Tuesday, June 23, 2009

Mimpi Itu Membunuhku!

Bak kata golongan cerdik pandai, mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan, atau indera-indera lain dalam tidur. Orang tua pula berkata, sesebuah mimpi itu memberi sesuatu petanda. Misalnya mimpi dipatuk ular membawa erti bahawa si pemimpi itu akan bertemu jodohnya tidak lama lagi.

Kebetulan, Jalak pernah memuat naik sebuah entri yang bertajuk "Malam Ku Bermimpi" yang bertarikh 16 Jun 2009. Di situ Jalak berkongsi pengalaman mimpi yang Jalak lalui ketika tidur pada malam sebelumnya atau sehari sebelumnya. Maaf, Jalak kurang pasti. Entri itu menceritakan Jalak telah ditembak oleh anasir bersenjata selepas Jalak selamat diijabkabulkan. Memang suatu mimpi yang sangat PELIK dan KELAKAR juga pada fikiran Jalak pada ketika itu.

Rupa-rupanya seminggu selepas itu barulah Jalak dapat memahami apa yang mahu dikhabarkan melalui mimpi tersebut. Jalak baru sahaja mendapat tahu bahawa kad kredit Jalak telah 'dilacurkan' oleh si polan yang tidak bertangunggjawab. Terdapat dua buah transaksi pembelian tiket penerbangan masing-masing melalui Turkish Airlines dan Gulf Air yang berada di luar pengetahuan Jalak. Harganya mencecah RM6090.51!! Jalak terus tersentak kekeliruan. Terasa darah mengalir begitu deras. Lantas Jalak dapatkan kad kredit daripada dompet. Ya, ia masih tersemat baik pada kedudukan yang sepatutnya. Seakan sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku, Jalak terus menghubungi pihak bank lalu dibekukan akaun tersebut dengan serta merta. Menurut pegawai bertugas, sebenarnya terdapat sebuah lagi transaksi melibatkan pembelian tiket penerbangan dengan KLM namun ia telah dibatalkan secara automatik memandangkan ia sudah melampaui had kredit.

Apa yang Jalak cuba kaitkan dengan mimpi tersebut, transaksi pembelian tiket itu berlaku pada 15 dan 16 Jun 2009! Ya, hakikatnya pada ketika itu juga Jalak telah 'ditelanjangkan' itu oleh anasir yang bersenjatakan otak busuk!! Juga jumlah wang yang terlibat bisa menjadi sebahagian daripada wang hantaran ketika Jalak mahu diijiabkabulkan suatu hari nanti.

Apa pun yang terjadi, Jalak tetap menganggap peristiwa mimpi dan nyata ini hanyalah suatu kebetulan. Benar, kebetulan yang menyakitkan! Mungkin terjadinya mimpi tersebut hanyalah semata-mata untuk 'menambah perisa' kepada cerita di alam nyata. Ketahuilah bahawa setiap yang berlaku itu adalah berlandaskan Qada' dan Qadar. Andainya mimpi itu tidak wujud sekalipun, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun, sebagai hambaNYA kita masih boleh berusaha sedaya mungkin seraya berdoa kerana dengan limpah rahmatNya, Allah mampu mengubah nasib kita. Amin ya rabbal a'lamin!


Jalak: Pernah bermimpi disengat lipan, bukan ular!

4 comments:

  1. sabar..
    ada hikmahnye tu.. insya allah..

    erm.. agaknye kene klon masa book hotel turki kot? ke.. try igt2 balik cne leh jadik gitu eh..takut gakk

    ReplyDelete
  2. yup, most of the hotels i've paid using this card.tak mustahil klon berlaku di situ termasuk lah turki sebab Turkish airlines kan..tapi taknak pinpoint kat sape2..wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. oo.. ini lah yang ko letak kat status YM haritu.. hohoho.. tahap ujian bergantung kepada kemampuan seseorang tu.. haa.. kira ko mampu ada duit lagi lebih lebih lebih daripada tu la utk hantaran ko nanti.. hehehe..

    eh, gigit lipan ek, nenek aku penah ckp smthing la.. tak igt.. hehe..

    ReplyDelete
  4. aku berpegang pada konsep "worst case senario".kalo tidak, satu keje pon tak jadi asik layan perasaan je.tapi jauh di lubuk hati menginginkan kesudahan yg menggembirakan.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin