Tuesday, June 30, 2009

Rindu Terhenti

Terubat sebentar rasa rindu pada kampung halaman tatkala menatap gambar-gambar yang dikirimkan oleh sepupu Jalak pada weekend yang lepas. Tiap kali apabila Jalak menelefon abah bertanyakan khabar, salah satu cerita yang tak lekang dari bibir abah ialah KEBUN. "Baru balik dari kebun ni ha..", "Tadi singgah kebun kejap", dan yang paling tak tertahan "Tengah makan durian ni haaa!" P,,,

Sebuah kebun milik keluarga yang terletak di Planter's Heaven, tidak jauh dari rumah Jalak di Nilai, Negeri Sembilan. Kebun yang luas ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dikongsi oleh abah bersama adik-beradiknya yang lain.
Photobucket
Kawasan kebun yang selalu diracun supaya nampak bersih..

Hakikatnya itulah aktiviti tetap mak dan abah sementelah masing-masing bersara dan berpindah ke kampung abah di Nilai. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dahulunya abah merupakan seorang anak Felda. Sebagai anak lelaki sulung di dalam keluarga, abah kerap membantu arwah Tok melakukan kerja-kerja di ladang. Alhamdulillah kini semuanya telah terbayar..

Berbalik kepada cerita kebun, sekarang banyak betul perubahan yang berlaku di sekitar kawasan kebun. Kali terakhir Jalak menjejakkan kaki ke sini ketika pulang berhari raya pada tahun lalu.
Photobucket
Jalan yang dahulunya dipenuhi tanah liat, kini sudah pun disalutkan tar.

Photobucket
Jika dahulu, Jalak hanya berani parking nun jauh di atas sana, kini apa jua jenis kereta bisa menuruni bukit dengan selamatnya terus ke kawasan kebun.

Photobucket
Titi baru menggantikan titi lama yang sudah roboh dek kerana hakisan tanah. Ya, kawasan sungai makin melebar!! Abah turut mengempang air dengan batu supaya kanak-kanak dewasa pon boleh berendam :D

Photobucket
Bila lah dapat rasa limau madu Cik Ali ni..

Photobucket
Ini pula kebun pisang abah. Rindu nak makan pisang goreng P,,,

Photobucket
Selain pisang, abah turut menanam jagung. Ini batch yang baru ditanam. Jalak pulang nanti barulah jagung-jagung ini boleh dipetik!

Photobucket
Kolam ikan abang Jalak yang baru dibuat. Jalak pulang nanti barulah ikan-ikan di dalamnya ready untuk dibakar!

Photobucket
Ah! Inilah dia masterpiece abah! Berbulan-bulan abah membanting tulang membina pondok comel ini untuk berteduh dari panas dan hujan.

Photobucket
Mak : Sedy, balik lah.Pisang ni mak nak goreng untuk Sedy..
Sedy: ....


Aduhai, berkaca pula mata tatkala menulis entri kali ini. Nampaknya rindu terhenti buat seketika sajalah. Mana mungkin Jalak boleh berhenti merindu pada keluarga dan kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan!


Jalak: Hanya seorang budak kampung.

Tuesday, June 23, 2009

Mimpi Itu Membunuhku!

Bak kata golongan cerdik pandai, mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan, atau indera-indera lain dalam tidur. Orang tua pula berkata, sesebuah mimpi itu memberi sesuatu petanda. Misalnya mimpi dipatuk ular membawa erti bahawa si pemimpi itu akan bertemu jodohnya tidak lama lagi.

Kebetulan, Jalak pernah memuat naik sebuah entri yang bertajuk "Malam Ku Bermimpi" yang bertarikh 16 Jun 2009. Di situ Jalak berkongsi pengalaman mimpi yang Jalak lalui ketika tidur pada malam sebelumnya atau sehari sebelumnya. Maaf, Jalak kurang pasti. Entri itu menceritakan Jalak telah ditembak oleh anasir bersenjata selepas Jalak selamat diijabkabulkan. Memang suatu mimpi yang sangat PELIK dan KELAKAR juga pada fikiran Jalak pada ketika itu.

Rupa-rupanya seminggu selepas itu barulah Jalak dapat memahami apa yang mahu dikhabarkan melalui mimpi tersebut. Jalak baru sahaja mendapat tahu bahawa kad kredit Jalak telah 'dilacurkan' oleh si polan yang tidak bertangunggjawab. Terdapat dua buah transaksi pembelian tiket penerbangan masing-masing melalui Turkish Airlines dan Gulf Air yang berada di luar pengetahuan Jalak. Harganya mencecah RM6090.51!! Jalak terus tersentak kekeliruan. Terasa darah mengalir begitu deras. Lantas Jalak dapatkan kad kredit daripada dompet. Ya, ia masih tersemat baik pada kedudukan yang sepatutnya. Seakan sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku, Jalak terus menghubungi pihak bank lalu dibekukan akaun tersebut dengan serta merta. Menurut pegawai bertugas, sebenarnya terdapat sebuah lagi transaksi melibatkan pembelian tiket penerbangan dengan KLM namun ia telah dibatalkan secara automatik memandangkan ia sudah melampaui had kredit.

Apa yang Jalak cuba kaitkan dengan mimpi tersebut, transaksi pembelian tiket itu berlaku pada 15 dan 16 Jun 2009! Ya, hakikatnya pada ketika itu juga Jalak telah 'ditelanjangkan' itu oleh anasir yang bersenjatakan otak busuk!! Juga jumlah wang yang terlibat bisa menjadi sebahagian daripada wang hantaran ketika Jalak mahu diijiabkabulkan suatu hari nanti.

Apa pun yang terjadi, Jalak tetap menganggap peristiwa mimpi dan nyata ini hanyalah suatu kebetulan. Benar, kebetulan yang menyakitkan! Mungkin terjadinya mimpi tersebut hanyalah semata-mata untuk 'menambah perisa' kepada cerita di alam nyata. Ketahuilah bahawa setiap yang berlaku itu adalah berlandaskan Qada' dan Qadar. Andainya mimpi itu tidak wujud sekalipun, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun, sebagai hambaNYA kita masih boleh berusaha sedaya mungkin seraya berdoa kerana dengan limpah rahmatNya, Allah mampu mengubah nasib kita. Amin ya rabbal a'lamin!


Jalak: Pernah bermimpi disengat lipan, bukan ular!

Sunday, June 21, 2009

Desi Party

Malam tadi Jalak telah dijemput untuk menghadiri sebuah Desi Party yang dianjurkan oleh teman-teman dari India, Pakistan dan juga Bangladesh.
"Desi (or Deshi; pronounced [ˈd̪eːsi] or [ˈd̪eːʃi], Bangla: দেশী, Hindi: देसी, Marathi: देशी, Telugu: దెశీ, Tamil: தேசி, Urdu: دیسی, Punjabi: ਦੇਸੀ) refers to the people and culture of the South Asian diaspora"[Wikipidea]

Jika sebelum ini, mereka dengan gembiranya telah hadir ke majlis hari raya di rumah Jalak, ini lah masanya untuk Jalak membalas kunjungan seadanya untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang budaya dan makanan masyarakat Desi ini. Parti tersebut diadakan di sebuah bar yang terletak di dalam bangunan asrama pelajar universiti. Sempat juga lah menyelinap masuk ke bilik seorang teman yang menetap di situ sementara menunggu makanan tersedia untuk para jemputan.

Sebelum majlis bermula, teman Jalak yang bernama Majid membawa Jalak ke tempat di mana hidangan diletakkan sambil memperkenalkan satu persatu hidangan tersebut secara sepintas lalu. Maaflah, ada nama-nama baru yang Jalak tak biasa dengar sangat. Jadi agak sukar untuk mengingati satu persatu nama hidangan tersebut. Yang penting, Jalak diberitahu bahawa semua hidangan tersebut adalah HALAL untuk dimakan. ALhamdulillah..murah rezeki Jalak malam itu.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil-wakil dari Studentenwerk yang memberi sokongan berbentuk kewangan kepada penganjuran parti ini.


Sekitar jam 9.00 malam, barulah majlis makan-makan bermula. Seperti biasa, kenalah beratur awal jika tidak mahu kehabisan makanan.
Photobucket

Photobucket
Oh ya, mamat yang baju hijau tidak berambut ini pernah tinggal di Malaysia. Makanan kegemaran beliau di Malaysia adalah NASI GORENG AYAM!! Hahaha, ingatkan Nasi Ayam ke, Laksa ke, paling tidak pun Nasi Lemak!

Makanan yang dihidangkan semuanya enak-enak belaka. Maklumlah, lidah orang Malaysia tidak kurang samanya dengan orang india. Rasa seperti makan di mapley.PERCUMA!!
Photobucket
Pakora..macam cucur udang tapi tak ada udang!

Photobucket
Yang ini tak silap Jalak, kurma Kambing. Memang mantap!

Photobucket
Pergh..ayam masala! Sekejap je dah berbaki separuh!

Photobucket
Ada nasi beryani rupanya. Juga sejenis masakan kentang berempah

Photobucket
Teman sekelas Jalak, Patel yang masak makanan ini. Yang ada topping biji gajus tu namanya Manir Mutur. Satu lagi namanya Dal Makhni

Photobucket
Gulab Jambun, adik-beradik kepada Laddu. Yang penting, tetap MANIS!

Kebiasaannya memang Jalak tak ambil makan malam. Tetapi apabila tiba pada situasi begini yang dikategorikan SUSAH UNTUK DIDAPATI pada waktu lain, terpaksalah melanggar adat. Nobody's perfect :P

Photobucket
First round

Photobucket
Second round..alhamdulillah. Kenyang sangat! Bak kata orang nogori, 'honggeh'!

Sebenarnya acara makan-makan bukanlah agenda utama Jalak berkunjung ke parti ini. Sebenarnya sudah berbulan-bulan jugalah Jalak tidak berjumpa dengan teman-teman sekelas Jalak di universiti. Maklumlah zaman menghadiri kuliah telah lama berakhir sesudah semester lepas. Masing-masing buat hal sendiri sekarang ini. Jadi inilah masanya untuk catch up perkembangan terbaru masing-masing. Tambah menarik, Jalak telah dapat maklumat lanjut tentang sebuah peluang pekerjaan. Lumayan juga bayarannya. Akan Jalak fikirkan, adanya.

Photobucket
Bersama Mahesh, Mehboob dan Patel

Photobucket
Bersama Patel dan juga Prakash, senior Mekatronik yang bekerja di Dusseldorf

Photobucket
Nazrin, Dd dan si kecil Aina pun turut hadir. Jadi agak TERHAD lah sedikit pergerakan Jalak malam itu :P

Selepas masing-masing kekenyangan pada malam itu, kami pun pulang ke rumah. Bukannya apa, style orang-orang di sini, the REAL party starts after meal. Untuk mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku, eloklah balik :)


Jalak: Peminat filem Hindustan.

Saturday, June 20, 2009

Lagi Lanjutan E Halal (Video)

Sila tonton ceramah tentang E-code ini melalui rakaman video di bawah. Kemudian terserahlah pada pemikiran masing-masing untuk menilai. Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah SWT.



Oh ya, pesanan terakhir. Berhati-hati dengan kedai yang menulis
"Kami menjual babi 50%" kat sini !"

Jalak: Jika mahu makan pon, berpada-padalah juga..

Friday, June 19, 2009

Lanjutan...E Halal

Maaflah di atas 'kecacatan' informasi pada entri sebelum ini. Terima kasih buat yang bertanya hingga memaksa Jalak untuk mendapatkan bukti bertulis di atas apa yang Jalak telah perkatakan. Betul sangat lah tu. Perkara begini bukan boleh bermodalkan air liur sahaja. Perlu ada bukti. Jadi di sini ingin Jalak kongsikan kepada sesiapa yang bertanya.

Dengan segala hormatnya, sila rujuk ke European Council for Fatwa and Research. Kemudian download Fatwa Book 1 yang tertera di tengah-tengah monitor anda. Terus rujuk kepada Fatwa 34. Mahu baca Fatwa-Fatwa yang lain pun, aiman tak kisah..

Kepada sesiapa yang mempunyai kapasiti gerakan tetikus yang sangat terhad, terus sahaja bacaan anda di sini kerana Jalak sudah tampalkan Fatwa yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan sekarang di bawah ini.

Fatwa (34)
Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter "E" and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari'a ruling on such foods?
A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin:
First: compounds of artificial chemical origin.
Second: compounds of vegetal origin
Third: compounds of animal origin
Fourth: compounds dissolved in Alcohol
The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following:
The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.
The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called "chemical transformation". This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal.
As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter.
Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do.
[Second Session]


Hmm..bagaimana? Bila pula mahu belanja Jalak makan aiskrim?! Setkan saja tempat dan masa ok!


Jalak: Falsafah ilmu; untuk dikongsi :)

Wednesday, June 17, 2009

E Halal!

Alhamdulillah..perkara yang Jalak pernah fikirkan selama ini membuahkan kenyataan yang menggembirakan akhirnya. Selama berada di bumi Hitler ini, Jalak tidak pernah memakan atau membeli aiskrim mahupun kek serta puding yang dijual di pasaraya tempatan. Jika ada pun, hanyalah aiskrim yang mempunyai simbol BIO yang membawa erti sumber-sumber semuanya daripada tumbuhan. Semuanya kerana Jalak berpegang kukuh pada konsep E-code sedari awal semasa Jalak mula-mula menjejakkan kaki ke sini. Senarai E-code tersebut senantiasa tersemat baik di dalam dompet sebagai rujukan sebelum membeli barang.

Kadang-kala tergugat juga iman apabila melihat sekumpulan gadis Turki yang bertudung. Ops, nanti dulu. Jangan salah faham! Tergugat iman melihat mereka sedang menikmati aiskrim Magnum yang dibeli di salah sebuah kiosk di kampus. Ketika itu hati Jalak berbisik, "Mereka tidak tahu-menahu tentang E-code ini gamaknya"

Ada juga situasi di sebuah majlis hari jadi anak kepada teman Jalak, kelihatan tetamu yang terdiri di kalangan pelajar Diplome di sini membawa sebekas aiskrim Movenpick untuk dihidangkan kepada tetamu. Jalak hanya memandang tetamu-tetamu lain menikmati detik-detik indah menikmati setiap suapan aiskrim ke dalam mulut mereka. Malah fikiran Jalak makin bercelaru.

Jalak ada juga menyuarakan kekeliruan yang bermain di fikiran ini kepada teman-teman yang sudah lama bermastautin di sini. Penjelasannya masih samar-samar. Apabila bermain dengan sesebuah kekhilafan, Jalak sedar Jalak harus berpegang kepada pengetahuan atau informasi yang Jalak betul-betul yakini. Walau sekelumit rasa was-was sekalipun, semuanya tidak akan berguna lagi.

Pernah juga tetamu membawa kek sebagai buah tangan ke rumah Jalak. Apabila diamati kandungannya, jelas mempunyai E-code yang pada masa itu bagi Jalak, adalah tidak halal untuk dimakan.

Akhirnya, apa yang diimpikan Jalak selama ini menjadi nyata! Baru-baru ini, selepas pulangnya Jalak dari Mesir (kerap juga Jalak menikmati aiskrim di sini), Jalak telah diberitahu oleh teman serumah satu perkhabaran yang bisa membuatkan Jalak tersenyum sampai ke telinga :)
Semua jenis E-code adalah HALAL untuk dimakan. Mengikut fatwa Persatuan Muslim Eropah, apa jua sumber kepada E-code ini, setelah ianya telah melalui proses kimia bersama-sama elemen-elemen yang lain sehingga tidak lagi menampakkan sifat zahir asalnya, adalah HALAL untuk dimakan.

Sesiapa yang mengikuti ceramah UZAR tempoh hari, sila clarify kan ya. Mana tahu ada penerangan yang tidak kena di sini.


Sekarang ini musim panas. Tiap-tiap hari rasa seperti mahu makan aiskrim. Tetapi bila dah kerap sangat makan, dah rasa seperti muak pula. Itulah namanya manusia, bukan?
Masakan tidak, sekali bantai mahu seperti yang ini ha!
Photobucket

Jalak: Aiskrim, kek, lemak!

Lebih Daripada Sebuah Parti

Sabtu lalu Jalak dijemput untuk menghadiri parti hari lahir si kembar Adik & Kakak, anak dara sunti Zul dan Kak Neny di Raunheim. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Matt yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek oleh si kembar. Kelakar sungguh apabila sedang asyik mengambil gambar, tiba-tiba daun hiasan pada kek harijadi telah disambar api lilin. Hahaha! Mujurlah sehelai sahaja yang sempat terbakar.
Photobucket
Photobucket

Antara menu yang terhidang enak di atas meja adalah nasi minyak bersama ayam bakar, kuah dalca, roti canai (Parata), kueh karipap, kueh bom, bubur cacar, buah strawberry yang segar dari ladang serta TIGA jenis kek yang berbeza daripada rasa dan warna! Wow, meriah sungguh!
Photobucket

Ramai juga tetamu yang hadir dan ramai juga di kalangan mereka yang Jalak kenali. Mujurlah cuaca padi hari itu SANGAT baik! Lantas ada yang bersila sambil makan-makan di balkoni yang luasnya seperti sebuah bilik. Ada pula yang selesa melepak di ruang tamu untuk menonton filem Duyung dan juga Kungfu Panda sambil ulang-alik menambah di meja buffet yang berdekatan tanpa sekelumit pun rasa segan silu.
Photobucket

Menjelang senja, tetamu mula beransur-ansur pulang. Atas sedikit masalah teknikal, permainan Wii tidak dapat dijalankan. Bagi menghangatkan suasana, Kak Liza telah 'mengenakan' beberapa orang tetamu termasuk tuan rumah. Begini ceritanya. Sesiapa yang mencabut kad bersimbolkan Queen, maka dengan rasminya orang itu WAJIB ke dapur bagi menyediakan lauk-pauk untuk makan malam. Persis cabutan beracun jugalah, tetapi dengarnya susunan kad-kad tersebut telah dirancang oleh Kak Liza untuk mengenakan orang-orang tertentu :P

Keputusannya, Jepp perlu memasak gulai ikan masak lemak tempoyak, Zul selaku tuan rumah pula sebagai assistant bebas di dapur sementara Dila bertanggungjawab membuat sambal belacan serta sayur goreng. Kasihankan Jepp yang kelihatan blur pada masa itu, Jalak menawarkan diri untuk memberi arahan di dapur. Siapa tak kasihan, baru potong bawang dah meleleh air mata hahaha!
Photobucket
Jalak: Schnell schnell! Serai bila mau ketuk?!
Jepp: Menyesal aku patah balik sini (@*#%^%$^@!!)


Photobucket
Gaya orang lelaki memotong bawang. Anak-anak dara di luar sana, DONT try this at home!!

Alkisahnya Jalak pernah ada pengalaman menjadi assistant kepada Kak Dora memasak gulai ayam masak tempoyak di Schwalbach suatu ketika dahulu. Cuma bezanya kali ini bukan ayam tapi IKAN serta berSANTAN. Jadi agak logik juga lah dari segi saintifiknya ikan-ikan tersebut banyak yang hancur kerana terlalu lama di atas api :P I'm sorry!!
Baiklah, lain kali IKAN akan dimasukkan AKHIR sekali!
Photobucket
Ikan: Hilfe! Hilfe!
Zul: Say your very last wish!


Sambil itu, suasana di ruang tamu agak hingar-bingar dengan permainan poker. Dengarnya siapa yang kecundang perlu membasuh pinggan mangkuk, tetapi kesudahannya tidak diketahui. Hurm...macam ada muslihat di sebalik 'kesudahan'.
Photobucket

Keesokan paginya, kami sempat bermain badminton di kompleks sukan yang berdekatan. Kami menyewa sebuah gelanggang selama 1 jam. Ringan badan dapat bersukan!

Di sini Jalak ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Zul sekeluarga di atas layanan yang istimewa, ADAnya! Terima kasih.

Gambar-gambar belas ihsan daripada Madnur, Kak Neny dan Liza Razif.


Jalak: Sangat enjoy hingga tak sempat keluarkan kamera

Tuesday, June 16, 2009

Rombongan AHMAD ZAKARIA ke Sulzbach

Khamis lalu, sempena cuti umum di negara Jerman ini, Jalak dan teman-teman serumah telah pergi ke Sulzbach untuk melawat Abg Ijat dan Kak Atie sekeluarga. Walaupun baru kali kedua dapat berjumpa dengan ketiga-tiga anak perempuan mereka, kami cepat serasi. Cuma si kecil Hanan sahaja yang agak lambat untuk warm up tetapi bila dah panas, menari-nari bukan main lagi dia! Kakaknya Dina dan Alia pula dah pandai berkomunikasi dengan baik, jadi senanglah juga nak dibawa berbincang :D
Photobucket
Empat anak dara pingitan sedang menonton televisyen

Photobucket
Menarilah dan terus tertawa..walau dunia tak seindah syurga

Petang Jumaat kami beramai-ramai berBBQ di halaman rumah. Specialnya BBQ kali ini kerana ada kambing panggang serta ikan bakar! Ditambah pula dengan kuah asam yang marvelous, bisa cair anak tekak dibuatnya.
Photobucket
Kak Atie dan budak-budak tak makan kambing. Blurpp~..kenyang!!

Kami juga sempat menyambut serta menyanyikan lagu Happy Birthday buat si kecil Hanan yang baru sahaja menjangkau umur 3 tahun!
Photobucket
Happy Birthday to you..Happy Birthday to Hanan..Happy Birthday to you..~

Photobucket
Fuuuuuuuuuuuhhh~

Photobucket
Dina a.k.a Kak Yong sedang menunjukkan majalah sekolahnya

**BBQ Photos Courtesy of Madnur

Keesokan paginya, sebelum bertolak ke Raunheim atas jemputan yang lain pula, Abang Ijat membawa kami ke ladang strawberry yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Sangat dekat, boleh sebenarnya kalau berjalan kaki tetapi kami menaiki kenderaan.
Photobucket
Orang bujang kena duduk di belakang!

Teruja benar Jalak apabila dapat melihat ladang strawberry yang terbentang luas!
Boleh jadi rambang mata dibuatnya mana satu buah yang mahu dipetik.
Photobucket

Photobucket

Sambil memetik, pengunjung dibenarkan memakan sepuas-puasnya selagi termampu. Jalak mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menikmati setiap biji buah strawberry yang dipetik sebelum betul-betul memetik untuk dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan lalu dibayar di kaunter penimbangan.
Photobucket

Manis? Oh tidak, SANGAT manis!! Sekali ngap sahaja sudah lenyap dari pandangan tanpa mengira apa jua bentuk dan saiznya.
Photobucket
Tua dan muda

Terima kasih daun keladi buat Abang Ijat, Kak Atie sekeluarga di atas layanan yang sangat istimewa bagi kami, ADAnya.

Ulasan alternatif untuk dikunjungi:
Ladang Strawberry
BBQ Birthday Party


Jalak: Ketawa terbahak-bahak menonton drama Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel!

Malam Ku Bermimpi

Aku bermimpi sesuatu yang mengerikan!
Aku bermimpi aku sudah berkahwin!
Aku bermimpi aku selamat diijabkabulkan!
Aku bermimpi melihat kuntum senyuman orang tuaku!
Aku bermimpi melihat wajahnya di dalam lafazku!
Aku bermimpi rumahku diserang anasir bersenjata!!
Aku bermimpi satu pertiga peluru melekat di pinggangku!!
Aku bermimpi peluru itu telah dicabut!

Aku tidak berasa sakit, tiada darah tertumpah dari tubuhku!
Aku terjaga dari lelapku!
Aku tidak sempat bermimpi malam pertamaku!!! :(


Jalak: Sebelum tidur layan Mafia Wars. Maafkanku MAFIA's!

Tuesday, June 9, 2009

Rehlah Kubra: Selamat Tinggal Mesir !

Melangkahkan kaki keluar dari Malaysia Hall Abbasiyah pada jam 7.30 pagi. Ustaz Li sudah sedia menunggu di bawah bersama Proton Personanya selaku kenderaan rasmi sepanjang 10 hari Jalak mengelilingi tanah Mesir ini.
Photobucket

Keadaan trafik menuju ke Airport agak lancar memandangkan hari Jumaat merupakan hari cuti di sini. Ustaz Li menghantar Jalak terus ke Terminal 3 seperti yang tercatit pada dokumen perjalanan yang diberikan oleh EgyptAir sedari awal lagi. Malangnya, selepas bertanya kepada staf yang bertugas di kaunter pertanyaan di sana, kaunter check-in sebenarnya adalah di Terminal 1. Jalak ada menunjukkan kepada perempuan Arab itu dokumen perjalanan yang berada di tangan namun dengan selembanya dia menyuruh Jalak menaiki shuttle bus sahaja menuju ke Terminal 1. Hilang akal ke apa?! Dengan barang-barang yang berkilo-kilo ini, mobiliti pun agak terhad. Mujur Ustaz Li masih berada di kawasan parking selepas Jalak cuba untuk menghubunginya lalu dihantarnya Jalak ke Terminal 1 yang agak jauh juga lokasinya dari Terminal 3. Katanya, dia sudah biasa dengan situasi begini maka sebab itulah dia standby sahaja sekiranya kes-kes sebegini berlaku.

Jalak tiba masuk ke Terminal 1 tepat jam 8.30 pagi. Kapal terbang bakal berlepas pada jam 10.35 pagi. Oh, masih awal. Selepas mengharungi beberapa prosedur biasa, Jalak akhirnya tiba di boarding gate hanya pada jam 10.00 pagi! Huh, tertekan betul dengan sistem di airport ini. Shuttle bus dari gate menuju ke kapal terbang baru sahaja berlepas. Aduh! Jalak terpaksa menunggu bas yang seterusnya. Akhirnya Jalak selamat duduk di kerusi penumpang pesawat beberapa minit sebelum berlepas. Fuhh..

Menariknya, mereka tidak berkira tentang kuantiti luggage yang dibenarkan. Rasa menyesal pulak tak shopping lebih banyak. Anyway, terima kasih EgyptAir!

Akibat keletihan, Jalak tertidur sebentar ketika pesawat sedang take off. Sedar-sedar rupanya Jalak sudah berada berhampiran ruang udara. Mujurlah masih sempat lagi menikmati pemandangan sungai Nil dari atas, kalau tidak sia-sia sahaja dapat duduk di seat tepi tingkap!
Photobucket

Perjalanan memakan masa kurang lebih 4 jam 20 minit. Sambil dihidangkan dengan makanan halal, Jalak meluangkan masa menonton filem Transporter 3, satu-satunya filem yang ditayangkan sepanjang tempoh penerbangan LOL.
Photobucket

Sebelum mendarat di Dusseldorf, Jalak agak terperanjat apabila pramugari mengumumkan suhu di luar 13 darjah Celsius! Jalak fikir di sini sudah musim panas rupa-rupanya tidak. Merasalah perubahan suhu dari 39 ke 13 darjah Celsius! Besar juga tu julat perbezaannya. Sementara menunggu keretapi ke Siegen, Jalak sempat menikmati Chocoholic daripada Haagen Dazs. Kerap sangat makan aiskrim di Mesir, tiba-tiba tekak meragam mahu dibasahi dengan aiskrim lagi.
Photobucket

Alhamdulillah, Jalak selamat tiba di rumah sekitar jam 6.00 petang. Jalak nak ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Suhaib dan klik-kliknya, Huzir, Syakir dan Basid kerana sudi meluangkan masa menemani Jalak ke tempat-tempat yang Jalak kunjungi selama berada di sana. Juga kepada Jusoh dan Kubid kerana sudi menumpangkan bilik di Malaysia Hall dan kadang-kadang bagi makan free di kafetaria :D Hanya Allah sahaja bisa membalas jasa antum semua. Syukran Jazeelan!

Akhir sekali, kepada pemandu sepenuh masa Jalak, Ustaz Li yang berperanan bukan sahaja sebagai pemandu berhemah, malah lebih daripada itu terutamanya dalam memberikan input-input berguna buat Jalak sepanjang tempoh lawatan Jalak ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Mesir. Buat sesiapa yang ingin berkunjung ke Mesir, Jalak cadangkan sila lah berhubung dengan ustaz ini kerana pakej yang ditawarkannya sangat berpatutan dan berbaloi. Percayalah!!

Lama tapi baru mempersonakan
Usang tapi masih berkilauan
Tidak reput hujan
Tidak lekang dek panas


Kenangan di bumi Mesir akan tetap abadi dalam kenangan.

Jalak: Ustaz Akhil dan Waheeda kalau jadi kahwin, datanglah honeymoon ke Mesir ok..

Rehlah Kubra (Hari ke-8)

Hari ini merupakan hari terakhir untuk berjalan-jalan di bumi Mesir ini. Kami terpaksa keluar seawal 7.30 pagi kerana OBAMA berada di Kaherah hari ini. Dek kehadiran pemimpin berpengaruh itu, Mesir diisytiharkan cuti sehinggakan exam penuntut-penuntut Al-Azhar pun ditangguhkan. Tahniah!

Kelihatan banyak polis di setiap penjuru jalan di Bandar Kaherah. Mujurlah perjalanan ke Fayoum agak lancar kerana jalan-jalan tertentu masih belum ditutup kepada kenderaan awam.

Setibanya di pekan Fayoum, Jalak dibawa melihat replika kincir air Nabi Yusuf a.s. Pada zaman dahulu, Nabi Yusuf a.s telah mencipta ratusan kincir air di serata Fayoum ini untuk menyalurkan air ke daerah yang lebih tinggi.
Photobucket
Jalak berasa sedikit murka melihat sampah sarap yang melekat di celah-celah kincir air tersebut. Sungguh memalukan! Walaubagaimanapun Jalak beruntung kerana kincir air ini masih beroperasi dengan baik kerana sebelum ini ada pelajar yang pernah ke sini mendapati kincir air tersebut tidak lagi berpusing.




Kemudian Jalak dipandu oleh Ustaz Li ke satu tempat di mana terletaknya 7 mata air.
Photobucket
Jalak dimaklumkan bahawa sumber air ini mengandungi zat-zat yang bagus untuk kesihatan. Malah saintis dari Singapura turut mengambil sample air ini untuk dibawa pulang bagi membuat analisis dalam bidang perubatan.
Photobucket
Jalak turut berpeluang untuk minum air ini, rasanya biasa sahaja. Malangnya bukan bidang Jalak untuk bereksperimentasi tentang perkara seperti ini.

Di Fayoum juga terdapat berekar-ekar ladang penanaman mempelam. Keterujaan Jalak tersekat apabila mengetahui bahawa musim buah-buahan ini masak ranum adalah pada bulan Julai! Aduh..hati terasa berkecamuk. Apa boleh buat? Jalak beli sahaja mempelam muda yang ada dijual sebanyak 3 kilo. Jadilah daripada tiada..

Destinasi seterusnya adalah Qasr Qaroun yang telah ditelan bumi. Bayangkan sebuah kota yang gah telah bertukar menjadi seperti padang jarak padang tekukur. Itulah akibatnya bagi yang angkuh serta tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah.
Photobucket
Masih boleh dilihat kesan-kesan timbunan

Yang kelihatan di kawasan ini hanyalah sebuah istana di mana Qaroun pernah menyimpan harta benda serta emas-emasnya. Akan tetapi, hanya separuh daripada istana ini yang kelihatan manakala separuhnya lagi berada di bawah genggaman tanah.


Perjalanan pulang dari Qasr Qarun terdapat ladang anggur di sepanjang kiri dan kanan jalan. Kami singgah sebentar di salah satu daripadanya untuk melihat sendiri gugusan buah anggur yang tergantung di pokok.
Photobucket
Niat di hati ingin juga membeli buah ini segar dari ladang, malang sekali lagi 2 minggu barulah anggur-anggur ini boleh dipetik. Kecewa lagi lah nampaknya.

Meninggalkan ladang anggur, kami meneruskan perjalanan ke Wadi El Rayan, kawasan berair di tengah-tengah padang pasir. Bayangkan selepas 16 km jauhnya perjalanan merentasi padang pasir, terdapat sebuah kawasan tadahan air yang sangat luas persis laut yang tidak berombak.
Photobucket
Subhanallah..inilah bukti kehebatan Maha Pencipta. Setibanya di sini, kami menyewa sebuah meja berbumbung untuk makan tengahari yang dibekalkan oleh Ustaz Li.
Photobucket

Photobucket
Sambal belacan terbaek tetap ada!

Bertambah menariknya di Wadi El Rayan ini kerana terdapat air terjun yang mengalir menuju ke kawasan tadahan itu tadi. Air terjun di padang pasir?!

Jalak benar-benar teruja tetapi berasa sedikit ralat kerana tidak membawa baju dan seluar ekstra untuk mandi-manda.

Bukannya apa, melihatkan pengunjung-pengunjung lain enjoy sakan sambil main terjun-terjun, hati siapa yang tidah luluh bukan? Sabar saja lah. Air terjun tetap ada di Malaysia, cuma uniknya di sini kerana ia terletak di kawasan padang pasir.



Letih Jalak melihat gelagat yang berseluar oren itu. Bab tolak orang nombor satu, tunggu punya lama baru dia betul-betul terjun! HAHAHA

Photobucket
Walaupun kami mula berjumpa di atas jalan raya on the way ke sini, mereka masih cam lagi muka kami. Patutlah mereka bersikap ramah dengan kami.

Dalam perjalanan keluar dari Wadi Al-Rayan, kami singgah sebentar di pinggir jalan untuk merasai pengalaman berada di atas padang pasir yang mempunyai pasir yang sangat halus.
Photobucket
Tatkala angin bertiup, maka beterbanganlah pasir-pasir itu ke badan dan muka Jalak. Mujurlah ada sunglasses.
Photobucket

Kami turut singgah sebentar di tepi jalan raya utama untuk melihat dengan lebih dekat Tasik Qarun yang masin seperti air laut itu. Hanya Allah WST sahaja yang tahu di sebalik masinnya air tasik ini.
Photobucket

Setelah puas menikmati pemandangan indah di sini, kami berangkat pulang ke Kaherah. Sebelum itu, kami singgah di kedai yang berhampiran untuk meneguk air sejuk memandangkan bahang berada di padang pasir masih lagi terasa.
Photobucket
Alangkah nikmatnya Jalak apabila dapat meneguk dua botol kecil jus mangga yang sejuk! Ikutkan mahu membeli botol yang besar tetapi tiada pula dijual di kedai itu.

Tibanya di Kaherah, Ustaz Li menghantar Jalak ke kawasan berdekatan pasar Khan Khalili. Memandangkan esok hari Jalak sudah mahu berangkat pulang ke Jerman, masih ada lagi item-item dalam senarai yang masih belum dibeli. Jalak turut ditemani oleh Huzir dan Syakir.

Sebelum ke pasar, kami menziarah serta bersolat di Masjid Al-Azhar yang terletak berdekatan.
Photobucket
Photobucket

Photobucket
Perpustakaan kecil di dalam Masjid Al-Azhar

Di pasar Khan Khalili, Jalak membeli jubah buat mak, abah serta abang Jalak. Tidak dilupakan untuk Jalak sendiri. Mujurlah wang tunai masih lagi berada di tangan. Di sini rasanya tiada perkhidmatan kredit kad. Selesai membeli item-item yang diperlukan, Jalak sempat menikmati air tebu buat kali terakhir sebelum bertolak balik ke Malaysia Hall.

Setibanya di Malaysia Hall, Jalak turun ke café untuk menikmati mi goreng mamak juga buat kali terakhir di sini. Jalak cuba membayar harga untuk sepinggan mi tadi, tetapi ditolak dengan baik oleh pekerja di kaunter pembayaran. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Sebenarnya pekerja yang Jalak maksudkan itulah yang menumpangkan Jalak bermalam di biliknya sepanjang berada di Kaherah ini.

Selepas mandi dan solat, Jalak turun sekali lagi ke café tetapi kali ini terus ke bahagian dapur untuk berjumpa dengan Jusoh, bos café ini yang merupakan kenalan lama En. Marzuki dan Kak Misna. Dia dan isterinya ada mengirimkan sedikit barang untuk diberikan kepada En. Marzuki dan Kak Misna.

Photobucket
Selepas selesai mengemas semua barang, Jalak masuk tidur sempena malam terakhir Jalak di Kaherah.

Jalak: Rindu bunyi hon kenderaan di bandar Kaherah
Blog Widget by LinkWithin