Tuesday, June 30, 2009

Rindu Terhenti

Terubat sebentar rasa rindu pada kampung halaman tatkala menatap gambar-gambar yang dikirimkan oleh sepupu Jalak pada weekend yang lepas. Tiap kali apabila Jalak menelefon abah bertanyakan khabar, salah satu cerita yang tak lekang dari bibir abah ialah KEBUN. "Baru balik dari kebun ni ha..", "Tadi singgah kebun kejap", dan yang paling tak tertahan "Tengah makan durian ni haaa!" P,,,

Sebuah kebun milik keluarga yang terletak di Planter's Heaven, tidak jauh dari rumah Jalak di Nilai, Negeri Sembilan. Kebun yang luas ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dikongsi oleh abah bersama adik-beradiknya yang lain.
Photobucket
Kawasan kebun yang selalu diracun supaya nampak bersih..

Hakikatnya itulah aktiviti tetap mak dan abah sementelah masing-masing bersara dan berpindah ke kampung abah di Nilai. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dahulunya abah merupakan seorang anak Felda. Sebagai anak lelaki sulung di dalam keluarga, abah kerap membantu arwah Tok melakukan kerja-kerja di ladang. Alhamdulillah kini semuanya telah terbayar..

Berbalik kepada cerita kebun, sekarang banyak betul perubahan yang berlaku di sekitar kawasan kebun. Kali terakhir Jalak menjejakkan kaki ke sini ketika pulang berhari raya pada tahun lalu.
Photobucket
Jalan yang dahulunya dipenuhi tanah liat, kini sudah pun disalutkan tar.

Photobucket
Jika dahulu, Jalak hanya berani parking nun jauh di atas sana, kini apa jua jenis kereta bisa menuruni bukit dengan selamatnya terus ke kawasan kebun.

Photobucket
Titi baru menggantikan titi lama yang sudah roboh dek kerana hakisan tanah. Ya, kawasan sungai makin melebar!! Abah turut mengempang air dengan batu supaya kanak-kanak dewasa pon boleh berendam :D

Photobucket
Bila lah dapat rasa limau madu Cik Ali ni..

Photobucket
Ini pula kebun pisang abah. Rindu nak makan pisang goreng P,,,

Photobucket
Selain pisang, abah turut menanam jagung. Ini batch yang baru ditanam. Jalak pulang nanti barulah jagung-jagung ini boleh dipetik!

Photobucket
Kolam ikan abang Jalak yang baru dibuat. Jalak pulang nanti barulah ikan-ikan di dalamnya ready untuk dibakar!

Photobucket
Ah! Inilah dia masterpiece abah! Berbulan-bulan abah membanting tulang membina pondok comel ini untuk berteduh dari panas dan hujan.

Photobucket
Mak : Sedy, balik lah.Pisang ni mak nak goreng untuk Sedy..
Sedy: ....


Aduhai, berkaca pula mata tatkala menulis entri kali ini. Nampaknya rindu terhenti buat seketika sajalah. Mana mungkin Jalak boleh berhenti merindu pada keluarga dan kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan!


Jalak: Hanya seorang budak kampung.

9 comments:

  1. sedy,
    tar tu abah ko upah org buat ke? berapa, mahal ke?

    ReplyDelete
  2. jalak,

    sedeynye tengok mak bawa pisang ngan pucuk kayu ubi tu suh balik makan ...kalau sy.. maunye meraung nak omak... huwaaaa..sob3...

    ReplyDelete
  3. eyma, tar tu pakcik aku yg uruskan, nanti aku tanyekan regenye skali ngan kontek hehe
    kak ayu, sedey kan?rase cam nak lompat masuk je lam gambo kat atas tu..

    ReplyDelete
  4. APALG, JOM BALIK RAYA, YAHOOOO....

    ReplyDelete
  5. ala, ni nak sedih balik ni...

    apa nak buat...hakikat hidup diperantauan. Moga2 suma di Mesia sejahtera hendaknya.

    Best la kebun mak ayah hang ni...rasa cam nak ada kebun sendiri gak lepas balik mesia ni (iye la tu)

    ReplyDelete
  6. dont be sad teacher hihihi...if u sad i fell sad too..balik la kojap makan manggis n derian ni yop!

    yang ikan 2 xtahan kene tggu abg cd balik baru blh bakar..cepat la balik ggggrrrrrr

    ReplyDelete
  7. ye le kak neny, sabo aje le kite, ye!kasi expert dulu farm management kat FB tu, lepas tu beli tanah :P
    sabo cik hAAn, kasi ikan2 tu beranak pinak dulu sampai penuh 1 kolam,pastu kite kendurii!!

    ReplyDelete
  8. CD,

    Pokok limau dah mula berbuah... yelah dah 3 tahun diusahakan. Tempoh nak matang/masak limau ni agak lama.. start dari berputik kira-kira 8 bulan baru ia masak dan manis. Jika CD balik hujung tahun ni dapatlah makan buah yang dah masak/manis...

    ReplyDelete
  9. dah berbuah ye,cik!lame betul menunggu.insyaAllah kalo ade rezki dapat la tolong2 petik limau madu tu nanti :D

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin