Wednesday, April 29, 2009

Bukan Dejavu (Di Taman Teman)

Buat kesekian kalinya, Jalak bersama segerombolan pemastautin Melayu di Bumi Hitler bertandang ke Keukenhof yang menempatkan sebuah taman penuh dengan tulip-tulip hidup beraneka warna dan rupa. Sepatutnya kunjungan kali ini boleh diandaikan sebagai Dejavu buat Jalak kerana pernah ke sana pada tahun lepas. Akan tetapi, lain pula jadinya. Ada sahaja yang tidak kena dengan kunjungan kali ini. Bukan Dejavu tetapi haru-biru!

Antara sebab musababnya adalah:

#Perjalanan dari Aachen ke Keukenhof yang sepatutnya memakan masa 3 jam telah mencuri lebihan masa selama 1 jam dek kerana kesesakan lalu lintas sebanyak beberapa kali.

#"Blumencorso" (flower parade) tahun ini diadakan di tempat yang berlainan daripada tahun lepas.
PhotobucketMimik muka dan reaksi tubuh masing-masing menunggu perarakan bermula

#Jika tahun lepas bas parking betul-betul berhampiran dengan kawasan parade, kali ini kami terpaksa berjalan kaki menuju ke tempat kejadian.

#Penyertaan untuk perarakan kali ini agak hambar sehambar temanya, U.S (tak ada tema lain ke?) Mungkin ada kaitan dengan kegawatan ekonomi global sekarang ini.
Photobucket
PhotobucketAntara gambar-gambar perarakan yang sempat diambil

#Dek kerana masalah trafik juga, kami tiba di taman bunga pada jam 2.30 petang sedangkan bas perlu bertolak balik ke Aachen pada jam 6.00 petang!Kiralah berapa saja masa yang kami ada? Ditambah dengan lautan manusia di setiap pelosok taman dan juga masa untuk mengisi perut yang kelaparan.

#Kedudukan bilah-bilah kipas pada wind mill telah berubah menghadap ke kawasan rimbunan pohon. Sangat sukar untuk mendapatkan angle yang terbaekk.
PhotobucketHuh, ape kes?!

#Tidak sampai 50% pon dari keseluruhan kawasan taman dapat diterokai sampaikan ada yang terpaksa berkejaran mencari jalan keluar di sebalik celahan orang ramai yang terus menerus mengerumuni setiap inci taman menuju ke bas yang sedang menunggu masa untuk berangkat pulang.

Antara bunga-bunga yang sempat diambilkan gambarnya dalam masa yang terhad itu:
PhotobucketMoment sebelum budak ini menggigit telinga uncle itu :P
PhotobucketKesuraman warna bunga ini persis namanya sendiri i.e. "Queen of Night"

PhotobucketSejenis tulip yang diberi nama "Francoise"

Cukup. Lupakan yang pahit-pahit. Jom cerita yang manis-manis. Bak kata orang putih, "No pain no gain"

Ternyata ahli rombongan kali ini lebih ramai daripada biasa. Kalau lah boleh dipetik kuntuman bunga yang sedang mekar dalam taman tu, boleh la diandaikan rombongan ini persis rombongan meminang agaknya! ;D
Photobucket
PhotobucketAntara muka-muka Melayu yang kelihatan

Bak kata orang Melayu, makin ramai orang makin besar lah periuknya maka makin meriah lah bahan santapannya. Walaupun masa terlalu suntuk, perut masing-masing perlu diisi dengan lambakan makanan yang ada.
Photobucket

Juga terdapat beberapa benda baru yang terdapat di dalam taman ini seperti:
Photobucket
PhotobucketAishwarya Ray instead of Aishwarya Rai! Copyright matters barangkali!

PhotobucketPersis pulau kecil di tengah air

PhotobucketBunga-bunga yang membentuk Statue of Liberty (bahagian kepala sahaja)

PhotobucketKali ini Jalak dapat naik ke tingkat atas wind mill untuk mengambil gambar dari atas

Demikian lah sudah episod yang berbunga-bunga untuk kali ini. Ada yang sebusuk bunga tahi ayam, ada yang seharum bunga mawar. Yang baik jadikan tauladan, yang jahat jadikan sempadan. Terima kasih kepada Yus yang membuat urusan tempahan dan Nik yang sudi menghamparkan tilam untuk bermalam.

Jalak: Tak suka digelar Mat Bunga

4 comments:

  1. uit..cantik la gambar2 hang ni! Tu la, x cukup masa kan ari tu...kalau dr pagi dah sampai situ, puas ati jugak jalan2.

    ReplyDelete
  2. barang yang lepas usahlah dikenang kak neny..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin