Ketuhar gelombang mikro di dapur rumah Jalak sudah berminggu-minggu rosak. Nampaknya jangka hayatnya cuma dapat bertahan lebih dari setahun. Walaupun baru-baru ini Jalak ada menerima emel tentang risiko penggunaan microwave kepada kesihatan, tidak dapat tidak kita semua harus maklum bahawa teknologi sebeginilah yang sebenarnya memudahkan kehidupan kita seharian. Tentang kesahihan teori-teori yang dikemukakan melalui emel tersebut, wallahualam bi shawab.
Juga bersempena dengan slogan "Gaya Hidup yang Lebih Sihat" yang Jalak sedang praktikkan semenjak beberapa hari yang lepas, nampaknya Jalak tidak dapat lari daripada penggunaan microwave ini. Jalak sudah mempunyai rutin pemakanan yang baru iaitu tidak mengambil makan malam yang berat selepas pukul 5 petang tetapi hanya makan nasi dengan secukupnya pada waktu tengahari. Ironinya rutin tersebut tidak sama dengan teman-teman serumah yang lain kerana kami hanya bergilir-gilir memasak untuk dinner sahaja setiap hari. Jadi Jalak sangat memerlukan microwave untuk memanaskan lauk-pauk yang telah dimasak pada malam sebelumnya untuk lunch.
Dipendekkan cerita yang sudah hampir panjang ni, semalam Jalak telah ke Media Markt untuk membeli sebuah microwave yang baru untuk jangka masa panjang. Disebabkan teringin untuk membawanya pulang ke tanahair suatu hari nanti, Jalak memilih microwave buatan Jerman sebagai kenang-kenangan. Inilah souvenir terbesar pernah Jalak beli buat masa ini. Terima kasih kepada Nazrin kerana membantu Jalak mengusungnya dari kedai ke rumah.
Ada tertulis Germany di bawah jenama Caso
Selain daripada itu, Jalak tertarik dengan multifunctionality, kapasiti dalaman serta rekaan luarannya yang cukup elegant.
Antara menu-menu yang boleh dicuba satu hari nanti!
Langkah kanan atau kiri?! Sempena dengan pembelian microwave ini, Jalak turut dihadiahkan baucer pembelian bernilai 30 Euro untuk masa akan datang. Mula-mula ketika diberitahu tentang berita menarik ini, Jalak tersentak sekejap kerana Jalak baru sahaja membeli iPod shuffle pada minggu dan kedai yang sama! Alangkah baiknya jikalau Jalak dapat menggunakan baucer itu untuk pembelian iPod shuffle pada masa itu. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.
Kenapa iPod shuffle? Untuk mengisi kebosanan ketika berlari di atas running machine sebenarnya..
Kadang-kadang bubur pon sedap juga!!Dengan adanya baucer ini, buat masa ini Jalak berfikir untuk membeli deep fryer pula. Bersiap sedialah nanti kena cari kontena untuk hantar barang-barang ke Malaysia..
Hmm, mungkin ada yang tertanya kenapa Jalak tiba-tiba nak concern pasal pemakanan ni? Jawapannya mudah saja. Memandangkan semester ini Jalak sudah tidak mempunyai sebarang kelas untuk dihadiri, maka saban hari Jalak hanya terperuk di rumah tanpa melakukan banyak pergerakan yang boleh membakar kalori. Jalak tidak mahu 'kejadian' selepas tamat SPM dan terperap di rumah selama 3 bulan berulang lagi. Itu aje!
Jalak: Nak hadiah selain daripada item-item di atas "on the day" nya nanti..
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah jalak.. dpt teman baru.. next time leh masak sedap2.. leh bawak ke sini..hihihi
ReplyDeleteaduhai kak ayu, harapan setinggi langit tu, grill nuggets boley la kot..
ReplyDelete