Monday, June 8, 2009

Rehlah Kubra (Hari Pertama)

Hari ini merupakan muqaddimah kepada pengembaraan Jalak selama 10 hari di bumi Mesir ini. Jalak dibawa menaiki kereta untuk bersiar-siar di sekitar bandar Kaherah. Pertama sekali, Jalak berkunjung ke Giza di mana terletaknya 3 piramid yang terbesar di sini iaitu Khufu, Khafra dan Menkaura (mengikut susunan dari terbesar ke terkecil).
Photobucket



Photobucket

Terdetik rasa kagum dengan kepakaran manusia tamadun terdahulu. Bayangkan batu-batu yang besar ini datangnya dari Siwa’ yang terletak beratus-ratus kilometer dari sini. Jalak difahamkan mereka mengangkutnya menggunakan tongkang. Wallahua'lam..
Photobucket

Terdetik juga rasa riang di hati apabila pertama dapat menaiki unta! Walaupon cuma untuk bergambar, masih juga terasa gayat. Lagi susah rasanya nak imbangkan badan kalau dibandingkan dengan menaiki kuda.
Photobucket

Dek kerana cuaca yang sangat panas dan si unta pula berjalan terlalu perlahan merentasi kawasan padang pasir yang berhampiran, cukuplah sahaja hinggap sebentar di celah bonggolannnya untuk mengambil gambar.

Di kawasan Giza ini terdapat juga Sphinx yang menjadi simbol pemujaan penganut agama zaman dahulu. Hanya terdapat satu sahaja di sini.
Photobucket
Sebenanya Sphinx seperti ini banyak terdapat di Luxor tapi perjalanan ke sana memakan masa selama 12 jam menaiki keretapi. Jadi Jalak mengambil keputusan untuk tidak ke sana. Bukannya ada apa pun yang harus dibanggakan dengan benda-benda seperti ini.

Sekian lama, baharulah Jalak berpeluang untuk menukar matawang Euro kepada Egypt Pound (LE). Sebelum ini terpaksa pau duit budak-budak ni. Mulia singguh hati mereka. Waduh, tebalnya kepingan-kepingan duit kertas ini hingga terpaksa meminta sampul untuk menyimpan wang-wang kertas yang banyak ini. Masakan tidak, 1 Euro bersamaan LE 7.74. Jika 300 Euro, berapa hasilnya ??

Kemudian kami singgah di Masjid ‘Amru al-‘As untuk solat jamak. ‘Amru al-‘As merupakan orang yang bertangungjawab untuk mula-mula membuka negara Mesir pada zaman dahulu.
Photobucket

Photobucket
Musim peperiksaan. Kelihatan penuntut-penuntut Al-Azhar mentelaah pelajaran di sini. InsyaAllah bertambah berkat hendaknya.

Seterusnya Jalak dibawa ke Masjid Imam As-Syafie. Di sini terdapat juga Makam Imam As-Syafie. Al-fatihah!
Photobucket

Dalam perjalanan ke sana, kami turut melalui sebuah kawasan di mana terletaknya makam Imam Waqi', salah seorang guru kepada Imam Syafie. Al-Fatihah!
Ingat tak cerita Imam Syafie ternampak betis seorang wanita lalu menjadi susah baginya untuk menghafal apa yang dipelajari daripada Imam Waqi’ ? Hah, cerita yang itulah!

Di masjid ini juga terdapatnya kesan tapak kaki Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam
Photobucket

Disebabkan kelaparan tidak makan dari pagi lagi, Jalak dibawa singgah di Restoran Nil milik penguasaha orang Siam Muslim.
Photobucket

Kami beramai-ramai menikmati hidangan nasi berlaukkan tomyam, telur dada serta sayur campur. Inilah dia rasa tomyam yang sebenar!
Photobucket

Akhir sekali kami singgah di kedai yang menjual pelbagai jus buah-buahan. Menarik sungguh dekorasi kedai ini dengan buah-buahan yang tergantung. Pelbagai jenis air yang ada. Jalak memilih air tebu sebab sudah lama tak meneguk air ini. Harga secawan LE 1 sahaja! InsyaAllah lepas ini cari air mangga pula!
Photobucket

Jalak pulang ke Malaysia Hall agak awal hari ini. Nampaknya Jalak terpaksa tangguhkan plan untuk naik bot di sungai Nil buat sementara waktu memandangkan keesokan harinya perlu bertolak ke Sinai sesudah subuh. Pjavascript:void(0)erjalanan memakan masa selama 8 jam. Bukannya apa, pemandu hanya seorang dan merupakan orang yang sama selama 10 hari nanti. Jadi dia perlukan rehat yang secukupnya.

Jalak: Terpegun melihat keajaiban dunia

2 comments:

  1. mana satu gambar pemandunya...dia belajar di sana ker? hehhe...pandai cari kawan...

    ReplyDelete
  2. driver yang pakai cap berbaju belang2 (gambar atas).dia dah abis belajar lame dah..dah lebih 15 tahun bermastautin kat sini.expert!!bukan calang2 orang leh drive kat jalanraya tengah2 bandar Cairo tu..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin