Sunday, April 12, 2009

Sandiwara Air

Seperti yang dijanjikan, ini dia entri khas untuk "Trick Fountain" atau dalam bahasa German diistilahkan sebagai Wasserspiele. Pengalaman baru buat Jalak dan susah untuk diterjemahkan dengan hanya kata-kata mahupun gambar yang statik sahaja. Oleh itu Jalak tampil dengan menayangkan beberapa klip video yang yang sempat Jalak rakam ketika menyaksikan persembahan ini.

Video 1:
Pemandu pelancong menjemput seorang pelancong untuk duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di sekeliling sebuah meja dan memulakan persembahan yang pertama.

Fuhh..mujur budak itu memilih untuk duduk di kerusi yang dia duduki itu. Jika dipilihnya kerusi yang lain, basah kuyup lah jawabnya. Siapa nak jawab?

Vidoe 2:
"Mechanical Theater" yang menggabungkan kurang lebih 200 karakter yang digerakkan oleh kuasa air.Lebih menarik, alunan muzik oleh organ juga dipandukan oleh kuasa air!


Vidoe 3:
Jalak sendiri namakan sebagai "Fountain Passageway" kerana pancutan air dari kiri dan kanan masing-masing bergabung membentuk sebuah laluan bagi para pelancong. Sekiranya consistent pressure dikenakan, siapa sahaja yang melintasi laluan ini tidak akan basah sedikit pun! Dengan syarat, orang itu tidaklah terlalu tinggi melebihi tinggi titik pertemuan pancutan dari kiri kanan itu.


Video 4:
Paling happening!! Begitu hebatnya daya yang dikenakan oleh air hingga boleh mengapungkan sebuah metal crown melambangkan naik turunnya kuasa pemerintahan di raja pada zaman dahulu.

Maaf, Jalak terlupa berapa berat crown itu!

Nampaknya, ini sahaja antara rakaman menarik yang sempat Jalak rakamkan. Bukan satu kerja yang mudah sebenarnya kerana dalam waktu yang sama Jalak harus peka dengan 'ancaman' sekeliling daripada paip-paip halus yang tersembunyi. Pada bila-bila masa sahaja pemandu pelancong itu boleh menekan butang pada remote control yang berada di tangannya untuk mengenakan para pelancong yang sedang khusyuk menyaksikan persembahan dan penerangan daripadanya.
Oh tidak, jangan harap lah Jalak nak bocorkan rahsia area mana yang agak berbahaya sebab Jalak sendiri sudah terkena!Habis basah seluar Jalak pada bahagian peha sampai orang lain boleh terfikir yang Jalak dah terkencing dalam seluar. Aduh!!

Jalak: Tak suka bersandiwara

4 comments:

  1. salam rusdy.. lama x dgr kahabr.. lama lagi ka hang di jerman tu ?

    .. blog ni pun best ... sebab aku x pernah p sana.. tapi hang dah p.. jadi bleh tgk gambar2 yg best kat sana...

    ReplyDelete
  2. salam gimon..nice to hear that.
    insyaAllah by end of this year balik lah aku..
    kalo ade rezki, stay lagi la kat sini :D

    ReplyDelete
  3. Gile la skang ni gune name jalak lenteng.. aku ade mp3 lagu orijinel jalak lenteng.. buleh buat bgroung music hg. nak? ekekeke

    ReplyDelete
  4. ishh..bio beno!takpela cukup la nama je dah klasik, kang b/ground music pon klasik out-to-date lak blog aku nanti..anyway thanks bro!

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin