Wednesday, April 8, 2009

Toyol Halal

Seingat Jalak, tak pernah lagi Jalak membawa 'Toyol' ke dalam dewan peperiksaan semasa menuntut di UIAM dulu. Semasa kuiz atau 'pop-kuiz' ada rasanya sekali dua tapi bukan 'Toyol', buka buku terus!
Pengalaman belajar di Jerman ini membawa Jalak ke satu anjakan yang agak menarik untuk dipraktikkan terutamanya bagi matapelajaran kejuruteraan yang membabitkan terlalu banyak rumus dan deifinisi. Semasa peperiksaan akhir Actorics, calon dibenarkan untuk membawa maksimum EMPAT mukasurat yang mengandungi sebarang maklumat yang boleh membantu calon dalam menjawab soalan peperiksaan. Syarat utama yang dikenakan adalah; semua maklumat tersebut hendaklah DITULIS, bukannya 'printed'! Motif? Sangat masuk akal; untuk kebaikan calon itu sendiri semasa menjawab soalan. Bayangkan andainya 'Toyol' yang dibawa olehnya itu daripada salinan orang lain atau 'copy paste' daripada skrip pensyarah, Jalak pasti calon itu akan mengambil masa yang lama untuk membelek helaian kertas 'Toyol' itu lantas masa terbuang begitu sahaja.
Bagi mereka yang masih lagi samar-samar bagaimana rupanya 'Toyol' yang Jalak maksudkan ini, sila amati gambar di bawah betul-betul. Kalau perlu, besarkan gambar ini.
Photobucket
Jadi cuba bayangkan anda adalah calon itu dan meminjam 'Toyol' ini daripada Jalak,dengan tulisan yang kecil dan rapat-rapat (untuk memaksimakan ruang yang ada),bolehkah anda mencari apa yang anda inginkan semasa peperiksaan?? Sangat tak praktikal bukan?
Pensyarah Jalak juga pernah beritahu tentang kebaikan sekiranya kita sendiri yang menulis 'Toyol' ini. Contohnya semasa kita sedang menulis menggunakan 'font' yang standard, tiba-tiba ruang kertas kehabisan sedangkan masih ada lagi maklumat penting yang perlu dititipkan. Untuk selamat, kita akan mengulang tulis semua maklumat itu tadi menggunakan 'font' yang lebih kecil. Kali kedua kita menulis, maka lagi mudahlah apa yang ditulis itu diserap ke dalam otak walaupun bukan 100%, memadai hanya 50%. Setuju?
Mujur bagi 'Toyol' Actorics ini, Jalak menulisnya cuma sekali kerana Jalak mengambil pendekatan paling selamat dengan menulis rapat-rapat dengan 'font' yang kecil tapi masih boleh dibaca dengan mata kasar. Tak terbayang oleh Jalak sekiranya Jalak perlu menulis untuk kali kedua sebab bilangan PEN yang Jalak gunakan bukannya kecil-kecil anak! Sebagai bukti, kiralah sendiri berapa banyak WARNA yang Jalak gunakan. Mengerikan bukan? Bagi Jalak, penggunaan warna yang berbeza untuk nota pendek adalah sesuatu yang wajar dipraktikkan agar mudah digunakan pada kemudian hari.

Jalak: Meniru ibarat menipu diri sendiri

2 comments:

  1. hehehehe

    saya ade jugak menipu dlm test o kuiz

    tp dlm exam xpenah

    **JUJUR

    ReplyDelete
  2. bagus..sebab dalam exam kalo kantoi terus kena halau kan?bahaya2..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin