuali 28cm jadi 15euro je.periuk 24cm skali ngan penutup 30euro.harga asal x ingat lak sebab pening memilih, sana sini kuali, periuk bermacam2 rupa dan harga..

    ReplyDelete
  4. sabo jek...sib bek dier tak nampak si piyah.. kalau x dier bagi lagi satu extra loriii..muahahahaha

    ReplyDelete
  5. iu rf:
    masa jalak mintak lori tu, budak2 dah ikut mak pak deorang masuk kedai Esprit..rugi tol, kalo x dapat 3 bijik lori :P

    ReplyDelete
  6. ^^hAAn^^:
    kurus tak le kurus bona der..tapi bole laa (",)

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin