Tuesday, April 7, 2009

Gah Di Mata Dunia

Menakjubkan! Dalam tempoh kurang dari seminggu, Jalak sempat menjejakkan kaki ke dua buah stadium yang begitu gah di mata dunia terutamanya di kalangan peminat fanatik sukan bolasepak. Pada pengamatan Jalak, masing-masing mempunyai keistimewaan dan cerita yang tersendiri.

Pada 27 Mac 2009, buat julung kalinya Jalak berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi, apa yang dinamakan 'stadium' dalam erti kata yang sebenar. Semestinya pengalaman menonton perlawanan di 'stand' tidak sama dengan pengalaman menerokai setiap inci stadium sambil diberikan penerangan oleh 'tour guide' bertauliah. Apatah lagi, stadium yang dimaksudkan adalah Old Trafford, stadium tuan rumah Manchester United (MU), salah sebuah pasukan gergasi dalam arena bolasepak dunia.
Photobucket
Di pintu masuk utama stadium yang boleh memuatkan 76,000 penonton

Sementara menunggu berlangsungnya 'tour' seperti yang telah ditetapkan, Jalak meluangkan masa melawat muzium MU yang terletak di bangunan yang sama. Sudah namanya muzium, tentulah banyak info yang dipaparkan berkaitan dengan sejarah dan perkembangan semasa tentang MU. Info yang berguna buat Jalak yang selama ini mengenali atau mendengar MU hanya pada nama.
Photobucket
Hmm..dah lebih 10 tahun

Photobucket
Keratan akhbar tentang MU

Photobucket
Nama-nama pemain terpahat di dinding mengikut tahun

Cukuplah dahulu serba sedikit info berkaitan MU. Sekarang tibalah yang dinanti-nanti. Sungguh mengujakan! Saat Jalak dibawa masuk ke tempat duduk penonton, terdetik satu perasaan yang sukar untuk diceritakan. Cantik. Canggih. Ada 'class'!
Photobucket

Jalak kemudiannya dibawa ke 'Players Lounge' di mana pemain (hanya PEMAIN,tanpa jurulatih!) beristirehat sebelum perlawanan bermula sambil menonton TV,membaca surat khabar atau meluangkan masa bersama famili. Secara tidak langsung ini dapat mengeratkan lagi persefahaman di kalangan pemain. Juga terdapat sebuah mini-bar di sini di mana para pemain boleh mendapatkan minuman secara percuma.
Photobucket
Jalak berpeluang melabuhkan punggung di kerusi empuk yang pernah diduduki oleh bintang-bintang MU.

Jalak turut dibawa melawat ke 'Dressing Room' di mana tergantungnya jersi-jersi para pemain.
Photobucket
Jersi Nani dan Ronaldo digantung saling bersebelahan supaya mudah bagi mereka berborak menggunakan bahasa ibunda yang sama.

Photobucket
Kemudahan untuk Alex merencana strategi untuk anak-anak buahnya sebelum perlawanan dan semasa 'half time'.

Gambar di bawah ini pula menunjukkan papan yang membariskan nama-nama penaja pasukan ini. Jika anda perasan, ia sering digunakan sebagai 'background' ketika pemain atau jurulatih ditemubual oleh wartawan.
Photobucket

Photobucket
Ini pula tempat duduk barisan pemain simpanan. Sekali pandang persis 'driver seat' kereta. Memang selesa!

Akhir sekali, Jalak sempat melihat padang rumput yang bewarna hijau itu dari dekat malah dapat juga Jalak menyentuh rumput yang berada di bahagian tepi padang. Jika tidak diberi amaran lebih awal, sudah lama Jalak cabut rumput untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Photobucket

Tanggal 1 April 2009 pula, Jalak terbang ke Munich untuk melawat Allianz-Arena, stadium tuan rumah Bayern Munich. Disebabkan penerbangan menaiki Germanwings dari Cologne terlewat satu jam lebih, Jalak terlepas peluang untuk mengikuti 'stadium tour' yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris (hanya sekali sehari). 'Tour' berikutnya (dalam bahasa German) pula baru sahaja bermula 5 minit sebelum Jalak sampai di pintu stadium. Oleh kerana faktor masa, Jalak dan teman-teman mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar kompleks stadium di tingkat atas untuk membeli barangan cenderahati Bayern FC untuk dibawa pulang.

Walaubagaimanapun, pada pengamatan Jalak, berbanding dengan Old Trafford, keunikan Allianz Arena teretak pada rekabentuk luarannya. Jadi tidaklah sampai tahap Jalak berasa kecewa atau sebagainya.
Photobucket
Cuma sayang kerana Jalak dikhabarkan stadium ini akan berkilau-kilauan dengan cahaya pada waktu malam. Apakan daya, telan sajalah. Harapnya gambar di poskad yang Jalak beli bisa mengubat perasaan itu.
Photobucket

Jalak: Malaysia Boleh!

5 comments:

  1. walaupun tak ikut sgt cite2 bola ni.. tp post ni menarik sangat!

    ReplyDelete
  2. menarik ke?tq..so tak yah la pegi sana dah, baca kat sini je muahaha

    ReplyDelete
  3. bru tgk majalah 3..
    cite psl mancester nih..
    sme pulak kan!
    yg sme die org mesia jelajah mancester

    ReplyDelete
  4. ish tv3 ni takde modal tempat lain ke nak wat coverage? tercabar nih!

    ReplyDelete
  5. hahahaahah..
    tv3 ikut je bontot TVRUSDI

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin